Trending


Lirik Lagu Maaf – Izmir Fareez

Lirik Lagu Maaf – Izmir Fareez | Single baru Izmir Fareez yang berjudul Maaf menyentuh isu kekeluargaan, suami yang tidak menghargai isteri dan akhirnya menyesal diatas kematian isteri kerana tidak sempat untuk memohon maaf kepada isteri.

Penyanyi Izmir Fareez

Demi meneruskan langkah dalam industri muzik dan dakwah tanah air, Izmir Fareez kini mempertaruhkan single terbaru berjudul Maaf, hasil ciptaan Akmalul Azmi sebagai pencipta lagu dan Izmir Fareez sendiri sebagai penulis lirik. Pengarah muzik dan penerbit untuk lagu 'Maaf' ini adalah Along Exists dan pembantu penerbit, Imtiaz dari kumpulan Simfoni.

Lagu 'Maaf' ini dicipta pada tahun 2020, ianya bukanlah berkisarkan tentang kekeluargaan tetapi ianya berkaitan tentang penceritaan kematian seseorang. Setelah dipersembahkan lagu tersebut kepada Along, beliau mengatakan lagu berbunyi jiwang 90an ini tidak sesuai dengan lirik yang berat seperti kematian kerana lagu yang berbunyi jiwang 90an ini kebanyakannya akan dikaitkan dengan kisah percintaan. Maka, beliau menyarankan agar tukar lirik kematian kepada percintaan.


Akhirnya, lirik yang berkisarkan tentang percintaan telah siap digubah oleh Izmir Fareez tetapi disebabkan saat dan ketika itu Covid-19 yang semakin berleluasa di Malaysia, pergerakan terbatas ke studio untuk membuat rakaman muzik dan vokal. Sehinggalah kerajaan mengumumkan pergerakan merentas daerah dan negeri dibenarkan, maka bermulalah rakaman muzik dan vokal lagu Maaf ini pada tahun 2021.

Penyanyi Izmir Fareez

'Maaf' adalah sebuah lagu yang mengisahkan perceritaan kehidupan seorang suami dan isteri setelah berkahwin selama 3 tahun. Setelah hidup berumahtangga yang mereka bina, hanya isteri seorang sahaja yang menunjukkan rasa cinta dan kesetiaan kepada suami tanpa rasa jemu dan lelah, tetapi suami semakin lama hidup berumahtangga semakin pudar cinta dalam hatinya terhadap isteri. Sehinggalah isteri jatuh sakit dan meninggal dunia, maka suami mula rasa kehilangan dan menyesal dengan perlakuan dan layanan yang diberikan kepada isteri ketika hidupnya dan tiada lagi cinta dan kasih sayang setelah isteri meninggalkan suami buat selama-lamanya. 

Penyesalan yang dirasai oleh suami tidak dapat mengubah apa-apa kerana isteri tidak akan kembali kepada suami buat selama lamanya. Hanya mengharapkan agar isteri mengampunkan dosa suami di akhirat nanti.


Lirik Maaf – Izmir Fareez


Komposer : Akmalul Azmi
Lyricist/lirik Oleh : Izmir Fareez
Vocal Producer: Along Exists
Video Production: Ns Pixtures

Tiada kata ku ungkapkan
Resah jiwa yang kerinduan
Tiada cinta ku temukan
Setulus yang kau berikan

Ku biarkan cinta kita
Pudar saat hidup bersama
Tanpa lelah kau setia
Hingga kau pergi selamanya

Tiada guna kusesali
Engkau tak mungkin kembali

Tinggallah sendiri
Mengenang kembali
Cinta yang kau beri
Tak pernah ku peduli

Berakhirlah sudah
Kenangan bersama
Hanya ku pinta agar
Kau maafkan ku di sana

Muzik Video Lagu Maaf

Penggambaran muzik video lagu Maaf yang diarahkan oleh Ahmad Nasuha dari NSPIXTURES dijalankan selama dua hari di Alor Setar dan Sungai Petani Kedah. Bagi setiap urusan penggambaran diuruskan oleh Imtiaz dari kumpulan Simfoni selaku Pengurus Projek untuk lagu ini.


Pelakon utama di dalam video muzik ini adalah Arie Laso dan Aleya Trisya yang kedua-duanya juga merupakan model pakaian lelaki dan perempuan.

"Pada asalnya memang kita hendak membuat penggambaran muzik video ini di sekitar Kuala Lumpur tetapi disebabkan pengarah, teknikal dan pelakon-pelakon menetap di utara, jadi kita membuat keputusan untuk membuat penggambaran di sekitar negeri Kedah" ujar Izmir Fareez.


Muzik video lagu Maaf ini boleh ditonton di laman Youtube rasmi Inteam Digital dan boleh didengari di platform digital seperti Spotify, Joox, Itunes, Deezer, Kkbox atau boleh juga menerusi permintaan lagu di stesen-stesen radio di tanah air.

"Saya berharap agar lagu ini dapat diterima oleh seluruh lapisan masyarakat kerana lagu ini berunsurkan kekeluargaan yang kita sendiri hadapi dan tempuhi di dalam kehidupan kita." jawab Izmir Fareez.

Sebarang maklumat lanjut atau undangan persembahan boleh berhubung terus dengan Imtiaz di talian 017-2558834.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post