Buat pertama kalinya, Kak Bell cuba perawatan kecantikan yang boleh dikira
    ekstrem iaitu botox. Kenapa ekstrem, sebab terdapat pro dan con terhadap
    rawatan yang satu ini selain takutkan jarum dan darah. Kak Bell buat rawatan
    botox mata keriput untuk menghilangkan garis halus dan kerutan di sudut luar
    mata. Jom ikuti lebih lanjut mengenai pengalaman dan review suntik botox
    untuk kecantikan di RJ Clinic.
    Sebelum ni pernah cuba rawatan laser dan PRP dan tidak pernah terfikir nak
    buat botox. Namun di usia menjengan 40-an ini, ada keinginan untuk mencuba
    botox sebab kehadiran kedutan atau keriput mata. Akhirnya, Kak Bell dapatkan
    konsultansi dengan Dr Renee, doktor kecantikan di RJ Aesthetic Clinic.
  
RJ Clinic Menyediakan Pelbagai Rawatan Estetik
    RJ Clinic telah ditubuhkan berdasarkan kepercayaan teras "Everyone deserves
    to be beautiful" dan menyediakan pelbagai rawatan estetik seperti body
    contouring, rawatan kedutan wajah dan kulit kusam, face countouring, growth
    removal, rawatan untuk selulit serta stretch marks dan sebagainya. Sekarang
    ni, RJ Clinik diterajui oleh tiga pakar perunding perubatan estetik
    berpengalaman yang meminati bidang estetik dan kecantikan.
  
  
    Terdapat banyak klinik aesthetik di luar sana yang dapat dikunjungi untuk
    mengatasi dan membantu masalah kecantikan. Kak Bell pilh RJ Clinic sebab
    klinik ini adalah klinik estetik yang mempunyai LCP-certified dan berdaftar
    dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  
  ● Pasukan doktor kecantikan perubatan profesional yang berpengalaman dan terlatih
● Menggunakan teknologi terbaru dan termaju untuk memberikan hasil terbaik
● Perkhidmatan sokongan pelanggan premium
● Rekod anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa
    Jom baca selanjutnya untuk mengetahui apakah itu rawatan botox, prosedur
    rawatan botox dan pengalaman Kak Bell mendapatkan suntikan botox untuk
    kecantikan.
  
Apa Itu Botox?
    Botox berasal dari kata botulinum toxin A iaitu satu protein semula
    jadi yang diekstrak dari bakteria Clostridium botulinum. Fungsi
    utamanya adalah untuk merehatkan otot-otot aktif yang menyebabkan kedutan
    pada muka dan badan. Suntikan botox ini akan melemahkan dan membuat
    otot-otot tadi lebih relax dan kendur. Biasanya kedutan atau garis halus
    akan terbentuk semasa ekspresi wajah ketika senyum. Lazimnya berlaku pada
    bahagian dahi, bahagian luar mata dan pada smile line.
  
  - Mengurangkan atau menghilangkan garis halus dan kerutan di sudut luar mata(botox mata), face-lift, and brow-lift.
- Membentuk atau memperbaiki penampilan wajah (botox rahang/botox V shape/face-lift/brow-lift)
- Mengatasi rambut bercabang, tipis, dan rosak (botox rambut/hair botox)
    Sebelum prosedur dijalankan, terlebih dahulu Kak Bell dapatkan pandangan dan
    rundingan dengan Dr Renee di outlet RJ Clinik Jalan Ipoh. Ketika Kak bell
    senyum, muncul banyak kedutan dan garis halus di sekitar kawasan mata. Untuk
    bahagian tengah diantara alis mata ok, tak ada kedutan ketara. Jadi, proceed
    untuk buat rawatan suntikan botox mata (bahagian luar mata).
  
  
    Rawatan botox adalah satu prosedur bukan pembedahan di mana sejumlah kecil
    botox disuntik ke dalam otot muka dengan menggunakan jarum yang sangat halus
    (fine needle). Kebanyakkan jenama botox yang boleh didapati di pasaran
    Malaysia mempunyai kelulusan
    FDA (U.S. Food and Drug
    Administration) juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan
    penting untuk korang semak latar belakang klinik yang dirujuk.
  
  
    Setelah bahagian sasaran dibersihkan dari solekan, krim kebas (numb cream)
    akan disapu terlebih dahulu untuk tempoh masa 30 minit sebelum suntikan
    botox dilakukan. Semasa proses tu, Kak Bell perlu senyum supaya doktor boleh
    nampak kedutan untuk suntikan di kawasan sepatutnya. Prosesnya tidak lama
    dan rawatan botox mengambil masa hanya kira-kira 5 minit ke 10 minit.
  
  
    Ketidakselesaan selepas suntikan sangat minimum dan singkat. Semasa suntik
    sahaja terasa menyengat dan kemudian tiada lagi rasa sakit. Lepas selesai,
    krim antibiotik akan disapu pada bahagian yang menerima rawatan.
  
Pantang Larang Selepas Botox
    Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil selepas suntikan. Pantangan
    selepas botox sebenarnya tidaklah terlalu berat dan ianya mudah sahaja untuk
    dibuat. Aktiviti biasa harian boleh dilakukan seperti biasa cuma pantang
    larang selepas botox cuma pada kawasan target rawatan.
  
  - Selama 48 jam pertama, jangan menggosok atau menekan area suntikan
- Hindari memakai makeup dalam tempoh masa tersebut
- Boleh cuci muka seperti biasa tetapi elak menggosok bahagian suntikan
- Elak melakukan aktiviti berat, berjemur atau melakukan sauna.
Botox Bertahan Berapa Lama?
    Kesan suntikan botox akan menampakkan hasil dalam beberapa hari atau lebih
    dari 48 jam. Untuk makluman, rawatan ni tidak kekal dan biasanya botox akan
    bertahan untuk tempoh masa 6-8 bulan. Rawatan ulangan boleh dibuat semula
    jika kedutan muncul kembali.
  
  
    So far so good. Selepas rawatan botox ada perubahan pada kawasan suntikan di
    bahagian mata Kak Bell. Paling penting sebelum rawatan perlu buat rundingan
    terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kemungkinan pada pesakit yang
    mempunyai alergi terhadap botox, sedang hamil atau menghidap penyakit
    tertentu.
  
  
    Kini RJ Clinic mempunyai dua cawangan iaitu di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (10
    minit memandu dari KLCC) dan cawangan kedua terletak di Ativo Plaza, Bdr.
    Sri. Damansara (10 minit memandu dari IKEA, 1U). Untuk maklumat lanjut boleh
    kunjungi laman di bawah.
  
  IG @rjaestheticclinic