Trending


Ulasan Filem Spider-Man: No Way Home (Review)

Hi semua! Akhirnya setelah sekian lama tak menonton layar besar sejak PKP haritu, harini Kak Bell ke GSC Mid Valley menonton filem terbaru Spider-Man. Selepas mula tayang pada 17 Disember 2021, baru semalam berkesempatan nak tonton. Last tengok movie Spiderman di panggung ialah filem Spider-Man: Far From Home. Spider-Man: Into the Spider-Verse Kak Bell tonton online aje. Dah lama jugalah Kak Bell tak buat ulasan filem. Jadi, jom baca lebih lanjut dan semak ulasan Spider-Man: No Way Home Malaysia review.


Spider-Man: No Way Home merupakan filem terbaru Marvel Studio dan filem trilogi ketiga Spiderman yang digarap oleh Jon Watts. Filem ini menjadi salah satu filem yang paling dinanti pada tahun 2021 dan telah memecahkan rekod box office USD1.05 billion setelah seminggu tayangan di era pandemik ini. Untuk Spider-Man: No Way Home rated adalah 94% score dari rotten tomatoes dan score 8.8/10 dari IMDb.

Rating: PG-13
Genre: Adventure, Action, Comedy, Fantasy
Pengarah: Jon Watts
Produser: Kevin Feige, Amy Pascal
Penulis: Chris McKenna, Erik Sommers
Release Date (Theaters): Dec 17, 2021 (Wide)
Distributor: Columbia Pictures
Sound Mix: Dolby Digital, Dolby Atmos
View the collection: Marvel Cinematic Universe


Sinopsis/Ulasan Filem Spider-Man: No Way Home

Spiderman No Way Home mengisahkan tentang Peter Parker (Tom Holland) yang dikecam setelah membunuh Mysterio (Jake Gyllenhaal) dalam sekuel Spider-Man: Far From Home. Peter Parker telah difitnah sebab dah bunuh Mysterio yang dianggap oleh sesetangah orang sebagai wira dan identiti Peter Parker telah didedahkan dan diketahui umum. Media The Daily Bugle yang dipimpin J Jonah Jameson (JK Simmons) terus memberitakan Parker sebagai dalang dari pembunuhan Mysterio.


Kehidupan privasi Parker telah mula hilang dan dianggap sebagai public enemy dan turut melibatkan MJ (Zendaya) dan rakannya Ned Leeds yang turut terima perhatian media dan masyarakat setempat.

Peter kemudiannya mendatangi Doctor Strange (Benedict Cumberbatch) yang pernah sama-sama berjuang melawan Thanos dalam Avengers 3: Infinity War (2018). Parker meminta bantuan Strange agar membuat semua yang kenal Parker lupa jika dirinya adalah Spiderman. Strange sebelumnya sudah diberi peringatan oleh Wong (Benedict Wong) untuk tidak melakukan mantra, akhirnya tetap memilih membantu Peter Parker. Disebabkan Parker menganggu mantra Strange, kesilapan berlaku dan menyebabkan multiverse terbuka dan villian yang menentang Parker dari semesta lain masuk ke dalam semesta yang dihuni Peter dan Strange sekarang.

Doctor Strange kemudian mengarahkan Parker untuk tangkap semua mahluk datang untuk dihantar semula ke semesta asal mereka. Tetapi Peter Parker mengambil keputusan menghalang Strange kerana menurut pandangan Peter, semua orang berhak mendapatkan kesempatan kedua dan menjadi berniat untuk menyembuhkan semua vilian tadi sebelum dipulangkan.



Secara tak sengaja, Ned dan MJ yang ingin mencari Peter Parker telah berjumpa dengan Spider-Man No Way Home Tobey Maguire dan juga versi Andrew Garfield semasa Nedd yang memakai cincin Strange berjaya membuka portal. Seterusnya ketiga-tiga spiderman sama-sama bekerjasama melawan villian yang datang dari alam mereka.

Rata-rata ramai yang beri komen dan berpendapat filem terbaru ni menjadi karya Spider-Man terbaik yang pernah tayang di layar lebar. Boleh dianggap sekuel ini adalah sebagai salah satu filem terbaik Marvel-Sony.



Apa yang Kak Bell nak cakap jalan cerita, sinematograpi dan lakonan semua watak memang best. Kisah Spiderman No Way Home cukup berbeza dari dua filem sebelumnya, kali ini filem nya lebih menonjolkan Peter yang lebih dewasa, family-oriented dan bukan lagi sebagai watak remaja yang kebudak-budakkan. Memang bezalah ceritanya kalau dah di bawah Marvel kan.

Ada beberapa part yang memang berkesan buat Kak Bell sedih dan terpaksa ambik tisu lap air mata. Teremosi sungguh bila scene-scene sedih. Bila semua Spiderman cerita kisah silam dan kisah sedih mereka semuanya menyambung dan alami benda sama iaitu 'kehilangan'. Jadi dalam filem ni memberikan pembelajaran untuk merelakan dan menghargai apa yang dimiliki sekarang dan semua orang berhak mempunyai peluang kedua. Perkataan "with great power comes great responsibility" juga turut menjadi kutipan penting bagi ketiga-tiga Spiderman. Bila Peter Parker minta Dr strange untuk buat semua orang lupakan diri dia, memang rasa sedih sangat. Semuanya demi kepentingan untuk orang yang Peter sayang.

Berikut ni ialah Spider-Man: No Way Home villain. Ada 5 makhluk.
The Green Goblin (Willem Dafoe) dari Spider-Man (2002)
Doctor Octopus (Alfred Molina) dari Spider-Man 2 (2004)
Electro (Maxwell Dillon) dari The Amazing Spider-Man 2
Sandman (Thomas Haden Church) dari Spider-Man 3 (2007)
Lizard (Rhys Ifans) dari Amazing Spider-Man (2012)


Penghargaan yang diberikan Marvel terhadap kesemua watak dalam filem Sony sebelumnya memang best dan buat semua para penggemarnya rasa puas. Filem Spider-Man: No Way Home memang best dan korang patut tonton di pawagam. Kak Bell rasa Spider-Man: No Way Home full movie disney plus belum ada lagi. Kena tunggu lama sikit la kot. Then, spiderman no way home post credit scene ada 2 untuk movie Doctor Strange dan juga next Spiderman-Venom movie. Kak Bell bagi 9/10 bintang!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Kite pun dah tgk, mmg best! Seronok tgk spiderman berkumpul, sblum ni dah pernh tgk version kartun punya, lagi bes mcm2 spiderman ade..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post