CARA TERKINI DAFTAR AKAUN PAYPAL MALAYSIA

Trending

CARA TERKINI DAFTAR AKAUN PAYPAL MALAYSIA

Terdapat banyak cara pembayaran wang atau transfer duit dari luar negara ke Malaysia atau sebaliknya. Dengan kemudahan digital sekarang, anda boleh menghantar wang dengan mudah ke akaun peribadi seseorang atau ke telefon pintar penerima hanya dihujung jari.


Cara Menghantar Wang Ke Luar Negara Dari Malaysia

Dengan kemudahan akaun online ini memudahkan kita untuk berurusan dengan company luar Malaysia atau syarikat international dengan mudah untuk urusan pembayaran atau penerimaan wang.

Diantara cara transfer atau terima wang ke negara lain adalah melalui:
  • Western Union (WU)
  • Penghantaran Bertelegraf Bank (Wire Transfer)
  • PayPal
  • MoneyGram
  • Merchantrade eRemit
  • Pos Malaysia
  • Valyou

Untuk artikel ini, Kak Bell kongsikan cara bagaimana nak buka akaun paypal dan daftar akaun paypal dengan betul. Untuk yang terbaru, anda boleh pilih samaada nak buka akaun Business atau Personal berbanding cara sebelum ini iaitu Buy With Paypal (suka membeli secara online/ebay/ shopping luar negara) atau Receive Payment With Paypal (jual beli/terima bayaran).


Apa Itu PayPal?

PayPal adalah pembekal perkhidmatan pembayaran melalui internet yakni merupakan online banking dan online debit card. Perkhidmatan PayPal membolehkan anda menghantar bayaran kepada sesiapa sahaja yang menggunakan akaun PayPal dan di mana tersedia, untuk menerima bayaran. Kelebihan utama PayPal ini adalah ia telah diiktiraf oleh Bank Negara dan digunakan secara meluas dan diterima di 203 buah negara di seluruh dunia.

Diantara kelebihan lain perkhidmatan PayPal ialah dapat tukar currency terus ke MYR dan bank in terus ke dalam bank dalam masa 3-5 hari bekerja. Pembayaran juga lebih cepat berbanding cek atau money order. Selain itu, maklumat penghantar dan penerima juga tidak didedahkan.

Cara Daftar Akaun PayPal Malaysia 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar akaun PayPal Malaysia berserta cara verify akaun PayPal secara online.

Cara Daftar Akaun PayPal Online

1. Pergi ke laman rasmi PayPal secara online menerusi pautan https://www.paypal.com

2. Klik 'Sign Up Now'. Anda akan diberi dua pilihan iaitu samada yang ingin membuka akaun business (bagi yang ada business dan website sendiri) dan untuk menerima dan transfer wang dengan PayPal atau akaun Personal.



3. Masukkan nombor telefon bimbit.

4. Isikan borang maklumat PayPal dengan betul dan tepat. Masukkan maklumat penting seperti berikut:

Email: Isi email anda yang disahkan
Password: Isi password yang mudah anda ingat
Re-enter Password: Isi semula password seperti di atas
First Name: Isi nama depan anda
Last Name: Isi nama belakang anda
Mobile: Isi No. Telefon anda
Address Line 1: Isi alamat tempat tinggal anda
Address Line 2 (optional): Pilihan tambahan
City: Isi bandar/wilayah anda
State: Isi negeri anda
Postcode: Isi poskod daerah/wilayah anda
Primary Currency: Malaysia Ringgit


5. Kemudian, tick pada kotak kecil diruangan disediakan. Klik pada butang 'Agree and Continue' dan tunggu pengesahan email yang didaftarkan.

6. Selepas itu, tunggu email untuk aktifkan akaun PayPal anda. Buka email dan klik pada link pengesahan akaun anda.

7. Setelah mendaftar akaun PayPal, anda dibawa bahagian 'Verify Akaun PayPal' dan juga 'Verify Akaun Bank/ Kad Debit'.


Cara Verify Akaun PayPal

Berikut adalah cara untuk verify akaun PayPal secara online:

1. Sila login ke akaun PayPal menggunakan email dan password yang telah disahkan.
2. Klik pada butang 'Setting' dan masukkan maklumat peribadi beserta nombor akaun bank.
3. Klik pada bahagian 'Financial Information' untuk isi nombor akaun bank.
4. Klik pada 'Link a new bank account' dan isikan maklumat seperti Bank Name, MEPS Bank Routing Code dan Account Number.
5. Isikan 'Account Number' dan 'Re-enter Account Number' anda. Kemudian, klik 'Continue'.
6. Untuk verifikasi akaun bank anda, pihak bank akan hantar kod melalui SMS, ada E-mail dan ada melalui panggilan.


Untuk pengesahan melalui SMS, anda akan terima SMS pengesahan dengan kod seperti PP*XXXX. Proses pengesahan mengambil masa 1-3 hari atau lebih cepat.

7. Setelah verify akaun PayPal, anda sudah boleh mula gunakan untuk terima dan menghantar wang.

Jika anda buat invoice melalui PayPal akan ada caj/fee mengikut negara berkenaan. Akan datang Kak Bell akan kongsikan tentang Caj Paypal (Paypal Fees) ini.

cara buat akaun paypal guna bank islam, cara buat akaun paypal malaysia, cara buat akaun paypal guna maybank, cara buat akaun paypal guna cimb, cara buat akaun paypal guna BSN,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

7 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Thank you sharing, kak dulu pernah buat acaount paypall sbb beli brg tp sjrg dah mudah sbb cara online jer, dah fhm cara nak buka akaun paypal

    ReplyDelete
  2. bae memang dah ada paypal, biasa transfer duit dari paypal ke account bank, or guna credit card, kalau transfer duit tak pernah lagi, dan tak tau pulak ada fees hahahaha, ok tunggu post kak bell, nak tau pasal fees

    ReplyDelete
  3. dah mudah sangat ada paypal malaysia sekarang ni :D

    ReplyDelete
  4. bagus info ni.. lps ni bolehlah daftar paypal.. selalu guna akaun kid atau cik lily heheheh

    ReplyDelete
  5. This is a good sharing, sis. I believe it's high time for me to reset my PayPal account. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Macam tau je kita tengah cari cara nak daftar akaun paypal ni. Sekarang dah tau dah cara dia. Lengkap semua info kak bell ni.

    ReplyDelete
  7. Thanks so much for this useful informative sharing on Paypal, saved it as my reference again . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
Previous Post Next Post