Trending


Siti: Are You Ready? : Filem Dokumentari Siti Nurhaliza Bakal Tayang Di Astro First Channel

Buat peminat setia Dato CTDK, pastinya gembira dengan kemunculan filem dokumentari Siti Nurhaliza yang bakal ditayangkan di Astro First Channel pada 30 Disember ini. Walaupun terpaksa menunggu selama dua tahun, akhirnya filem Siti: Are You Ready? berjaya disiapkan dan akan menemui khalayak.


Siti: Are You Ready? merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour (SNOT) di tiga buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur). Siapa sahaja yang tidak kagum dengan sumbangan Dato Siti Nurhaliza terhadap industri muzik tanahair.


SINOPSIS DOKUFILEM SITI: ARE YOU READY?

Filem ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau berlawan dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert. Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buah Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini di dalam Dokufilem Siti: Are You Ready?.


Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.

Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan dua pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Sempat mengalir air mata semasa menonton preview di malam gala. Penuh jiwa dan rasa!


Aspek dokumetari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera. Semua yang dipaparkan dalam filem dokumentari ini adalah situasi sebenar, bukannya lakonan. Banyak juga keringat dan air mata yang tumpah ketika menganjurkan konsert SNOT ini.

DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR - LIVE IN CONCERT

Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour – Live In Concert ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur).


Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.

Konsert ini mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat.

Rata-rata peminat dan pengamal media memuji sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal siti nurhaliza yang bertenaga sebagai ikon seni negara ini. Semua lagu yang dinyanyikan ketika konsert membawa nostalgia kepada buat peminat Siti. Lagu ciptaan siti nurhaliza juga dinyanyikan di bahagian korus dan dibuat secara medley. Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama tuan rumah konsert.


Jangan lupa saksikan filem dokumentari Siti yang - Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dijual secara kombo pada harga RM19.90, penonton berpeluang menonton konsert SNOT yang akan menyusul sejurus filem dokumentari selesai secara berulang-ulang selama 48 jam (2 hari).

Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99.


Sumbangan Dato Siti Nurhaliza Kepada Mangsa Banjir

Sebahagian daripada hasil langganan di Astro First dan Vimeo on Demand akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui badan kebajikan terpilih. Jumlah sumbangan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jumlah kutipan.

Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada TikTok selaku rakan media dan Dadi Cinema rakan tayangan perdana bagi filem dokumentari ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat untuk menjayakan filem dan jelajah konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. ok..masuk senarai wajib tengok..hahaha

    ReplyDelete
  2. bagusnya tokti...berdokufilem sambil beramal..moga dipermudahkan semuanya...

    p/s: cam ok dah blog ni 😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post