Trending


Noraniza Idris Raikan 100 Anak-Anak Asnaf Di Majlis Iftar Ihya Ramadhan 2022

Noraniza Idris Raikan 100 Anak-Anak Asnaf Di Majlis Iftar Ihya Ramadhan 2022 | Dalam kesibukan kerjaya sebagai artis, Ratu Etnik Irama Malaysia, Noraniza Idris masih sempat memikirkan aktiviti tanggung jawab sosial bersama masyarakat.

Ratu Etnik Irama Malaysia

Seramai 100 orang anak-anak asnaf dari SK Puchong Utama telah disenaraikan dalam penyampaian sumbangan yang berlangsung pada 23 April 2022, hari Sabtu bermula 9.30 malam - 11.20malam di Dataran Putrajaya. Acara selama 2 jam ini akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya oleh artis seperti Noraniza Idris, Ihab Ismail, Azmir Arif , Zul Arif dan Khairul Hamdi.

Noraniza Idris berkata "Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’.


Acara ini adalah anjuran Bersama Noraniza Idris production Ventures Sdn Bhd, PIBG SK. Puchong Utama dan juga Musolla AR- Raudhah. Acara ini juga akan menggerakkan Program Corporat Social Responsibility (C.S.R) kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membantu menyediakan platform jualan dan promosi untuk usahawan terlibat. Setiap usahawan berpeluang memperkenalkan produk menerusi khidmat kongsi rezeki dengan hanya menghantar produk mereka yang akan dijual dan dipromosikan di sepanjang Ramadan ini.

Berkat dari usaha ini, Noraniza Idris juga telah mengambil peluang untuk memperkenalkan produk makanan tradisional pertamanya iaitu Che Ani Produk Premium berasaskan Muruku yang telah mula dipasarkan bermula 1 April lalu.

"Sepanjang diperkenalkan secara kecil-kecilan, produk Muruku premium Che Ani telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ramai penggemar muruku berminat menjadi wakil jualan atau ejen seiring dengan kempen 1 Ejen : 1 Daerah yang Kak Ani perkenalkan" kata Noraniza Idris.


Seiring dengan itu, Noraniza Idris turut mempelawa usahawan-usahawan Industri Kecil Sederhana yang telah bersama-sama turun padang mempromosikan produk jualan mereka di booth Che Ani untuk berbuka puasa secara santai sebagai sebuah keluarga. Peluang berhimpun dalam sebuah program amal ini telah lama dinanti-nantikan.

Noraniza Idris - Majlis Iftar Ihya Ramadhan 2022

Noraniza Idris yang sememangnya digelar Ratu Etnik Irama Malaysia kekal berada di dalam industri muzik Malaysia ini selama 36 tahun dan terus berusaha mempelbagaikan kerjaya sebagai jaminan masa depan ke arah bidang keusahawanan.

Pandemik global yang melanda dunia banyak memotivasikan Noraniza Idris untuk terus memandang dari sudut positif dengan mempelajari sistem perniagaan secara dalam talian selain menjalankannya secara fizikal. Aktiviti ini akan diteruskan selepas Hari Raya nanti untuk jangka panjang dalam Siri Jelajah Akar Kita Zapin 2022 yang akan bermula di Zon Utara pada 20-22 Mei 2022 di AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang.


Mengulas tentang single rakaman hari raya, Noraniza Idris berkata beliau tidak mempunyai single raya terbaru untuk tahun ini namun pernah muncul rakaman semula lagu raya ‘Cinta Lebaran ‘ nyanyian Noraniza Idris , Ihab Ismail dan Azmir Ariff yang diedarkan secara digital di bawah Luncai Emas Sdn Bhd pada tahun 2021 lepas. Mengajak semua peminat untuk dengarkannya di saluran youtube Luncai Emas . Selepas Ramadan ini , beliau dikatakan akan fokus aktiviti rakaman single terbaharu setelah single Intan Payung (duet Bersama Bunga) selesai kontrak promosi.

Single terbaharu ini dijangka akan melibatkan seorang artis undangan yang akan diumumkan tidak lama lagi. Struktur melodi lagu ini sememangnya sangat sesuai dengan konsep dan vocal artis ini untuk berkolaborasi bersama Kak Ani. Pihak Kak Ani akan membincangkannya dengan Luncai Emas sebagai penerbit bersama nanti.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post