Filem Hantu Mok Joh, Filem Komedi Seram Gabung Unsur Modem & Tradisional - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Filem Hantu Mok Joh, Filem Komedi Seram Gabung Unsur Modem & Tradisional

Trending

Filem Hantu Mok Joh, Filem Komedi Seram Gabung Unsur Modem & Tradisional

Filem Hantu Mok Joh, Filem Komedi Seram Gabung Unsur Modem & Tradisional | Filem mahupun drama yang mengetengahkan dialek Kelantan dilihat sering berjaya menarik perhatian penonton Malaysia, seperti filem No.1 terlaris di Astro First, Mael Totey The Movie telefilem yang pernah tular tahun 2018, Pok Ya Cong Codei, filem terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25, Bunohan dan banyak lagi. Terbaru, sebuah lagi filem dengan dialek Kelantan yang mengetengahkan genre seram komedi, HANTU MOK JOH bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 17 Februari ini. Filem ini merupakan terbitan produksi Kentang Hijau Universal Production dan diarahkan oleh Asri Baq’U.


Barisan Pelakon Hantu Mok Joh, Hantu Mok Joh Cast

Barisan Pelakon Hantu Mok Joh, Hantu Mok Joh Cast | Filem hantu mok joh astro ini yang menjalani sesi penggambaran di Kota Bharu, Kelantan ini menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (sebagai Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh) dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama. Menariknya, Amerul Affendi sekali lagi mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton. Klip Amerul Affendi Menari Mak Yong.



Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut, seperti Aprena Manrose, Kamarool Hj. Yusoff, Amir Raja Lawak, Hushairi Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun (Wee Yun Nee) wanita Cina tular fasih berbahasa Melayu, Kuna Munzani, Bea Rameshan serta pelakon Kodi Rasheed.

Hantu Mok Joh Review

Hantu Mok Joh Review | Tidak hanya memfokuskan elemen seram dan komedi semata-mata, Hantu Mok Jah juga menyelitkan mesej-mesej pengajaran umum yang boleh dijadikan iktibar kepada penonton. Antaranya, menerusi watak-watak masyarakat komuniti yang mudah percaya pada sesuatu berita tanpa memeriksa kesahihan sumber warisan seni tradisional yang harus diwarisi oleh generasi muda, sikap skeptikal terhadap seseorang mengikut negeri asalnya suka melepak serta membuang masa dan banyak lagi.


Sinopsis Hantu Mok Joh

Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan sebagai hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut. Teringat pulak cerita Hantu Kak Limah ye! Jom tengok filem hantu mok joh trailer di bawah. Nampak macam best je kan untuk ditonton.


Saksikan filem seram komedi, Hantu Mok Joh full movie yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 17 Februari 2022. Untuk melanggan dan nak tgk hantu mok joh watch online, sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post