Masakan salai selalunya dikaitkan dengan Negeri Sembilan. Apa saja tak
    disalainya, daging lembu, itik, ayam dan ikan keli antara menu yang popular.
    Teknik menyalai ni digunakan dalam kebanyakan masakan mereka sebelum
    dimasukkan ke dalam masak lemak cili api yang tidak menggunakan bawang dan
    wajib ada kunyit hidup! (cara salai daging Negeri Sembilan). Kali ini Kak
    Bell nak berkongsi mengenai Daging Salai Cik Lyn yang telah rasmi
    dilancarkan baru-baru ini di Hotel Impiana KLCC. Jom ikuti review Daging Salai Cik Lyn, menu yang telah Kak Bell cuba dan perbezaan keunikan
    rasanya.
Apa Itu Daging Salai, Beza Salai Dengan Bakar
    Salai ialah kaedah menyediakan daging yang diamalkan sejak zaman prasejarah.
    Daging diletakkan di atas para di salai/ di asapkan sehingga daging menjadi
    kering dan bertujuan untuk mengawet makanan supaya tahan lebih lama. Beza
    salai dengan bakar adalah proses menyalai menggunakan haba dari bara api dan
    asap serta dimasak dalam ruang tertutup seperti rumah salai untuk
    mendapatkan aroma salai.
  
Majlis Pelancaran Daging Salai Cik Lyn
    Majlis pelancaran produk daging salai Cik Lyn ini telah dirasmikan oleh Yang
    Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan
    Koperasi di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Di majlis yang sama turut
    diadakan sesi menandatangai perjanjian persafahaman MoU diantara Cik Lyn
    Smoked Mansion dan juga Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad sebagai
    pengedar di bahagian negeri utara.
  
  
    Majlis pelancaran turut diserikan dengan sesi demonstrasi masakan oleh Dato
    Chef Ismail bersama Tan Sri Noh dan isteri untuk menyediakan hidangan daging
    salai masak lemak dan kerabu lawa daging salai. Acara juga dihoskan dengan
    personaliti TV tidak asing lagi, Maria Tunku Sabri.
  
Daging Salai Cik Lyn Dibuat Di Cik Lyn Smoked Mansion Terengganu
    Awalnya Cik Lyn Smoked Mansion, adalah sebuah smoked house yang kecil dan
    kini syarikat pengilangan Cik Lyn Smoked Mansion yang terletak di Terengganu
    sudah mampu meningkatkan dan memperbesarkan lagi keupayaannya dalam aspek
    pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk daging salai Cik Lyn.
  
      Melalui syarikatnya, Mozlyn.com, pengasasnya Puan Norhayati Maslinda Chew
      @ Lynda Chew mempunyai misi sebagai syarikat bumiputra muslim yang dapat
      menerokai pasaran antarabangsa seterusnya memajukan dan meningkatkan
      ekonomi bumiputera.
    
    
      Perniagaan Daging Salai Cik Lyn telah di mulakan pada tahun 2020
      sepenuhnya oleh Lynda Chew, seorang usahawanita yang gigih dalam bidang
      perniagaan. Berpendidikan dalam ijazah sarjana muda seni reka Dalaman
      & Luaran dan sebelum ini Puan Lynda pernah menjadi pereka seni bina
      kontena (kontraktor) yang kebanyakan di dominasikan oleh kaum lelaki. Puan
      Lynda Chew juga terlibat dalam beberapa sukarelawan, koperasi &
      persatuan. Beliau juga turut memberi bantuan & sumbangan di masa
      saat-saat getir pandemik dan ketika bencana banjir baru-baru ini.
    
      Beliau juga telah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang perniagaan
      sebelum ini dan mempunyai sebuah kedai spa dan bengkel besi (fabrication).
      Apabila pandemik COVID-19 melanda negara pada tahun 2020, beliau telah
      menceburi dan menumpukan sepenuh masa kepada perniagaan daging salainya.
      Dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 2021 dan
      menubuhkan operasi rumah salai (smoked house) di Besut, Terengganu. Untuk
      makluman, Puan Lynda Chew juga bakal menerima Anugerah Outstanding Women
      Award Sabah 2022 bersempena dengan Hari Wanita Antarabangsa 2022.
    
    Daging Salai Cik Lyn Menggunakan 100% Tempurung Kelapa
      Daging Salai Cik Lyn yang berasaskan daging & itik (Wek-Wek Salai)
      dihasilkan melalui proses salai menggunakan 100% tempurung kelapa dan
      tidak menggunakan kayu atau oven. Proses pembakarannya mengambil masa
      sehingga 4-5 jam bagi menghasilkan aroma salai yang menyelerakan dan unik.
    
    
      Sebagai sebuah syarikat produk Muslim Halal, daging yang dipilih adalah
      daging berkualiti premium yang bermutu dan mempunyai tekstur rasa yang
      istimewa, manakala itik pula adalah itik organic yang sihat dan
      berkualiti. Daging salai mereka hanya mengandungi 5% lemak dan lebih sihat
      berbanding daging salai biasa.
    
    
      Diantara keistimewaan daging salai keluaran Mozlyn.com ini adalah:
    
    - Rempah rahsia yang digunakan adalah gabungan resepi tradisional dan Western bagi menghasilkan citarasa yang luar biasa & unik
- Dapur rekaan khas untuk mengekalkan pengasapan (proses salai)
- Menggunakan 100% tempurung kelapa sebagai bahan bakar secara tradisional
      Daging/Itik Salai Cik Lyn mempunyai 3 perisa iaitu Moist, BlackPepper
      & Spicy dan datang dalam 4 jenis saiz berbeza iaitu 150gm, 300gm,
      200gm & 500gm. Isian 150gm hanya boleh didapati di stesyen minyak
      sahaja manakala saiz lain boleh didapati di pasaraya.
    
      Cara Penyimpanan Daging Salai, Daging Salai Tahan Berapa Lama?
    
    
      Untuk makluman, daging salai yang dipasarkan telah dimasak. Cara
      penyimpanan daging salai seperti berikut:
    
    - Simpan di peti sejuk (freezer) untuk daging tahan lebih 6 bulan.
- Bertahan di suhu biasa/luar selama 7-8 hari saja. Elakkan tempat yang panas.
- Simpan di chiller daging tahan dalam tempoh masa sebulan atau kurang
- Daging tak perlu direbus dulu sebelum di masak.
      Menu Resepi Daging Salai Cik Lyn
    
    
      Semasa majlis pelancaran, Kak Bell dapat merasa beberapa hidangan resepi
      daging salai Cik Lyn seperti menu daging salai masak lemak cili api,
      daging salai masak lawa, Sushi daging salai cik lyn, kebab dan beberapa
      menu lain. Dagingnya cukup lembut dan aroma salainya memang sedap! Jadi
      tidak tidak perlu masak terlalu lama dan ianya menjimatkan masa didapur!
    
    
      Memandangkan sambutan yang baik terhadap permintaan daging salai sejak
      beroperasi syarikat pengilangan Cik Lyn smoked mansion telah membuat
      perancangan untuk memperbesarkan perniagaan daging salai ke pasaran dalam
      negara Asia Timur, Asia Tenggara, Timur Tengah dan seterusnya ke peringkat
      Eropah dan Amerika. Buat masa sekarang, rundingan sedang dibuat dengan
      beberapa negara luar seperti Morocco, Singapura dan Brunei atas permintaan
      membekalkan daging & itik salai Cik Lyn.
    
    
      Syarikat Mozlyn.com juga dalam perancangan untuk pembinaan Kiosk Mozlyn
      mampu milik dan pembukaan kafe atau Restaurant Francise My Way. Produk
      mereka sudah mula berada di pasaran dilokasi berikut:
    
    1. Pasaraya Merhaba
    2. Pasaraya Ikhwan
    3. Jaya Grocer
    4. Rosyam Mart
    5. Shell Seremban
    
      6. Shell Karak Highway (arah Kuantan) Bentong
    
    7. Shell Karaka arah KL (Bentong)
    8. Petronas Klang (Taman Rishna)
    
      Untuk maklumat lanjut, sila layari laman di bawah.
    
    IG: @dagingsalai.ciklyn