Trending


Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur Buffet Kini Sudah Dibuka Semula

Hi semua! Sekarang umum dah tahu bahawa sektor pelancongan sudah mula beroperasi seperti biasa. Hotel-hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang pun banyak yang dah mulakan perniagaan dan haruslah patuhi operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Dah sekian lama tak menjejakkkan kaki ke hotel dan menikmati hotel buffets, minggu lalu Kak Bell try Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur Buffet yang kini sudah dibuka semula.


Sementara menunggu untuk menikmati Sheraton Imperial Kuala Lumpur Dinner Buffet, Kak Bell sempat lah minum petang ala-ala high-tea gitu dengan dengan rakan blogger yang lain. Kita nak try buffet spreads untuk makan malam, bukan lunch buffet ye. Kebetulan Kak Bell dari Lebuh Ampang, sempatlah menyingah jumpa kawan-kawan di sini. Hotel Sheraton Imperial KL ni terletak bertentangan dengan Quill City Mall dan berjarak hanya 5 minit pemanduan dari Stesen Monorel Kuala Lumpur. Memang mudah nak mai sini. Kak Bell post ni bukanlah review hotel atau food review. Just nak kongsi cerita. Korang boleh try cari Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur Buffet Review untuk dapatkan review makan di sini.


Tomahawk Grill & Seafood Menu Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Buffet

Bagi korang yang suka makan fresh seafood dan juga menu daging grill, bolehlah berkunjung ke restoren Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan cuba "The Weekend Seafood & Grill Buffet".



Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel Buffet kali ini menawarkan Australian Tomahawk Grill dan juga pelbagai menu seafood yang fresh seperti Japanese Fresh Oysters, King Crab Legs, Poached Prawns dan banyak lagi. Tomahawk Grill Sheraton Imperial ni adalah menu utama di Essence untuk buffet kali ini dan semestinya dagingnya lembut & smokey. Makan pula dengan sos pencicah yang disediakan, memang sedap sangat!


Masa Kak Bell datang cuma disediakan nasi biru atau nasi bunga telang (macam nasi kerabu) dan pastilah pulak kalau ada nasi putih. Menu lain yang Kak Bell cuba mestilah masakan udang, ketam, sotong goreng dan lain-lain menu seafood. Paling best dapat makan ketam sepuas-puasnya dan masakan sotong kat sini pun sedap. Korang mesti cuba. Pencuci mulut (dessert) seperti kuih-muih, dim sum, pelbagai kek dan rojak pun ada. tapi Kak Bell dah kenyang melantak daging dan seafood.

Jom lihat antara menu yang disajikan di Essence Sheraton Imperial Kuala Lumpur buffet.








Harga The Weekend Seafood & Grill Buffet

Harga The Weekend Seafood & Grill Buffet ialah RM199 untuk dewasa dan RM68 bagi kanak-kanak. Bagi anda yang nak buat buffet booking dan nak buat semakan untuk Sheraton buffet price 2021 boleh rujuk di bawah.


The Weekend Seafood & Grill Buffet
Price: RM199 net (Adult), RM68 net (Child)
Fridays-Saturdays: 6.30pm-10pm

Essence Restaurant,
Level 1, Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Essence, a buffet restaurant in Kuala Lumpur city center is an all-day-dining restaurant, that features an array of á la carte menus and a sumptuous international buffet, which satisfies one's hearty appetite.

Website: Essence Restaurant
Reservations : +603 2717 9933 atau Essence.Venue@sheraton.com.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

5 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. This looks like a great place to enjoy scrumptious meal together with friends and family. The food looks inviting and tasty.

    ReplyDelete
  2. Lamanya xmakan buffet dekat Sheraton. Dorg antara penghidang buffet terbaik. Suka dgn menu2 dorg. Sedap dan sangat pelbagai

    ReplyDelete
  3. Bila pelbagai buffet dh dibuka ni, memang kena pergi utk try ni.. Bukan selalu dapat merasai cmni kan.. Tengok buffet kt sini pun not bad berbaloi

    ReplyDelete
  4. the price for the weekend gril seems a little expensive, but it's totally worth it now that you showed us the amazing food selection they provide! cant wait to try them

    ReplyDelete
  5. makanan kat Sheraton jarang mengecewakan.. semuanya nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post