Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Tayang Di Pawagam - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Tayang Di Pawagam

Trending

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Tayang Di Pawagam

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Tayang Di Pawagam | Filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mendominasi carta no 1 Astro First minggu ini. Kini filem komedi seram ini bukan sahaja terus menghiburkan penonton di Astro First, tetapi dalam masa yang sama bersedia temui peminat dan penonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia bermula 18 Mac ini dalam tempoh terhad. Ini menyaksikan kali pertama setelah empat tahun Kampong Pisang Universe ditayangkan di panggung wayang menerusi filem komedi seram no 1 negara, Hantu Kak Limah.

Poster Filem Kampong Pisang

Filem kampong pisang berbuah dua kali astro first arahan pengarah Amen Khalid ini telah menemui penonton bermula 3 Mac lalu dan menariknya, ia telah menerima sambutan baik, sekali gus berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari.

Pawagam Terpilih Tayangan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Pawagam terpilih yang akan menayangkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah TGV Bukit Tinggi, Klang; TGV Kinta City, Ipoh; TGV Bukit Mertajam, Penang; TGV Tebrau City, Johor; TGV Mesra Mall, Terengganu; dan TGV Wangsa Walk, Kuala Lumpur.


Kampung Pisang Berbuah Dua Kali Cast

Filem komedi seram Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon/cast Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).


Kisah kekecohan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bermula dengan kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.

Buat korang yang dah watch online kampong pisang berbuah dua kali movie dan nak menikmati sinematik pawagam, bolehlah dapatkan tiket Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di pawagam terpilih TGV Cinemas bermula 18 Mac ini. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post