FILEM PROKSI TAMPILKAN BRONT PALARAE, REMY ISHAK & ALLAHYARHAM ASHRAF SINCLAIR - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal FILEM PROKSI TAMPILKAN BRONT PALARAE, REMY ISHAK & ALLAHYARHAM ASHRAF SINCLAIR

Trending

FILEM PROKSI TAMPILKAN BRONT PALARAE, REMY ISHAK & ALLAHYARHAM ASHRAF SINCLAIR

Filem terbaru, PROKSI mempersembahkan gandingan mantap oleh barisan pelakon hebat Malaysia, Bront Palarae (Pelakon Lelaki Terbaik (Digital), Anugerah Televisyen Asia Ke-25), Allahyarham Ashraf Sinclair, Remy Ishak (Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin ke-15), Sangeeta Krishnasamy (Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-29), Datuk Rosyam Nor (Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21), Faizal Hussein (Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25), Siti Saleha, Susan Lankester dan adik Adrianna Qasmia yang pasti mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton! Filem yang mengangkat genre yang jarang sekali diketengahkan dalam filem-filem tempatan, iaitu ‘cyber thriller’ bakal menemui penonton bermula 18 November 2021, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480.


Tambah menarik, penonton dapat menyaksikan sisi berbeza pelakon menerusi watak-watak masing-masing, antaranya, Sangeeta Krishnasamy mempertaruhkan kehebatannya buat pertama kali dalammembawa watak penuh aksi dan Remy Ishak membawa watak antagonis. Manakala, ini merupakan kemunculan kali pertama Bront Palarae dan Allahyarham Ashraf Sinclair menggerakkan babak ‘bromance’, serta Proksi juga mengembalikan gandingan popular dalam filem popular Gila-Gila Remaja dan filem KL Menjerit dalam satu layar iaitu Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Bagi naratifnya pula, ia bakal membawa penonton menyelami dunia ‘hacker’ atau penggodam. Proksi menumpukan isu yang sememangnya berlaku di luar sana iaitu serangan penggodam atau cyber crime melalui ‘berita palsu’. Kemudian jalan ceritanya diperhebatkan lagi dengan adegan aksi yang mampu membuat penonton tidak senang duduk. Selain itu filem terbitan produksi FEG Equipment telah menjalani sesi penggambaran di Malaysia dan Thailand. Latar lokasi menarik di kedua-dua buah negara turut menjadi salah satu kekuatan filem tersebut di samping jalan cerita segar dan lakonan meninggalkan kesan.



Tajuk Filem : Proksi
Genre : Cyber Thriller
Pengarah : Shaufe Wahib
Produksi : FEG Equipment Sdn Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
Durasi Filem : 81 Mins
Jumlah Hari Penggambaran : 35 Days
Lokasi Penggambaran : Kuala Lumpur & Bangkok
Tarikh Tayangan Di Astro First : 18 November 2021

BARISAN PELAKON FILEM PROKSI

Bront Palarae Sbg Sam
Ashraf Sinclair Sbg Aman
Remy Ishak Sbg Aqil
Sangeeta Krishnasamy Sbg Elle
Susan Lankester Sbg Ms. Rose
Datuk Rosyam Nor Sbg Remy
Faizal Hussein Sbg Roy
Siti Saleha Sbg Diana
Adrianna Qasmia Sbg Arissa

OST
Lagu : Kata Kunci
Penyanyi : Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo & Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo & Luca Sickta
Penerbit : Kmy Kmo & Luca Sickta


Sinopsis Filem Proksi

Proksi mengisahkan tentang Sam (Bront Palarae), penggodam elit yang pernah disabitkan kesalahan, dihantar bekerja untuk ‘Cybersec Corporation’ di bawah pengawasan Elle. Tanpa pengetahuan Sam, rakannya Aman (Allahyarham Ashraf Sinclair) telah menggodam platform keselamatan data yang dikenali sebagai MYSOIL dan bekerjasama dengan Elle (Sangeeta Krishnasamy) untuk menjual data tersebut kepada kumpulan penjenayah yang dikenali sebagai CARRIE di Bangkok. Ketika Sam mengetahui bahawa Aman bersekongkol dengan Elle untuk menggodam dan mencuri wang Carrie, pergaduhan yang lebih berbahaya meletus di Bangkok. Seorang tentera upahan bernama Aqil (Remy Ishak) cuba mengesannya untuk mendapatkan kembali wang yang dicuri.



Sam ditangkap dan diinterogasi oleh dua penyiasat, Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor) ketika dia kembali ke Malaysia. Secara sinis, Sam cuba memanipulasi beberapa peristiwa yang berlaku. Mengetahui Aqil mempunyai agenda tersendiri, Sam berusaha mencari dalang sebenar di sebalik manipulasi data dan penyebaran "Berita Palsu" yang mampu membahayakan negaranya.

Filem Proksi adalah salah satu filem oleh Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan arwah dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Jangan lupa saksikan filem cyber thriller padat dengan aksi, Proksi yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 18 November 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post