Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Astro First - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Astro First

Trending

Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Astro First

Kumpulan pelawak legend Malaysia, Senario kembali menerusi Filem Jaga-Jaga Senariounion Di Astro First. Menghimpunkan buat pertama Kali Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan & Illya selepas lebih sedekad di bidang komedi tanahair.

Filem Jaga-Jaga Senariounion

Kumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem Jaga-Jaga Senariounion. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan. Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi punchline yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu, tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu. Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton.


Jaga-Jaga Senariounion yang sudah pastinya mengetengahkan genre komedi, bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini.

Tajuk : Jaga-Jaga Senariounion
Genre : Komedi
Pengarah : Aziz M. Osman
Produksi : Botak Production Management Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Malaysia
Durasi Filem : 90 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 10 Hari
Tarikh Penggambaran : 13 Dec-23 Dec 2021
Lokasi Penggambaran : Mantin Negeri Sembilan
Tarikh Tayangan Di Astro First : 21 April 2022


Sinopsis Filem Jaga-Jaga Senariounion

Sinopsis Filem Jaga-Jaga Senariounion | Keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk pengiring bakal pengantin - Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring. Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun.

Jaga-Jaga Senariounion Astro First

Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan - Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku. Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan. Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

Barisan Pelakon Jaga-Jaga Senariounion

Filem Senariounion 2022 ini memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun masih mengekalkan identiti Senario. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira. Berikut adalah senarai barisan pelakon Jaga-Jaga Senariounion.


Mohd Azlee bin Jaafar sbg Azlee
Illya Buang bin Shaharum sbg Tok Kadi
Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff sbg Saiful
Abdul Wahid bin Mohd sbg Wahid
Yassin bin Yahya sbg Yassin
Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli sbg Dato Hamdan
Nur Farisha Amira binti Aslan sbg Zila
Mas Said bin Abdul Ghani sbg Prono
Badrolshah bin Abdul Manan sbg Bala
Syaniza binti Hisham sbg Syanie
Aman Shah bin Asri sbg Amen
Siti Nora binti Sukiran sbg Nora

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini (Senariounion 2022) mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Bila majlis akad nikah dibatalkan kerana dulang hantaran bernilai RM50 ribu disamun, muncul seorang penyiasat insuran mendedahkan unsur sabotaj dikalangan keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak pengantin.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.


Lagu Filem Jaga-Jaga Senariounion

Lagu Filem Jaga-Jaga Senariounion, terdapat 3 buah lagu untuk filem ini.

Tajuk: Yang Bertakhta Akhirnya
Penyanyi M. Nasir
Penulis Lirik – Mohd Nasir Mohamed
Warner Chappell Music Malaysia Sdn Bhd
Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd

Tajuk: Musim Kenduri Kahwin
Komposer - Illya Buang
Lirik & Nyanyian Senario

Tajuk: Tralala Joget
Bintang Malaya Hawaiian Band
Emi Colombia 33es 306
The Gramophone Company Ltd

Langgan dan saksikan Jaga-Jaga Senario union full movie Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post