Britney Spears Bebas Dari Conservatorship Setelah Gerakan #FreeBritney - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Britney Spears Bebas Dari Conservatorship Setelah Gerakan #FreeBritney

Trending

Britney Spears Bebas Dari Conservatorship Setelah Gerakan #FreeBritney

Beberapa bulan kebelakangan, Britney Spears kembali menjadi sorotan media berikutan kisah eksploitasi oleh keluarganya disaat menjalani conservatorship. Akhirnya, Britney Spears bebas dari conservatorship setelah 13 tahun.


Pada pada akhir 1990-an dan awal tahun 2000an, Britney Jean Spears dianggap sebagai ikon pop dan digelar "Puteri Pop Dunia" setelah kejayaan 2 album studionya Baby One More Time (1999) dan Oops!...I Did It Again (2000) dan menjadikannya artis remaja paling laris sepanjang masa. Masa zaman tu memang suka betul dengan lagu-lagu Britney siap beli lagi kaset Britney. Pada 2008, conservatorship diberikan kepada Britney Spears setelah dia dikatakan mengalami krisis kesihatan mental.


Apa Itu Conservatorship?

Conservatorship atau penjaga sah adalah orang yang diberi kuasa oleh mahkamah Amerika Syarikat ke atas anak jagaannya yang dianggap tidak mampu mengelola kewangan atau kehidupannya sendiri. Biasanya conservatorship diberikan kepada mereka yang berusia lanjut atau masih bayi, mengalami gangguan kesihatan mental, menderita sakit parah atau mengalami kecacatan. Mahkamah biasanya mempunyai kuasa bagi melantik penjaga bagi individu yang memerlukan perlindungan khas dan penjaga (conservator) bertanggungjawab mengurus semua hal anak jagaanya.


Dalam kes conservatorship Britney, James Parnell Spears iaitu ayah Britney bertindak sebagai co-conservator, atau yang diberi kuasa oleh mahkamah untuk mengurus kewangan Britney bernilai lebih dari 80 juta dollar AS (RM333,184 juta) bersama dengan syarikat pengurusan Bessemer Trust. Pihak konservator mempunyai kuasa ke atas kewangan, kerjaya serta hal peribadi Britney seperti lawatan terhadap anak lelakinya yang masih remaja dan sama ada dia boleh berkahwin semula.

Podcast Britney's Gram mendakwa menerima maklumat dari sumber tanpa nama, bahawa Spears telah dimasukkan ke pusat itu tanpa kerelaannya sejak Januari 2019. Mereka mendakwa kemasukan Britney ke hospital dan pembatalan konsert Domination telah diperintahkan oleh bapa Spears selepas Britney memutuskan untuk tidak mengambil ubat dan melanggar peraturan dalam konservatorinya yang tidak membolehkan Britney memandu. Britney's Gram dan beberapa saluran berita mempersoalkan tempoh konservatori Britney kerana ia sepatutnya berakhir selepas The Circus Tour pada tahun 2009.


Gerakan #FreeBritney

Tanda pagar Free Britney, #FreeBritney telah dibuat oleh jutaan peminatnya sejak 2019. Ia mungkin dilihat sebagai satu tindakan kecil, tetapi meninggalkan impak yang besar buat peminatnya di seluruh dunia yang selama ini sering tertanya-tanya sama ada akaun media sosialnya dikawal oleh orang lain atau dirinya sendiri.


Setelah Britney Spears memuat naik beberapa hantaran di Instagram dengan beberapa aksi pelik atau dengan mesej tersembunyi membuatkan para peminat Britney mendakwa bahawa Britney telah dianiaya dan memerlukan bantuan. Terus tanda pagar Free Britney meledak di sosial media. Akhirnya Britney berjaya mendapatkan peguam baru untuk mengendalikan kes rayuan penyingkiran bapanya, Jamie Spears yang didakwa mengeksploitasi dan mengawal hidupnya sejak 13 tahun lalu. Bukan sahaja bapa, malah ibu dan adiknya Jamie Lynn Spears turut didakwa.

Wakil peguam dan para peminat Britney sudah lama menuduh bapanya mengaut keuntungan sepanjang menjadi penjaganya. Arahan conservatorship oleh mahkamah dikeluarkan selepas penyanyi popular itu menyerang kereta seorang paparazi pada 2007. Para peguam Britney berkata Jamie tidak layak kerana dikatakan mempunyai masalah ketagihan alkohol dan menyebabkan trauma kepada anaknya sejak kecil dan Setiap hari di bawah jagaan bapanya, Britney merasa terdera dan menderita. Kesian ye Britney sampai nak beli Starbuck pun kena minta kebenaran conservator dia terlebih dulu.


Tahun 2019, Britney gagal dalam cubaannya untuk ‘menyingkirkan’ bapanya daripada mengawal kehidupan dan hal-hal peribadinya selepas Mahkamah Los Angeles memutuskan perkara itu akan terus berkuat kuasa sehingga tahun 2021.

Britney telah meminta pengadilan untuk segera mengakhiri conservatorship yang telah dijalaninya selama 13 tahun. Dalam pernyataannya di mahkamah Los Angeles, Britney mengaku diri dia tertekan karena tidak bolem menbuat keputusan terhadap kewangan mahupun soal hidupnya sendiri.


"Saya hanya ingin hidup saya kembali. Saya benar-benar yakin jika conservatorship ini kejam" ujar Britney dan meminta agar hakim mengakhiri conservatorship terhadap dirinya tanpa dipaksa untuk melakukan evaluasi.

Hasil gerakan #FreeBritney telah membawa kepada pendakwaan ke atas bapanya di mahkamah Los Angeles dan Jamie Spears akhirnya disingkirkan daripada konservatori jagaan Britney Spears. Hakim Brenda Penny telah mengarahkan Jamie Spears untuk memulangkan semula semua aset Britney dan Jamie Spears digantikan serta-merta dengan penjaga sementara, seorang akauntan bernama John Zabel.


Keputusan yang dikeluarkan itu sangat dinanti-nantikan. Selepas bertahun-tahun lamanya para peminat dan rakan-rakan rapat Britney berkempen untuk kebebasannya. Puluhan penyokong juga berkumpul di luar mahkamah dengan membawa sepanduk ‘Penjarakan Jamie’ dan ‘Bebaskan Britney’. Slogan ini juga beredar bebas sebagai tanda pagar di media sosial sedunia. Selebriti seprti Lady Gaga, Cher dan Ariana Grande turut memberi sokongan dan respon terhadap pembebasan Britney. Akhirnya, Britney Spears boleh menarik nafas lega! Tiada lagi beban memeritkan buat Britney.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post