14 Peserta The Masked Singer Malaysia Kembali Bersiaran Untuk Musim Kedua - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 14 Peserta The Masked Singer Malaysia Kembali Bersiaran Untuk Musim Kedua

Trending

14 Peserta The Masked Singer Malaysia Kembali Bersiaran Untuk Musim Kedua

14 Peserta The Masked Singer Malaysia Kembali Bersiaran Untuk Musim KeduaProgram realiti pertandingan nyanyian penuh misteri yang berjaya mencetuskan fenomena di musim pertamanya pada September 2020 lalu kini kembali! The Masked Singer Malaysia full episode musim kedua akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD (107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand.


Seperti sedia maklum, program ini merupakan idea asal daripada program nyanyian di Korea iaitu The King Of Mask Singer kini dibawa untuk versi Malaysia. Program ini juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat, di mana ia berjaya mencetuskan satu fenomena yang cukup gah dan diminati ramai.

Sama seperti musim pertamanya dan mengekalkan format asal program realiti ‘The King of Mask Singer’, kesemua peserta The Masked Singer Malaysia musim ini akan memakai kostum menutupi susuk tubuh dan menyembunyikan identiti masing-masing. Hanya suara dan kreativiti persembahan sahaja yang akan dipertaruhkan untuk menentukan kedudukan peserta dari minggu ke minggu sehinggalah dinobatkan sebagai juara.Siapakah mereka di sebalik kostum ini? Nantikan, 28 Januari ini untuk mengetahui identity masked singer malaysia musim kedua!


Sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai pemenang masked singer malaysia musim pertama selepas menewaskan 11 peserta yang lain dalam kostum Bunga Raya The Masked Singer Malaysia. Tempat kedua pula ialah Vanessa Ben dalam kostum rajah brooke the masked singer malaysia dan di tempat ketiga dimenangi oleh Tuju untuk kostum orang utan the masked singer.

Kini The Masked Singer Malaysia musim kedua bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 14 orang barisan selebriti terkemuka negara, terdiri dari nama-nama hebat yang hadir dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi. Mereka akan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing di hadapan barisan juri yang juga terdiri dari figura dihormati dalam industri.


Peserta The Masked Singer Malaysia 2022

Untuk musim kedua ini ada sedikit penambahan apabila peserta The Masked Singer Malaysia 2022 dinaikkan kepada 14 orang yang terdiri daripada selebriti dengan pelbagai bidang seperti penyanyi, pelakon, pelawak, influencer dan ramai lagi.


Untuk musim ini, terdapat 14 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta. Senarai masked singer malaysia 2 adalah Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

Kesemua kostum ini direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama sebelum ini. Beliau memiliki lebih 50 tahun pengalaman dalam rekaan dan perundingan fesyen.

Selain berkarya sebagai penatarias industri filem, beliau juga bertanggungjawab untuk rekaan kostum bagi pelbagai produksi teater mega seperti ‘Hikayat Merong Mahawangsa’, ‘Siti Di Alam Fantasi’, ‘Mahsuri’, ‘Puteri Gunung Ledang’, dan ‘Chow Kit Road’. Tahun ini, pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat turut menyerikan kostum “The Masked Singer Malaysia 2” dengan sentuhan beliau dalam pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.


Barisan Juri Untuk The Masked Singer Malaysia 2

Musim ini bakal menyaksikan penglibatan seramai sembilan (9) orang figura yang hadir dari latar belakang berpengaruh dalam industri yang mana mereka ini diberikan penghormatan untuk menduduki kerusi Juri Tetap. Barisan Juri Untuk The Masked Singer Malaysia 2 adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas Hos pula adalah pengacara tersohor, versatil dan disegani ramai, Datuk AC Mizal.


Terdahulu, program The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Best TV Format Adaptation (non-scripted) di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu. Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

Untuk musim ini, program ini akan bersiaran dalam durasi dua jam & dua setengah jam bagi setiap episod, berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Program realiti The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022. Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

Sementara itu SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post