Trending


Produk Wawawax Body Scrub Baharu, Pelengkap Wawawax Hair Removal Cold Wax

Produk Wawawax Body Scrub Baharu, Pelengkap Wawawax Hair Removal Cold Wax | Bagi yang belum mengenali jenama Wawawax, jenama keluaran bumiputera ini telah mula dikenali sejak tahun 2016 sebagai jenama yang dipercayai untuk waxing. Produk pertama dan terlaris mereka adalah wawawax hair removal. Kini, Wawawax tampil dengan produk skrub badan iaitu Wawawax Body Scrub sebagai pelengkap produk utama mereka iaitu Wawawax Hair Removal Cold Wax.


Wawawax Body Scrub Bantu Proses Waxing Lebih Mudah

Setelah berada di pasaran selama 6 tahun dengan produk Wawawax cold wax viralnya, produk scrub terbaru dilancarkan sebagai penggunaan sebelum dan selepas waxing. Wawawax Body Scrub ini akan bantu proses waxing lebih mudah dan berkesan. Tampil dalam dua pilihan body scrub iaitu Wawawax Sweet Peachy Body Scrub dan Wawawax Rosie Red Body Scrub.

Dari kiri: Puan Najwa Othman, Pengasas Bersama Wawawax Global Sdn Bhd; Puan Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd (wawawax founder)

"Amat penting bagi kami untuk memberikan pengalaman terbaik untuk para pelanggan kami yang disayangi dalam menjaga diri dan kami mengambil peluang ini sebagai satu keistimewaan dan tanggungjawab besar daripada syarikat kecil Malaysia tempatan seperti kami. Jadi, kami sentiasa melakukan yang terbaik. Wawawax Body Scrub yang dirumus dengan teliti ini merupakan pelengkap yang sesuai kepada Cold Wax Hair Removal kami dan boleh digunakan sebelum atau selepas waxing atau bercukur," ulas Puan Naqiah Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Wawawax Global Sdn Bhd (wawawax founder).



Ketika proses waxing pasti ada kejadian bulu tak habis tercabut, tumbuh ingrown hair dan mulalah kita cakap produk Wawawax tak berkesan! Sometimes bila waxing, wax disapu tak terkena habis pada bulu halus yang tersorok di bawah lapisan bulu tebal. Dan mungkin juga korang tinggalkan wax lama atas kulit dan menjadikan Wawawax tak berkesan. Sebenarnya, korang kena terus tarik before wax cair dan tak payah tunggu 1-2 minit pun lepas sapu wax. Untuk bantu memudahkan proses mengeluarkan rambut/bulu badan yang tidak diingini, perlu scrub/exfoliate kulit dahulu dengan Wawawax Body Scrub!

Untuk suasana yang mencuit dan tidak dapat dilupakan, anda mungkin memilih perasa buah-buahan dengan Sweet Peachy. Untuk hari yang mewah dan santai, Rosie Red mungkin pilihan tepat anda. Kedua-dua produk ini menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk kebaikan kulit dan menggunakan formula unik yang menggabungkan bahan-bahan semula jadi termasuk Garam Himalaya dan Ekstrak Bengkoang.

Bengkoang merupakan tumbuhan ubi yang mempunyai banyak khasiat, salah satunya dapat membantu mencerahkan kulit. Beberapa kandungan nutrisi yang terkandung dalam keladi termasuk antioksidan, vitamin C, vitamin B, saponin, flavonoid, dan bahan aktif lain.


Wawawax Sweet Peachy Body Scrub
Wawawax Sweet Peachy Body Scrub dengan aroma buah peach yang segar.


Wawawax Body Scrub Sweet Peachy ingredients:
Sodium Chloride (Himalaya Salt), Aqua, Sucrose, Glycerin, Sodium Laureth Sulfate, Pachyrrhizus Erosus Root Extract (Ekstrak Bengkoang), Fragrance, KI4, Imidazolidinyl Urea, CI 16255, Aloe Barbadensis Leaf Extract (Aloe Vera), Vitis Vinifera (Grape Seed Oil), Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Ascorbic Acid, Polysorbate 20

Wawawax Rosie Red Body Scrub
Wawawax Rosie Red Body Scrub dengan aroma rose petal yang sensual dan romantis.


Wawawax Body Scrub Rosie Red ingredients:
Sodium Chloride (Himalaya Salt), Aqua, Sucrose, Glycerin, Sodium Laureth Sulfate, Pachyrrhizus Erosus Root Extract (Ekstrak Bengkoang), Fragrance, KI4, Imidazolidinyl Urea, CI 16255, Aloe Barbadensis Leaf Extract (Aloe Vera), Vitis Vinifera (Grape Seed Oil), Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Ascorbic Acid, Polysorbate 20


Manfaat Dan Kebaikan Wawawax Body Scrub

Setelah waxing, mungkin akan muncul ingrown hair iaitu keadaan apabila rambut/bulu yang tumbuh ke dalam kulit dan tumbuh ke arah yang salah. Rambut yang tumbuh di bawah permukaan kulit ini akan mengakibatkan iritasi pada bahagian tersebut. Oleh itu, penggunaan skrub badan ini boleh membantu pertumbuhan kembali rambut secara normal. Berikut adalah beberapa manfaat dan kebaikan Wawawax Body Scrub. Bukan sahaja digunakan khas untuk bahagian waxing, tetapi juga boleh digunakan untuk seluruh badan.


  1. Scrub/exfoliate kulit sebelum dan selepas waxing akan membantu bulu untuk cabut lebih mudah.
  2. Scrub sebelum waxing membantu untuk mengeluarkan kulit mati, bersihkan liang roma dan memudahkan lagi bulu bersama akar untuk keluar ketika waxing/bercukur.
  3. Bila Scrub/exfoliate kulit, waxing session akan kurang sakit/less pain.
  4. Scrub lepas waxing membantu untuk bersihkan liang roma dan elak ingrown hair.
  5. Membantu kulit menyerap pelembap dengan lebih baik dan kulit lebih licin, lembut dan lembab selepas digunakan.


Syabas Atas Kejayaan 3 Stokis Terbaik Wawawax (Wawawax Top Achiever 2021)
Baru-baru ni Kak Bell berpeluang memeriahkan majlis pelancaran produk baharu Wawawax di Glasshouse Glenmarie Shah Alam. Majlis pelancaran haritu juga turut dihadiri oleh stokis dan turut meraikan kejayaan hebat Wawawax Top Achiever 2021 yang telah berjaya membuat jualan menghampiri RM1.5 juta!


Pencapaian yang cukup hebat dari Puan Saufinas Binti Ismail (@orgawax.byfynas) dan team dengan rekod jualan RM1,495,521.00. Tak kurang hebat juga Leader Husna Wawawax Main Distributor dengan jumlah sale RM598,460! Sorang lagi stokis terbaik iaitu Leader Nurul Aini Eko Praswidodo yang berjaya membuat  jualan sebanyak RM282,010.00 untuk tahun 2021.


Review/Testimoni Wawawax Body Scrub

Untuk review/testimoni Wawawax Body Scrub, Kak Bell suka kedua-dua pilihan Sweet Peachy dan Rosie Red. Kedua-dua jenis skrub ni mempunyai bau yang sedap, bau macam kat spa! Korang pasti akan suka dengan bau buah Peach yang menyegarkan dan juga bau romantis dari rose petal Rosie Red. Kalau di suruh buat pilihan, jawapan Kak Bell kedua-duanya best.



Pembungkusan body scrub Wawawax ini juga sangat cantik dan segar dengan motif buah peach dan bunga-bungaan. Dengan saiznya yang comel, produk ni datang dalam isian 100ml dan ianya cukup untuk penggunaan 1-2 bulan. Pembungkusan mereka memang berdaya saing dengan jenama lain yang ada dijual di drug store dan ada daya tarikan yang tersendiri.

Cara guna Wawawax scrub ni juga mudah. Cuma picit tiub untuk keluarkan scrub mengikut amaun yang diperlukan. Penutup tiub memang kukuh tetapi selepas dibuka agak payah nak ditutup semula. Korang kena tekan kuat sikit.


Wawawax Body Scrub Sweet Peachy dan Rosie Red mempunyai tekstur kasar dengan biji-biji halus untuk proses scrubing. So far bila Kak Bell guna tekstur ni sangat nyaman dan bersesuaian untuk penggunaan untuk badan dan juga bahagian utama untuk waxing.

Cara guna wawawax scrub dengan meletakkan amaun mencukup di hujung jari anda dan sapukan pada kulit. Korag boleh gunakan terus ketika kulit kering atau boleh basahkan sedikit. Wawawax Body Scrub ni sesuai untuk kedua-dua keadaan kulit samaada basah atau kering. Lepas pakai memang kulit terasa lembut, segar dan wangi sebab ada bahan seperti Grapeseed Oil, Glycerin dan Aloe Vera!

Cadangan penggunaan Wawawax Body Scrub adalah seperti berikut:
  • Sebelum dan selepas mencukur/waxing kulit dengan Cold Wax Hair Removal, sapukan sedikit Wawawax Body Scrub ke hujung jari anda dan sapukan pada kulit yang telah dibasahkan.
  • Sapukan dalam gerakan bulat kecil dengan tekanan yang lembut.
  • Bilas kulit anda dengan air suam dan keringkan kulit anda dengan menepuk perlahan-lahan dengan tuala.
  • Elakkan sentuhan dengan luka dan kulit sensitif.


Harga Wawawax Sweet Peachy Dan Rosie Red Body Scrub

Bagi yang ingin mencuba, harga Wawawax Sweet Peachy Body Scrub dan Wawawax Rosie Red Body ialah RM32 sahaja. Scrub ini boleh didapati daripada ejen Wawawax seluruh negara dan juga platform Shopee.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk #wawawax dan ingin membuat pembelian body scrub Wawawax, boleh rujuk laman sesawang di bawah. Segar dan bermaya dengan kulit yang lebih licin selepas pengalaman bermakna dengan Wawawax Body Scrub #scrubtosmooth!

Website: Wawawax
Facebook: wawawaxhq
Instagram: wawawax_hq
Twitter: wawawaxhq
Shopee: wawawax
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Tahniah Wawawax. Ruby memang pengguna Wawawax Cold Wax Hair Removal. Sekarang ada skrub dengan wangian Peach dan Rose. Lagu lengkaplah spa time kat rumah ni.

    ReplyDelete
  2. Kte pun guna wawawax body scrub ni. Pas pakai lembut je kulit..suka sangat

    ReplyDelete
  3. Rawlins now pakai satu-satu. Terjatuh cinta dengan bau Rosie Red tu sampai nak pakai har-hari plak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post