40 Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 40 Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

Trending

40 Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

40 Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia | Hi korang! Bagi yang suka memasak sendiri pastinya seronok kalau dapurnya lengkap dengan pelbagai keperluan untuk memasak. Rempah-ratus, tumbuhan herba dan stok sayuran kalau serba lengkap memang suri rumah akan rasa puas hati dan seronok nak memasak. Kalau ada tanah, dapat tanam semua tumbuhan herba keperluan untuk masakan memang best gila. Kita ni duduk umah tinggi, jadi semampunya tanam dalam pasu ajelah. Itupun hujung-hujung kena petik dengan anak jiran. Hehe.

Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia
Credit: Malay Mail

Kalau yang ada tanah atau duduk rumah landed boleh tanam je pokok-pokok herba yang simple dan jenis yang mudah hidup ni. Boleh je beli di nurseri atau beli secara online dan kalau yang boleh tanam dari biji atau keratan batang lebih masakan pun boleh.

Berikut adalah senarai tanaman herbal yang wajib ada di rumah, rempah ratus dan beberapa jenis sayuran yang selalu digunakan di Malaysia. Ada banyak tanaman herba Malaysia dan Kak Bell cuma kongsikan beberapa tumbuhan herba dan khasiatnya sahaja ya. Jom semak senarai nama pokok herba dan contoh herba tradisional Malaysia!


1. Halia/Ginger
2. Kunyit/Tumeric
3. Daun Kunyit/Turmeric Leaf
4. Lengkuas/Galangal
5. Daun Kari/Curry Leaves
6. Bunga Lawang/Star Anise
7. Bunga Cengkih/Cloves
8. Kayu Manis/Cinnamon
9. Asam Keping/Tamarind Peel
10. Cili Padi/Cili Api/Bird's Eye chili/Siling labuyo

Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

Kunyit/Daun Kunyit
Kunyit merupakan tanaman yang berasal dari India dan salah satu rempah penting untuk perapan ayam atau daging. Sesetengah masakan perlukan kunyit agar masaan lebih sedap. Daun kunyit yang datangnya daripada rizom kunyit hidup juga digunakan dalam masakan seperti rendang untuk penambah aroma.

Daun kunyit juga sangat penting dalam penyediaan masakan seperti gulai, rendang dan sambal. Daun kunyit tua pula digunakan sebagai pembalut ikan atau daging bakar. Kalau musim Raya memang laris sampai habis stok dibuatnya.

Daun Kari/Pokok Kari
Kalau buat masakan kari, pasti tidak lengkap tanpa daun kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan rasanya agak pahit. Selain kari, daun ini digunakan dalam masakan lain seperti Muruku, Rasam, Chutney dan lain-lain terutamanya bagi masyarakat India.

Cili Padi/Cili Api
Pokok cili api atau cili padi atau cabai burung adalah sejenis pokok yang sama. Cuma sebutan sahaja berlainan mengikut daerah dan tempat. Kalau boleh setiap kali makan mesti nak ada sedikit rasa pedas. Nak tanam pun mudah dengan menggunakan biji benih dari buah yang matang. 


Cara nak tanam pokok cili api?

Mudah sahaja cara nak tanam pokok cili api. Ambil bijinya dan jemur sebentar sehingga kering. Seterusnya semai di dalam bekas dan tanah yang sesuai. Apabila anak benih berdaun 4 -5 helai, boleh pindahlan ke dalam tempat atau pasu yang sesuai. Selepas itu buatlah pembajaan dua minggu sekali ataupun siram air beras hampir setiap hari. Pokok cili api akan tumbuh subur dan berbuah lebat.

11. Bawang Merah/Red Onion
12. Bawang Kecil/Shallot
13.  Bawang Putih/Garlic
14. Bawang Holland/Brown Onion
15. Bayam/Spinach
16. Bayam Merah/Chinese Spinach/Amaranth
17. Kangkung/Water Spinach
18. Daun Limau Purut/Kaffir Lime Leaves
19. Buah Limau Kasturi/Calamansi
20. Saderi/Celery

Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

Daun Limau Purut
Daun limau purut biasa digunakan dalam masakan tomyam, rendang, paprik dan banyak lagi. Rasa dan bau daun limau purut yang kuat tetapi harum menjadikan rasa masakan bertambah enak. Untuk elakkan masakan berasa pahit, perlu buang dahulu jalur/batang bahagian tengah daun sebelum dimasukkan ke dalam masakan.

Buah Limau Kasturi
Buah limau kasturi digunakan dalam masakan dan untuk buat minuman. Perahan air limau kasturi menjadi bahan penting kalau nak buat sambal belacan yang sedap.


20. Daun Sup/Chinese Celery
21. Daun Ketumbar/Cilantro/Coriander
22. Bendi/Ladies Finger/Okra
23. Brokoli/Broccoli
24. Daun Bawang/Spring Onion/Scallion
25. Daun Kucai/Chives
26. Serai/Lemongrass
27. Bunga Kantan/Torch Ginger Flower
28. Lada Hitam/Black pepper
29. Jintan Manis Fennel
30. Jintan Putih/Cumin

Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

Bunga Kantan
Bunga kantan (Pheaomeria imperialis)’ membiak melalui dua cara iaitu pecahan rizom dan juga biji benih.  Biasa digunakan dalam penyediaan laksa dan batang bunga kantan juga digunakan untuk aroma yang lebih hebat. Buahnya pula digunakan untuk menghasilkan rasa masam dalam masakan seperti gulai ikan bagi menggantikan asam keping atau asam jawa.

Serai
Serai selalu digunakan dalam masakan Thailand dan merupakan salah satu bahan asas utama dalam masakan Melayu. Serai memberikan aroma dan rasa kepada hidangan seperti rendang, sajian nasi ulam, aneka kerabu dan digunakan dalam sup.

Lada Hitam
Lada hitam digunakan sebagai penambah rasa dan perisa serta digunakan sebagai bahan untuk memerap daging. Lada hitam juga dikatakan dapat menigkatkan imuniti badan serta merawat masalah penghadaman dan asma.


31. Kailan/Chinese Broccoli
32. Kobis/Cabbage
33. Kobis Unggu/Merah/Red Cabbage
34. Bunga Kobis/Cauliflower
35. Kobis Cina/Chinese Cabbgae/Wong Pek
36. Daun Pandan/Pandan Leaves
37. Pokok Daun Kesum/Vietnamese coriander
38. Sawi Hijau/Sawi Bunga/Choy Sum
39. Sawi Putih/Pak Choy
40. Pak Choy/Siew Pak Choy

Senarai Tumbuhan Herba Dapur Dan Sayuran Dalam Masakan Malaysia

Daun Kesum
Daun kesum (Polygonum minus) cukup penting bagi masakan asam pedas dan laksa. Kalau tak ada daun kesam, mesti rasa laksa dan asam pedas akan menjadi kurang enak kerana tidak cukup bahan. Selain itu, daun kesum juga enak dijadikan campuran kerabu atau aneka masakan yang menggunakan ikan terutamanya ikan darat. 

Daun Pandan
Daun pandan (Pandanus odorus) adalah tumbuhan yang mempunyai pelbagai guna dalam masakan pelbagai nasi, aneka kuih muih serta minuman. Biasanya pandan dijadikan pewarna semulajadi, pewangi dalam masakan.. Antara aneka kuih-muih yang biasanya menggunakan daun pandan adalah seperti Kuih Seri Muka, Kuih Talam, Seri Ayu dan pelbagai jenis puding.


Sebenarnya ada banyak lagi senarai tumbuhan herba dan rempah ratus untuk masakan. Kalau herba masakan untuk masakan barat dan Itali pula adalah berlainan. Jika nak senarai lebih lengkap bolehlah cari mana-mana buku herba Malaysia atau rujuk Wikipedia Tumbuhan HerbaAkan datang Kak Bell kongsikan lagi info yang lain ya!

Sumber rujukan:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post