Sinopsis Filem Tarantula X - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Sinopsis Filem Tarantula X

Trending

Sinopsis Filem Tarantula X

Terbaru Astro First menampilkan sebuah filem suspen thriller penuh dengan plot dramatik dan konflik persahabatan, curang, skandel, tipu daya, dendam yang berakhir dengan satu tragedi, TARANTULA X, bermula 16 Disember ini di Astro First, saluran 480. Jom ikuti lebih lanjut tentang sinopsis Filem Tarantula X yang mengisahkan tiga sahabat, dua buah keluarga yang berantakan kerana seorang perempuan penggoda.


Filem ini menghimpunkan barisan pelakon hebat seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, pelakon legenda, Eman Manan, Namron, Mona Allen, Marissa Yasmin, Rashid Salleh, Jasper Supayah dan penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam serta Adeline Tsen. Keserasian antara barisan pelakon memang tidak dapat dinafikan lagi, setiap emosi dan gerak geri yang ditonjolkan menerusi setiap watak bakal membuatkan penonton terus berteka-teki dengan mainan psikologi sehingga penghujung cerita.

Menerusi watak ASP. Anuar, ia menyaksikan kali kedua pelakon Eman Manan menjayakan watak sebagai polis. Manakala, Mona Allen tonjolkan sisi berbezanya melalui watak Shima dengan karakter seorang yang materialistik dan penggoda. Adlin Aman Ramlie sebagai Anas yang curang terhadap isterinya yang sedang sarat hamil sembilan bulan, Liza (Marissa Yasmin). Vanida Imran (Ayu) dan Namron (Adam) digandingkan sebagai pasangan suami isteri yang dilanda masalah rumahtangga. Menurut Namron, ini adalah kali ketiga dia bekerjasama dengan idolanya, Eman Manan dan berasa sangat teruja.


Filem Tarantula X adalah terbitan produksi yang menghasilkan drama-drama siri popular lewat 90-an seperti Cinderella, Romeo & Juliet, Salam Taj Mahal, Cinta Antara Benua iaitu Kuasatek Pictures. Manakala idea asal, skrip dan lakon layar adalah hasil taruhan oleh penerbit yang cukup disegani dalam industri seni, Mohd Noor Kadir.

Tarantula X bukan sekadar filem dengan nilai hiburan semata-mata, tetapi turut diselitkan mesej positif seperti keharmonian, kesefahaman yang perlu ada dalam setiap hubungan dan persahabatan, serta kesan dari perbuatan yang boleh menjerat diri sendiri.


Sinopsis Filem Tarantula X Malaysia

Filem Tarantula X Malaysia ini mengisahkan tentang perempuan mata duitan, Shima (Mona Allen) yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liz (Marissa Yasmin). Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie). Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal. Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun Shima menolak dan menghina Amir.



Modus-operandi Shima adalah mengambil “selfie” bersama pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk peras ugut mereka bagi mendapat wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya. Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk sebarkan gambar dan menuntut RM1 juta, dan itu mencetus kemarahan Anas.

Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, penyiasatan yang diketuai ASP Anuar bermula. Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam. Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan tersebut. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.


Tajuk : TARANTULA X
Genre : SUSPENSE THRILLER
Pengarah : RADZI RAJUDIN
Produksi : KUASATEK PICTURES SDN. BHD.
Bahasa : BAHASA MELAYU
Durasi Filem : 90 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran : 18 HARI
Lokasi Penggambaran : SEKITAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Tarikh Tayangan di Astro First : 16 DISEMBER

Barisan Pelakon Tarantula X

Berikut adalah senarai pelakon Trantula X
ADLIN AMAN RAMLIE sbg Anas
VANIDA IMRAN sbg Ayu
EMAN MANAN sbg Asp. Anuar
NAMRON sbg Adam
MARISSA YASMIN sbg Liza
RASHID SALLEH sbg Amir
MONA ALLEN sbg Shima
JASPER SUPAYAH sbg Ain
DATUK YUSOF HASLAM sbg Doktor Yusof Enstein
ADELINE TSEN sbg Insp. Wanita

Jangan lupa saksikan filem suspen thriller, Filem Tarantula X full movie yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 16 Disember 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post