Trending


One Kampong Gelam Anjur Cinta Cahaya Ramadan Di Kampong Gelam Singapura

One Kampong Gelam Anjur Cinta Cahaya Ramadan Di Kampong Gelam Singapura | Mulai 1 April hingga 8 Mei 2022, Kampong Gelam memancarkan cahaya menerusi Cinta Cahaya Ramadan. Ia adalah sebahagian daripada kempen #BagiUp yang diadakan sepanjang tahun dengan tujuan menarik para pengunjung dalam kegiatan menyemarakkan warisan Kampong Gelam.

visit kampong gelam

Kawasan dan budaya etnik bersejarah Singapura mempersembahkan program-program hibrid tahun ini dengan pengaktifan pelbagai kegiatan menarik dan hiburan secara dalam talian.

Diterajui oleh One Kampong Gelam, sebuah persatuan yang mewakili dan menyokong kepentingan perniagaan di presint berkenaan, Cinta Cahaya Ramadan menyajikan atur cara harian cukup menerujakan sepanjang lima minggu yang dikendalikan oleh para sukarelawan dan masyarakat peniaga di situ. Para pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di kawasan kejiranannya, termasuklah meraikan kembalinya bazar Ramadan sejak 2019, atau sekadar menghiburkan hati di rumah menerusi rancangan bercorak pendidikan yang disertai hiburan, muzik dan hiburan yang disiarkan menerusi saluran Visit Kampong Gelam.


Kepentingan Kampung Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura

Kepentingan Kampung Gelam Sepanjang Ramadan di Singapura | Asalnya merupakan kawasan kediaman sultan-sultan Melayu dalam 1820-an, Kampung Gelam kemudian beransur-ansur didiami orang-orang berlainan bangsa dan agama yang berhijrah ke sini pada abad ke-19 dan ke-20. Ia diwartakan sebagai sebuah kawasan pemuliharaan dalam 1989 bagi mengiktiraf warisan dan budayanya yang kaya.

Ramadan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan mereka berpuasa selama sebulan, mengerjakan solat dan berusaha merefleksi diri. Ia juga merupakan masa yang baik untuk memupuk disiplin, mengawal diri, melakukan pengorbanan, dan empati kepada mereka yang kurang bernasib baik.


Menghidupkan Semula Kampung Gelam Dalam Zaman 1960-an Menerusi Lensa Hari Ini

Menerusi Light of Gelam atau Cahaya Gelam, pemetaan dan pencahayaan pintar akan sekali lagi digunakan pada permukaan bangunan Masjid Sultan. Pertunjukan cahaya yang disokong oleh Epson Singapore dan berlangsung dua kali setiap malam ini pasti menakjubkan. Lampu kristal juga dipasang di sepanjang garis-garis utama struktur monumen negara ini, sekali gus menonjolkan bentuk bangunan yang tersergam itu pada waktu malam bagi menghidupkan semula Kampung Gelam dalam zaman 1960-an menerusi lensa hari ini.

kampung gelam Singapura

Bazar Ramadan yang tidak dapat dipisahkan daripada kawasan ini, juga telah kembali dalam bentuk Walk Thru Souq yang berinspirasikan pengaruh Arab di Jalan Kandahar. Kampong Glam Bazaar 2022 menampilkan lebih 20 gerai merentasi tiga zon, bazar ini dianjurkan dengan kerjasama Laloolalang, sebuah organisasi setempat yang memperjuangkan keusahawanan tempatan dan pembangunan masyarakat. “Walk Thru Souq” ini turut disokong oleh Lazada Singapore, yang akan membantu para peniaga yang mengambil bahagian dalam memulakan perjalanan pendigitalan mereka.

Trishaw Uncle’s Singapore

Kampung Gelam juga akan menawarkan acara lawatan dan bengkel eksklusif bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Ramadan dengan menaiki Trishaw Uncle’s iaitu beca tiga roda ke kawasan itu. Ianya adalah satu-satunya kembara menaiki beca di Singapura yang diluluskan oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Selain dari itu, para pengunjung juga boleh kembara dengan menaiki tempat duduk sampingan Vespa vintaj yang pertama dirintis di dunia oleh Singapore Sidecars.

Anda juga boleh menyaksikan bengkel-bengkel kerja tangan sebagai menghargai perdagangan dan perniagaan bersejarah di kawasan kejiranan, seperti pembuatan minyak wangi bersama SIFR Aromatics dan kraf kulit bersama Crafune.


Cinta Cahaya Ramadan di Rumah

Nikmati suasana perayaan daripada keselesaan di rumah (Cinta Cahaya Ramadan di Rumah) dengan melihat gelagat Bunda Bedah & Mak Temah berjalan kaki 360° secara maya sambil menyorot suasana Ramadan di sekitar Kampung Gelam. Rasai nostalgia menerusi persembahan "langsung" di YouTube, yang menyingkap kembali kegiatan seniman jalanan atau e-belajar membuat kuih daripada Chef Mel Dean.

kraf kulit bersama Crafune

Bergelak ketawa dengan kemunculan semula Siti Sally & Samad (menampilkan pelawak dan pelakon Singapura Suhaimi Yusof) ketika mereka berdua membawa anda ke lokasi membeli-belah terbaik di Kampong Gelam.


Keselamatan Diutamakan Sepanjang Cinta Cahaya Ramadan
One Kampong Gelam komited untuk memastikan Cinta Cahaya Ramadan sebagai ruang selamat pada tahun ini. Memandangkan kapasiti menampung pengunjung di kawasan ini adalah terhad, justeru orang ramai dinasihatkan agar menggunakan pengangkutan awam jika datang ke Kampong Gelam sepanjang Ramadan.

Masjid Kampong Gelam Singapura

Para pengunjung Kampong Gelam juga dinasihatkan supaya mematuhi Langkah-Langkah Pengurusan Selamat (SMMs), termasuklah menjaga jarak selamat satu meter antara kumpulan dalam keadaan tanpa memakai pelitup mulut.

Di Walk Thru Souq, petugas akan memantau dan menjejaki aliran para pengunjung di setiap pintu masuk. Mereka akan dimaklumkan apabila kapasiti bazar telah mencapai had maksimumnya dan ketika itu para pengunjung dikehendaki beratur sebelumdibenarkan masuk ke bazar. Sistem pengesanan ini dimungkinkan oleh Smartcomm,rakan pemegang kepentingan Kampong Gelam.

Ketua Projek dan Pengurus Presint, Sudirman Bin Muzaini berharap melalui program Visit Kampong Gelam, orang ramai boleh menikmati Cinta Cahaya Ramadan sambil kekal selamat dan melindungi orang tersayang di sekeliling kita.


ABOUT ONE KAMPONG GELAM
Established in 2014, One Kampong Gelam is committed to representing and supporting the interests of various stakeholders in the neighborhood. The organization is represented by an executive council comprising 14 members, and since its inception, has positioned Kampong Gelam as a lifestyle destination, along with curating activities and events to engage locals and tourists alike.

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman di bawah.

Visit Kampong Gelam
Singapore Tourism Board
Visit Singapore

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post