Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Arahan Amen Khalid - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Arahan Amen Khalid

Trending

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Arahan Amen Khalid

Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali | Sutradara tersohor Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan sebuah legasi cukup besar buat industri penyiaran, perfileman Malaysia serta masyarakat. Kejayaan-kejayaan yang dicipta turut menyumbang kepada corak perubahan perfileman tempatan, antaranya filem Hantu Kak Limah menjadi filem pertama negara yang menembusi kutipan pecah panggung RM30 juta, francais filem komedi No 1 tanah air ‘Kampong Pisang’ telah dikembangkan dari filem ke drama siri premium, telemovie serta filem pendek, dan lebih unik menjadi satu-satunya jenama filem tempatan yang masih menerima reaksi positif serta relevan hingga ke hari ini meskipun telah diperkenalkan sejak lebih sedekad lalu.


Bagi meneruskan perjuangan seni dan legasi Allahyarham Mamat Khalid, anak keempatnya iaitu Amen Khalid menggalas tanggungjawab dengan mengarahkan hasil karya terakhir ayahnya, iaitu Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. Filem ini akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula 3 Mac ini.


Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Pastinya filem ini akan menjadi kebanggaan buat keluarga dan peminat. Amen Khalid sering di samping bapanya dalam penghasilan karya-karya lalu, telah menyahut cabaran menyempurnakan tanggungjawab bapanya mengarahkan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan ini merupakan pertama kali dia menggalas tanggungjawab sebagai pengarah filem. Terdahulu, Amen Khalid pernah mengarahkan telefilem ‘Sis Ngensot’ dan ‘Pochong’ yang ditayangkan di saluran BOO (404). Lokasi penggambaran Filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah di sekitar Kuala Kangsar, Perak.

Tajuk : Kampong Pisang Berbuah Dua Kali
Genre : Komedi, Seram
Pengarah : Amen Khalid
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Produced by : Enjit-Enjit Semut Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Malaysia
Durasi Filem : 90 Minit
Jumlah Hari Penggambaran : 12 Hari
Lokasi Penggambaran : Kuala Kangsar, Perak
Tarikh Tayangan di Astro First : 3 Mac 2022 (Khamis)


Sinopsis Kampung Pisang Berbuah Dua Kali

Sinopsis Kampung Pisang Berbuah Dua Kali | Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.


A fisherman named Cik Gerhana, who is also a younger brother of Cik Purnama, falls in love with a girl he met at a festival ceremonial in Kampong Pisang. At the same time, a mystery lingers around Kampong Pisang on the appearance of Hantu Kum Kum which targets a newborn baby. The situation gets even more complicated when a spirit of a former Mak Yong performer by the name of Cik Mek died young and is seeking to avenge her death in Kampong Pisang.

Filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali Cast/Barisan Pelakon

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 3 Mac hadapan. Mengekalkan tunggak utama dalam meneraju watak sebagai penduduk Kampong Pisang, seperti Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). Berikut adalah senarai line up/filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali cast.

Kazar Saisi sbg Pak Din
Bell Ngasri sbg Barkoba
Aziz M Osman sbg Pak Jabit
Mat London sbg Pak Karim
Dewa Sapri sbg Cik Purnama
Azman Mantra sbg Cik Gerhana
Datin Paduka Eina Azman sbg Cik Mek
Anis Nisham sbg Yati
Ahmad Yassin sbg Yassin
Wong Wei Tian sbg Teck Zee
Rasydan Zakaria sbg Adan
Nizam Mok Ram sbg MA Mok
Hafiz Aziz sbg Mirlun
Joey Daud sbg Daud M
Yeop Hitler sbg Manap Sengau
Rashid Othman sbg Faguha Jabar
Dollah Cantik sbg Yaakob Kangkong


Filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali Review

Menerusi filem terbaru ini, buat julung-julung kalinya Pak Karim yang dikenali sebagai mantan guru silat yang disegani dalam kampung itu mempamerkan taring dan ketangkasannya dalam bersilat yang tidak pernah disajikan menerusi sekuel terdahulu. Selain itu,memperlihatkan juga semangat tidak putus asa Barkoba untuk mendapatkan cinta Yati kesinambungan daripada ‘Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa’.



Setiap naskhah Kampong Pisang pasti diwarnai dengan watak wanita dengan karakter tersendiri. Kehadiran pelakon Datin Paduka Eina Azman memegang watak sebagai Cik Mek sudah pasti menambahkan kegamatan dalam kampung ini. Beliau juga turut menyanyikan sebuah lagu bersama watak baru Cik Gerhana lakonan Azman Mantra personaliti media sosial yang pernah tular kerana nyanyiannya. Selain mereka, watak baru yang turut diperkenalkan adalah Yaakob Kangkong lakonan oleh pengacara Dollah Cantik. Cukup menarik juga, watak daripada ‘Kampong Pisang Bersiri Siri’, iaitu Khuda serta Teck Zee (Kampong Pisang Kita Setandan) turut kembali dalam filem ini.

Tampil sedikit berbeza, ini adalah kali pertama menyaksikan universe Kampong Pisang meletakkan elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) dalam memperkukuhkan jalan cerita.


Saksikan komedi seram, filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali full movie yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 3 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post