CARA TERKINI NAK DELETE AKAUN FACEBOOK DAN DEACTIVATE FB SEMENTARA

Siapa sahaja yang tidak memiliki akaun Facebook di zaman sekarang. Facebook ialah sebuah web rangkaian sosial yang mula terkenal sejak tahun 2006. Facebook sekarang dikendali dan dimiliki oleh Facebook, Inc. dan kini dikenali sebagai Meta Platforms. Asalnya, Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Andrew McCollum, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes mencipta laman web ini terhad hanya buat penuntut Harvard dan seterusnya berkembang dan mempunyai lebih dari 400 juta ahli yang aktif. Laman sosial FB ni memang telah jadi sebuah platform popular untuk berniaga di atas talian dan sebagainya.


Diantara topik popular yang selalu ditanya oleh pengguna Facebook ialah 'bagaimana cara nak delete akaun Facebook'? Kebanyakkan yang bertanya adalah disebabkan berlakunya kematian dan waris atau ahli keluarga yang terbabit ingin memadam akaun FB berkenaan. Ada juga yang ingin berhenti sekejap dari dunia Facebook dengan cara deactivate sementara FB atas sebab nak fokus kepada peperiksaan, tak nak ade gangguan atau nak relaxs sekejap untuk cari ketenangan dari dunia Socmed.

Untuk makluman memang terdapat cara untuk delete akaun/memadan akaun FB personal, FB pages atau deactivate buat sementara waktu akaun FB. Ada beza tau antara deactivate dan delete. Ramai orang nak delete Facebook tapi tak jumpa cara yang betul. Kebanyakkan pengguna Facebook hanya boleh deactivate kan sahaja Facebook diorang. Kalau korang deactivate FB, bila korang log in akaun korang akan active semula. Tapi kalau delete, sekali dah send delete, terus dah tak ada lah akaun tu. Tanpa tunggu lama-lama, jom baca lebih lanjut cara memadam akaun Facebook secara kekal atau sementara (deactivate FB).


CARA NAK DELETE AKAUN FACEBOOK

Untuk langkah ini boleh digunakan untuk memadam akaun FB personal.


1. Log in Facebook
2. Pergi ke Setting & Privacy
3. Klik bahagian Setting
4. Klik pada bahagian Profile Access And Control
5. Klik ' Deactivation And Deletion'
6. Pilih samaada nak delete kekal (klik DELETE ACCOUNT) atau nak deactivate sementara (klik DEACTIVATE ACCOUNT)
7. Ikut je arahan yang diberikan selepas itu.

CARA NAK DELETE AKAUN FACEBOOK PAGE

1. Log in Facebook dan pergi ke FB Pages
2. Pergi ke Setting & Privacy
3. Klik bahagian Page Settings
4. Scroll bawah dan klik pada bahagian Page Access And Control
5. Klik ' Deactivation And Deletion'
6. Pilih samaada nak delete kekal FB Page (klik DELETE PAGE) atau nak deactivate sementara (klik DEACTIVATE PAGE)
7. Ikut je arahan yang diberikan selepas itu.


CARA MUDAH MUAT TURUN DATA FB SEBELUM DELETE AKAUN FACEBOOK

1. Log in Facebook
2. Pergi ke https://www.facebook.com/help/delete_account
3. Klik Download Your Infomation
4. Klik pada DELETE ACCOUNT


**Muat Turun Data
FB akan beri info jumlah gambar dam post yang telah dibuat sepanjang gunakanFB. Semua maklumat ini disimpan di pelayan. Facebook juga menyimpan maklumat mengenai alamat IP yang anda gunakan untuk log masuk ke Facebook, tarikh, masa dan sejarah status akaun.

Bagi akaun FB akan diberi masa 30 hari jika korang nak restore semula. Selepas 30 hari, akaun akan permanently dipadam. Proses padam semua data FB akan mengambil masa 90 hari untuk segala-galanya untuk dipadamkan dari pelayan Facebook. Dalam tempoh 90 hari, akaun tidak akan dapat diakses oleh orang lain.

Untuk FB Page deletion akan diberi masa 14 hari untuk pemilik akaun restore semula page jika tak jadi delete.

CARA AKTIFKAN SEMULA DEACTIVATE AKAUN FB

Untuk deactivate akaun FB akan ambil masa 24 jam untuk betul-betul akaun facebook lenyap. Akaun FB akan aktif semula bila akaun FB di log in semula.


Pewaris Akaun (Legacy Contact)

Sebenarnya Facebook juga mempunyai ciri Legacy Contact. Ia bertujuan untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada lagi.

Melalui pewaris, mereka boleh:
  • Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberitahu atas pemergian anda
  • Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
  • Memohon Facebook memadam akaun anda
  • Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)

Namun, pewaris tidak boleh:
  • Log masuk akaun anda
  • Baca mesej anda
  • Mengalih keluar (remove) mana-mana rakan anda atau membuat permintaan menjadi rakan yang baharu

Legacy Contact yang telah dipilih itu juga boleh diberikan akses (tekan Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan data yang telah anda kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan di atas. Anda turut boleh menukar Legacy Contact Facebook yang dipilih tadi dengan tekan "remove" dan pilih kenalan yang lain.

Jadi, disarankan juga buat anda untuk membuat tetapan Legacy Contact ini sekiranya masih belum berbuat demikian. Semoga cara yang dikongsi memberi panduan dan manfaat buat pengguna Facebook. 

8 comments:

  1. terima kasih sharing. sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. bagus kak bell share, mudah untuk sapa2 yang taktau nak deactive facebook kan, sesekali kena rehatkan dari social media jugak

    ReplyDelete
  3. Thanks Sis Bella. Pernah terfikir nak deactivate, tapi teruskan gak sebab takleh go on a day tanpa semak apa aktiviti kengkawan kan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bella share ilmu bermanfaat sgt. Boleh refer sini nanti in case nak delete atau deactivate fb :)

    ReplyDelete
  5. Ya salah satu cara dan jika hendak keselamatan diri lagi gambar yang di upload boleh di setting kepada frend only bukan public. :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian.. sbb mmg plan nak deaktive akaun sedara yang meninggal.. jadi kena tutup takut ada pihak lain yg salahguna akaun fbnya sbb xada yg monitor

    ReplyDelete
  7. wow, i definitely did not know about all these additional and lesser known features on faceook. thanks for sharing the info, especially the temporary deactivation one!

    ReplyDelete
  8. saya susah nak log in sahaja sebab dah lupa password FB

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.