Rasa Ong atau tuah anda sudah tiba? Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong
    Nestle RTD edisi 2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat
    Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau
    NESCAFE RTD edisi terhad bernilai RM40,000 setiap satu!
Hadiah Lumayan Bernilai Sehingga RM487,700 Dari 3 Januari hingga 28 Februari 2022
  Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999
  karat seberat 150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada
  setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3
  Januari hingga 28 Februari, 2022.
  Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi
  peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan
  berlangsung. Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888 manakala 320
  orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288. Secara keseluruhannya, 368
  pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah
  RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi
  bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021.
April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestle (Malaysia) Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah tunai. Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih. Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestle. Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!”
Langkah-Langah Penyertaan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle RTD
  Peraduan Hari-HariMau Ong Nestle RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia
  yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah
  langkah-langah penyertaan:
  Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestle Sedia-Untuk-Diminum (MILO
  UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFE, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan
  Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di
  kedai-kedai yang turut serta. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja.
  Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.
  Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp
  018-388 2921
  Rangkaian Nestle Sedia-Untuk-Diminum telah pun berkembang dari sekadar jenama
  popularnya iaitu MILO, NESCAFE dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan
  jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA.
  Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan
  gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri
  schisandra - sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini!
  Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian
  perisa yang ditawarkan rangkaian Nestle Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup
  sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda
  menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat.
  Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi
  www.dearnestle.com.my/peraduan-nestle-rtd-hari-harimau-ong.
Tags:
Santai