Trending


Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum Review, Cara Hilangkan Dark Spot Di Wajah

Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum Review, Cara Hilangkan Dark Spot Di Wajah | Hi semua! Dah menjengah usia 40 siri ni, perlulah beri lebih perhatian pada penjagaan kulit wajah. Bila dah meningkat usia masalah dark spot dan jeragat dan memang jadi kebiasaan yang berlaku pada semua orang. Maksud dark spot dalam bahasa melayu sebenarnya adalah pigmentasi kulit.

Murad Dark Spot Serum

Kali ni Kak Bell nak kongsi tentang cara nak hilangkan dark spot dengan Murad serum iaitu MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum dan MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++.


Apa Beza Dark Spot Dan Jeragat?

Secara umumnya dark spot terjadi disebabkan perubahan warna pada kulit, begitu juga dengan jeragat. Sebenarnya ada beza dark spot dan jeragat. Dark spot yang dikenali sebagai bintik hitam atau flek hitam. Jeragat pula dikenali sebagai freckles dan disebabkan faktor keturunan yang dialami sejak kecil atau remaja.

Produk Hilangkan Dark Spot

Faktor terjadinya dark spot dan jeragat mungkin disebabkan sinar UV matahari, penggunaan skincare yang mengandungi bahan kimia merbahaya dan perubahan hormon.

Biasanya ambil masa yang lama untuk memudar dan menghilangkan dark spot di muka. Jom baca lebih lanjut jika nak tahu tentang produk hilangkan dark spot dalam masa 14 hari sahaja!


Produk Hilangkan Dark Spot Dalam Masa 14 hari

Untuk membaik pulih masalah bintik hitam ini Kak Bell gunakan 2 produk Murad. Produk hilangkan dark spot dalam masa 14 hari tersebut adalah:

1) MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum
2) MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++

MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum
MURAD Rapid Dark Spot Correcting Serum ini dapat mengurangkan dan memudarkan bintik hitam dan hiperpigmentasi. Produk ini bersifat intensif, bebas hidrokuinon dan serum yang akan menggalakkan perolehan sel permukaan untuk lebih sekata, kulit lebih cerah.

Murad Serum

Sesuai untuk semua warna dan jenis kulit muka iaitu normal, berminyak, kulit kering dan juga kulit kombinasi. Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum ingredients adalah seperti berikut:

  • Patented resorcinol technology - Eksklusif untuk Murad, mengurangkan keamatan rupa bintik gelap dan tona tidak sekata.
  • Tranexamic acid - Membantu menenangkan, mencerahkan, menghidupkan semula kulit kusam dan nada sekata.
  • Glycolic acid - Salah satu bahan yang pertama dan paling utama dalam proses pengelupasan dalam dermatologi Dr Murad. Ianya berfungsi untuk mengelupas hingga membantu menghilangkan kekusaman, memperbaiki tekstur kulit & menghilangkan kusam sel kulit untuk penembusan yang lebih baik.

How To Use Murad Rapid Dark Spot Correcting Serum?

Cara penggunaanya sangat mudah dan boleh digunakan pada waktu siang dan malam setiap hari.

Langkah 1: Bersihkan dengan Pembersih Essential-C. Kemudian keringkan muka.
Langkah 2: Sapukan 1-2 pam secara rata pada muka, leher dan dada.
Langkah 3: Ikuti dengan pelembap. Disyorkan untuk menggunakan pelindung matahari Murad (City Skin Age Defense) juga pada siang hari.

MURAD City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++
Produk Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ berfungsi sebagai tabir suria (mineral sunscreen) untuk menghalang kulit daripada terkena cahaya matahari secara telus dan menjadi kulit lebih bersinar secara semulajadi.

Muran Sunscreen SPF50+

Selain Cahaya UV, cahaya biru dari skrin laptop, PC atau TV secara berlebihan juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan kerosakan dan penuaan kulit. Oleh itu, Murad membangunkan krim ultra-ringan, 100% pelindung matahari mineral yang melindungi kulit muka daripada pelbagai jenis sinar UV, samaada cahaya biru dalaman daripada skrin atau UVA dan UVB luaran dari cahaya matahari.

Formulanya menyerap dengan cepat tanpa sisa dan menjadikan kulit lebih bercahaya. Selamat untuk kulit sensitif, bebas pewangi, dan 100% mineral SPF untuk semua jenis kulit City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ ingredients adalah seperti berikut:

  • Matriks polimer yang unik bertindak seperti "kulit kedua" yang boleh bernafas dan mengunci lekatan dan penembusan penceroboh persekitaran toksik.
  • Vitamin C membantu mencerahkan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata dan memperbaiki kulit dari kerosakan cahaya matahari.
  • Lutein dan Oksida Besi meningkatkan perlindungan dari cahaya spektrum luas, menambah pertahanan terhadap cahaya boleh dilihat, cahaya biru dan sinaran inframerah.


How To Use Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++?

Cara penggunaannya sama sahaja dengan produk serum tadi. Selepas kulit muka di bersihkan, disapukan toner serta Murad serum, bolehlah sapukan krim ini bahagian muka, leher dan bahagian berdekatan leher di atas dada. Boleh guna tidak kira siang mahupun malam.


Kesan Penggunaan Murad Serum Dan Mineral Sunscreen

Melalui keputusan yang terbukti secara klinikal setelah penggunaan produk Murad dengan produk yang lainnya, ahli panel ujian bersetuju hanya dalam 14 hari responden berjaya memperolehi hasil positif mengatasi masalah hiperpigmentasi.

Kesan Penggunaan Murad Serum
Murad Rapid Dark Spot Correcting serum before and after

  • 84% berjaya memudarkan bintik hitam/dark spot
  • 91% kulit lebih cerah
  • 94% kulit lebih licin
  • 89% kulit lebih berseri dan bercahaya (radiant glow)


Setelah menggunakan Murad Rapid Dark Spot Correcter Serum dan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ selama 14 hari ternyata nampak perubahan ketara pada muka Kak Bell. Kulit muka lebih sekata dan lebih sihat. Memang berkesan sangat sebab mineral sunscreen SPF50 PA++++ ni dapat melindungi kulit daripada 96% pencemaran dan 89% daripada cahaya biru dari skrin.

Kedua-dua tekstur produk Murad ni memang senang nak apply dan mudah meresap pada kulit. Baunya pun best dengan bau sitrus vitamin C. Pakaging produk Murad boleh dikatakan dalam travel size iaitu 30ml untuk Murad Serum dan 50ml bagi Murad Sunscreen PF50 PA++++.

Harga Produk Murad
Rapid Dark Spot Correcting Serum 30ml – RM448
City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF50 PA++++ 50ml - RM298

Harga Produk Murad

Boleh dapatkan kedua-dua produk ini dan lain-lain produk di atas secara online di website Murad atau di Exclusive Facial stores.

Maklumat lanjut di laman sesawang Murad dan laman media sosial di bawah.

FB: @Murad.Malaysia
Insta: @MuradMalaysia

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post