7 Tempat Membeli Belah Raya Aidilfitri Di Selangor - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 7 Tempat Membeli Belah Raya Aidilfitri Di Selangor

Trending

7 Tempat Membeli Belah Raya Aidilfitri Di Selangor

7 Tempat Membeli Belah Raya Aidilfitri Di Selangor | Masa untuk membeli-belah telah tiba! Ianya satu perkara yang sering dilakukan sempena bulan Syawal yang menjelang tiba. Negeri Selangor yang terkenal sebagai syurga beli-belah merupakan destinasi terbaik bagi mendapatkan barangan keperluan lebaran anda seperti hiasan rumah dan tentunya baju raya! Terdapat pelbagai jualan, diskaun dan promosi yang ditawarkan kepada orang ramai untuk membawa lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan kepada penduduk setempat pada musim perayaan tahun ini. #PusingSelangorDulu ke 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi memeriahkan lebaran anda!

Tempat Membeli Belah Raya Aidilfitri

1) Kompleks PKNS Shah Alam
Kompleks PKNS Shah Alam merupakan sebuah Pusat Beli-belah yang terkenal di Shah Alam dan masyarakat sekitar. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari kawasan berhampiran dan luar Shah Alam datang ke Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli-belah dan menjamu selera. Sebagai Pusat beli-belah pertama di Shah Alam, ia kekal sebagai destinasi pelancongan yang popular. Kompleks PKNS Shah Alam menyediakan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan yang juga menjimatkan kos. Terdapat pelbagai kedai yang tersedia, termasuk butik fesyen, restoran, kedai elektronik dan mudah alih, dan lain-lain. Tentunya ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk anda berbelanja!

Kompleks PKNS Shah Alam

Alamat : Persiaran Tasik, Selangor Darul Ehsan 40000 Shah Alam, Selangor.


2) SACC Mall Shah Alam
SACC Mall Shah Alam yang terletak di pusat bandar Shah Alam adalah sebuah 'Neighbourhood Mall' yang membawa kelainan yang tersendiri. Melangkah ke dalam pusat beli-belah ini pasti memberikan keseronokan untuk seisi keluarga. Ia adalah syurga membeli-belah di mana jenama tempatan dan antarabangsa banyak ditawarkan di sini. SACC Mall ialah destinasi yang mesti dikunjungi oleh pembeli, dengan gabungan kedai yang menarik yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Sepanjang tahun, acara dan promosi menarik dirancang untuk meraikan setiap perayaan utama. Terdapat juga pelbagai pilihan restoran yang menyajikan masakan domestik dan antarabangsa untuk anda menikmati hidangan selepas seharian membeli-belah!

SACC Mall Shah Alam

Alamat : Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

3) Bangi Sentral
Bangi Sentral terletak di Bandar Baru Bangi. Hab perniagaan ini terkenal sebagai pusat perniagaan di bandar ini yang menempatkan pelbagai jenis perniagaan. Dalam 80-unit kedai di sini, kebanyakannya adalah restoran dan butik fesyen! Majoriti perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk tempatan juga boleh didapati di kawasan ini.

Bangi Sentral

Alamat : Jalan Medan Pusat Bandar 6A 43650 Bangi, Selangor.


4) GM Klang Wholesale City
GM Klang Wholesale City mempunyai lebih 2,500 kedai, menyediakan jualan borong dan runcit yang tiada tandingan. Ianya juga sebuah pusat perdagangan serantau, dengan deretan restoran dan kedai makan, serta dilengkapi dengan kemudahan yang selesa untuk anda membeli-belah di musim perayaan ini! GM Klang Wholesale City menyediakan pelbagai rangkaian produk seperti hiasan rumah dan perkahwinan, pakaian, tekstil, aksesori IT, mainan, dan banyak lagi. Satu lagi komponen khusus di sini ialah Zon Jenama Malaysia; sebuah presint yang direka dengan cantik yang mempamerkan fesyen, aksesori, makanan dan kraftangan keluaran tempatan.

GM Klang Wholesale City

Alamat: GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital 41200 Klang, Selangor.

5) Melawati Mall
Pusat Beli-belah gaya hidup Melawati Mall mempunyai luas 620,000 kaki persegi, dengan lebih 200 kedai runcit tersebar di lapan tingkat tingkat runcit dan 1,900 tempat letak kereta ini menjadi destinasi membeli-belah yang popular saban tahun. Ianya menyediakan gabungan ideal fesyen antarabangsa dan tempatan, hiburan, konsep rumah dan gaya hidup serta pilihan tempat makan yang pelbagai. Pelbagai jenama utama di Pusat Beli-belah ini telah disusun rapi untuk memberikan pengunjung sebuah pengalaman beli-belah, hiburan serta seleksi makanan yang terbaik.

Melawati Mall

Alamat : Melawati Mall, Jalan Bandar Melawati, Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur, Selangor.


6) Seksyen 7 Shah Alam
Fesyen Muslimah dan koleksi busana Muslimah yang semakin popular, mendapat sambutan para penggemar fesyen Muslimah dan orang ramai boleh didapati di Seksyen 7, Shah Alam. Ianya menjadi lokasi yang menempatkan pelbagai jenama dan butik fesyen menjual fesyen Muslimah yang menawan dan berkualiti tinggi seperti jenama Bella Ammara, Hatta Dolmat, LosraVelda dan banyak lagi. Penggemar fesyen Muslimah pasti rambang mata apabila berkunjung ke sini!

Seksyen 7 Shah Alam

Alamat : Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor.

7) The Curve Mutiara Damansara
Lebih 200 perniagaan runcit dan 60 perniagaan makanan tersedia di The Curve Mutiara Damansara. Terdapat banyak pilihan dari segi fesyen, kecantikan, kesihatan, barangan kanak-kanak, buku, kelengkapan rumah, barang kemas, aksesori, serta outlet makanan dan minuman. The Curve ialah tempat permulaan membeli-belah sehenti anda, dengan pilihan butik fesyen moden, deretan gerai jualan yang menjual pelbagai jenis barangan, serta pembekal kelengkapan rumah bagi mempersiapkan anda untuk musim lebaran ini!

The Curve Mutiara Damansara

Alamat : 6 Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor.


Bawa keluarga anda ke membeli-belah di 7 lokasi tumpuan di Negeri Selangor seperti yang tersenarai bagi mendapatkan barangan persiapan Hari Raya Aidilfitri anda, dalam penuh keselesaan. Dari baju raya, barangan kelengkapan rumah, perkhidmatan penjagaan diri, aksesori, sehingga ke biskut raya boleh didapati kesemuanya di satu lokasi sahaja! Tentunya ia menjimatkan masa anda sekeluarga! Bersempena musim lebaran ini, jom #PusingSelangorDulu dan jangan lupa mempraktikkan SOP pencegahan penyebaran virus Covid-19 demi kesejahteraan bersama!

Anda juga boleh layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor untuk sebarang informasi lanjut mengenai sektor pelancongan Negeri Selangor.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post