Trending


Resepi Nutella, Berbuka Puasa dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

Resepi Nutella, Berbuka Puasa dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad | Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ramadan Nutella edisi terhad. Pelancaran ini turut menampilkan resipi mudah dan cepat yang boleh dicipta oleh keluarga untuk berbuka puasa dan menikmati detik-detik gembira bersama keluarga pada bulan Ramadan ini.

Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

Dengan slogan “Rasa Ceria, Erat Bersama”, Nutella berhasrat untuk menambah kegembiraan dan menggalakkan ikatan kekeluargaan pada bulan Ramadan ini menerusi pengenalan tiga resipi mudah dan cepat yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, iaitu Fried Bread (Roti Goreng Nutella), Mini Tart (Tart mini Nutella) dan Breakfast Bite (Sarapan Ringkas Nutella).


Resepi Sarapan Bebola Kurma Nutella/Nutella Date Balls

Untuk menyediakan resepi Sarapan Bebola Kurma Nutella/Nutella Date Balls, 15g Nutella bagi setiap portion sudah cukup untuk dinikmati!

Resepi Sarapan Bebola Kurma Nutella

BAHAN-BAHAN
UNTUK 8 PORTION
¾ cawan (175 mL) badam kisar
¼ cawan (60 mL) kurma
¼ cawan (60 mL) kelapa kering tanpa gula
6 sudu besar (90 mL) sirap maple asli
½ sudu teh (2 mL) serbuk kayu manis
1/3 cawan (75 mL) Nutella
3gm serbuk coklat
30gm mentega cair

Cara penyediaan:
1) Masukkan badam, kurma, kelapa parut kering, sirap maple 90ml dan 1 sudu kecil kayu manis dalam food processor. Kisar hingga adunan sekata.
2) Bentukkan menjadi bola.
3) Hidangkan Bebola Kurma Nutella dengan 2 sudu teh (10 mL) Nutella, buah segar untuk berbuka puasa


Resepi Tart Mini Nutella/Nutella Mini tarts

Resepi Tart Mini Nutella untuk 6 portion.

Resepi Tart Mini Nutella

BAHAN-BAHAN
250g tepung biasa
125g Mentega
125g Gula
4g serbuk penaik
1 biji Telur
1 kuning telur
Perahan 1 lemon
garam
90 g Nutella (15g/bahagian)

Cara penyediaan:
1) Letak tepung dan serbuk penaik di atas papan pastri. Masukkan mentega di bahagian tengah dan gaul dengan cepat.
2) Kemudian tambahkan kepada serbuk gula, kuning dan telur, parutan kulit limau dan secubit garam. Campurkan semuanya dengan cepat dan buat bentuk bola.
3) Balut dengan kain dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
4) Canai doh setebal 5mm menggunakan pin penggelek, potong dalam bentuk bulatan dengan saiz lebih besar sedikit daripada tin acuan yang digunakan.
5) Masukkan doh ke dalam loyang yang telah digris dan ditabur sedikit tepung.
6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama 8-10 minit.
7) Selepas itu, keluarkan tart dari bekas dan biarkan ia sejuk. Isi tart dengan Nutella dan hidangkan.


Resepi Roti Goreng Nutella/Nutella Fried Bread

Resepi Roti Goreng Nutella untuk 1 portion

Resepi Roti goreng Nutella

BAHAN-BAHAN
5 Keping Roti Putih (tanpa bahagian tepi roti)
50gm Mentega
30gm Gula Perang
1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Secubit garam

Untuk Salutan
2 biji telur
1/2 sudu besar serbuk kayu manis
20ml Susu
Mentega Cair untuk memasak
100 gr serbuk roti
15gm Nutella (Topping)

Cara memasak:
1) Leperkan hirisan roti dengan penggiling adunan.
2) Cairkan 50gram Mentega kemudian ketepikan dan biarkan sejuk.
3) Campurkan mentega cair, gula perang dan 1 sudu teh serbuk kayu manis dalam mangkuk. Gaul sebati.
4) Sapukan doh pada roti dan canai jadi bentuk kecil memanjang.
5) Dalam mangkuk lain, campurkan 2 biji telur, 1/2 tsp serbuk kayu manis dan 20Ml susu. Pukul hingga rata.
6) Cairkan sedikit mentega dalam kuali untuk masak.
7) Celupkan hirisan roti tadi ke dalam doh telur dan masukkan ke dalam kuali dengan api perlahan. Masak sehingga perang keemasan.
8) Untuk hidangan, sapukan 15gm Nutella.


Balang Ramadan Nutella edisi terhad boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit yang menjual pada harga yang sama dengan balang biasa 680g mulai bulan April hingga Mei 2022. Nutella juga sedang menganjurkan pertandingan foto secara dalam talian yang memberikan peluang kepada semua 20 peserta untuk memenangi Electrolux Oven Toaster.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia, laman YouTube di Nutella Malaysia - YouTube.

Website Nutella
Resipi Nutella

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post