Juara Gegar Vaganza 8 Milik Aliff Aziz - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Juara Gegar Vaganza 8 Milik Aliff Aziz

Trending

Juara Gegar Vaganza 8 Milik Aliff Aziz

Juara Gegar Vaganza 8 Milik Aliff Aziz | Finale Program Gegar Vaganza Musim ke-8 yang bersiaran secara lansung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam tadi menobatkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sebagai juara program tersebut musim ini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00 tunai sumbangan Astro berserta trofi.


Dengan tema minggu finale , ‘Akhirnya Kini Pasti, Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga, nyanyian asal Faizal Tahir secara solo, manakala lagu Dealova nyanyian asal Once secara duet bersama Hafiz Suip.

Sementara itu dalam segmen 'GV Battle Round', Aliff dipadankan bersama Aweera dan menyampaikan lagu Bangun nyanyian asal Aman Ra. Secara keseluruhan, Aliff berjaya megumpul markah keseluruhan sebanyak 83.06 peratus, meletakkannya dalam posisi selesa pertandingan tersebut.

Naib juara pula dimenangi oleh Nikki Palikat dengan pungutan markah sebanyak 81.26 peratus dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 beserta trofi. Nikki mempersembahkan lagu Terasing nyanyian asal Sudirman secara solo dan Mengapa nyanyian asal Nicky Astria secara duet bersama Idayu AF3.



Sementara itu Suki Low mendapat tempat ketiga dengan pungutan markah sebanyak 77.91 peratus dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 beserta trofi. Suki bagai bangkit semula dengan membaiki kekurangan persembahan pada minggu separuh akhir dengan memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu Titanium nyanian asal Sia secara solo dan lagu Jera nyanyian asal Agnes Monica secara duet bersama Shila Amzah. Kedua-dua persembahan tersebut menerima pujian daripada barisan juri.

Pungutan markah keseluruhan finalis GV8
Aliff Aziz 83.06
Nikki Palikat 81.26
Siki Low 77.91
Adibah Noor 67.25
Azan SCAN 64.04
Aweera 63.90

Adibah Noor, Azan SCAN dan Aweera pula masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam.



Adibah Noor membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 beserta trofi manakala Azan SCAN pula membawa pulang wang tunai RM 15,000 beserta trofi. Sementara itu, Aweera membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta trofi.

Persembahan peserta akhir GV8 diadili sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS , Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala Joe Flizzow sebagai juri jemputan. Program GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post