Saksikan Drama Kuasa Di Astro Citra Dan Astro On The Go (Astro Go) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Saksikan Drama Kuasa Di Astro Citra Dan Astro On The Go (Astro Go)

Trending

Saksikan Drama Kuasa Di Astro Citra Dan Astro On The Go (Astro Go)

Saksikan Drama Kuasa Di Astro Citra Dan Astro On The Go (Astro Go) | Astro Originals mempersembahkan drama siri premium terbaru, KUASA dengan mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.

Sinopsis Drama Kuasa

Menariknya, drama siri premium ini merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Misteri Dilaila. Tidak hanya mendominasi pentas layar perak, keduanya turut meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2. Bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mereka mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand.


Siri genre drama, jenayah dan romantik ini telah diarahkan oleh Kroll Azry yang sebelum ini mengarahkan drama bersiri yang tercalon menerusi Drama Siri Terbaik/Telefilem Untuk Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.

Ning Baizura Drama Kuasa

Ridzuan Hashim Drama Kuasa

Info Drama Kuasa
Tajuk/Title : Kuasa
Genre : Drama
Pengarah/Director : Kroll Azry
Penerbit/Producer : Shamin Yusof, Geniey Majid
Terbitan/Produced by : Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan/Production Company : Skop Productions Sdn Bhd
Bahasa/Language : Bahasa Malaysia
Durasi Filem/Running Time : 45 Minit x 8 Episod
Jumlah Hari Penggambaran/Days of Shooting : 50 Hari
Lokasi Penggambaran/Shooting Location : Kuala Lumpur, Johor Bahru, Selangor
Muzik Skor/Score Music : Technica Studios
Pereka Busana/Wardrobe : Raf Choo, Amir Salleh
Tarikh Tayangan/Release date : 11 April 2022, setiap hari Isnin (Astro Citra)

Lagu Tema Drama Kuasa (Official Soundtrack)
Lagu: KUASA
Artis: Joe Flizzow feat Azlan & The Typewriter
Komposer: Alif / Taja Archive Sdn Bhd
Lirik: Joe Flizzow


Barisan Pelakon Drama Kuasa

Kuasa membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar. Berikut adalah senarai barisan pelakon drama Kuasa dan watak lakonan.

Pelakon Drama Kuasa

Ridzuan Hashim sbg Tan Sri Dhameer
Ning Baizura sbg Puan Sri Lily
Nazim Othman sbg Darius (Darius Bin Dhameer)
Nadia Brian sbg Delilah (Delilah Binti Dhameer)
Izzy Reef sbg Dharma (Dharma Bin Dhameer)
Dazrin Kamarudin sbg Arman (Arman Bin Aziz)
Alicia Amin sbg Emma
Nia Atasha sbg Natalie
Azri Iskandar sbg Tan Sri Aziz
Syanie Hisham sbg Kak Bah
Farid Amirul sbg Doctor Jason

Sinopsis Drama Kuasa

Jom baca sinopsis drama Kuasa dwi-bahasa kat bawah.

Sebuah drama premium “KUASA” ” yang mengisahkan tentang seorang yang amat dikenali didalam industri hiburan, Tan Sri Dhameer. Selama 35 tahun didalam industri, beliau telah membina sebuah empayar terbesar yang meliputi daripada menghasilkan filem-filem tempatan dan juga platform pelaburan. Drama siri premium ini menceritakan tentang kisah keluarganya dan tiga anaknya, Delilah, Darius dan Dharma, yang merebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya. Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang?


Astro Originals presents “KUASA”. Tan Sri Dhameeris a well-known icon in the Entertainment Industry. In 35 years, he has managed to build the biggest entertainment company, that covers from films to investment platforms. The series revolves around his family’s drama, as his three children, Delilah, Darius, and Dharma, are fighting to be the sole heir of his company. Tan Sri Dhameer is trying to teach his children that there are far bigger enemies they need to overcome than their own family. Will he succeed? Will greed be the fall of Tan Sri Dhameer’s empire? Is blood thicker than money?

Buat penonton setia semua siri tv drama melayu, saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO (Astro On The Go) atau On Demand di mana sahaja melalui telefon pintar anda. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Download Astro GO and link now for existing Astro customers to stream thousands of hours of movies series, live sports, English premier league, and more. Stream anytime, anywhere with more than 65,000 videos on demand, tv series, and over 100 TV channels via Astro go app!

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post