TOURISM SELANGOR SERTAI MATTA FAIR 2021

Jangan lepaskan peluang unruk dapatkan diskaun hebat produk pelancongan negeri Selangor!
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor akan menyertai pameran pelancongan, MATTA FAIR 2021 yang kembali semula menemui para pengembara seluruh Negara pada 20 dan 21 November ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTC). Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Tourism Selangor tidak melepaskan peluang menyertai MATTA Fair edisi kali ini bersama para operator produk pelancongan Negeri, yang akan menemui para pengunjung di Pavilion Negeri Selangor sepanjang dua hari MATTA Fair berlangsung.


Menariknya, delegasi Negeri Selangor akan disertai oleh pihak Sky Mirror Travel & Tours, Selangor Fruit Valley, Farm In The City, Wet World Waterpark, Windlab Indoor Skydiving, Jumpstreet Malaysia, Park Inn By Radisson dan FlowRider 1 Utama; yang menawarkan tawaran potongan harga dan diskaun hebat khas buat para pengunjung!

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sememangnya telah menjejaskan industri pelancongan Negara dalam skala yang besar hingga pameran pelancongan MATTA Fair yang secara lazim diadakan pada setiap suku tahun sebelum pandemik, telah dibatalkan pada tahun 2020, dan hanya kembali dianjurkan pada suku ke-empat tahun 2021 pada kali ini, setelah kadar imunisasi Negara semakin menunjukkan perkembangan yang positif.


Pihak penganjur, Malaysia Association of Tour and Travel Agents (MATTA) menjangkakan edisi MATTA Fair kali ini akan menarik seramai 20,000 orang pengunjung dalam tempoh dua hari, dengan jumlah pengunjung dihadkan kepada hanya 2,000 orang pada satu-satu masa.

MATTA Fair yang berkonsepkan “Consumer Fair” turut disertai oleh Agensi Pelancongan, produk operator, hotel dan syarikat penerbangan dari seluruh Negara, seiring dengan visi pihak penganjur untuk membantu merancakkan semula industri pelancongan di Malaysia, serta menjamin kelangsungan perniagaan para penggiat industri. MATTA Fair juga merupakan sebuah landasan bagi produk operator pelancongan Negeri Selangor mempromosikan perkhidmatan dan pakej pelancongan mereka serta jualan terus kepada orang ramai. Harga tIket flight juga labih murah di MATTA FAIR.


Inisiatif jualan secara langsung ini mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor, serta memajukan perniagaan dalam industri pelancongan di era norma baharu. Inisiatif secara bersemuka ini juga mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk terus melancong ke Negeri Selangor dengan selamat dalam pembudayaan norma baru dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Penyertaan pihak Tourism Selangor dalam MATTA Fair adalah bertepatan dengan Kempen “Pusing Selangor Dulu!” yang memfokuskan kepada sektor pelancongan domestik di ambang pandemik Covid-19. Kempen yang telah secara rasmi dilancarkan pada Disember 2020 lalu sedang digiat digerakkan di landasan digital, laman sesawang rasmi dan laman media sosial rasmi Tourism Selangor; Facebook, Instagram, Twitter, aplikasi TikTok dan saluran YouTube.


Sejak dilancarkan sehingga kini, Kempen ini telah berjaya menerima lebih 22 juta reach di laman media sosial dengan tandapagar #PusingSelangorDulu yang menerima sambutan yang sangat menggalakkan oleh orang awam yang turut berkongsikan video dan seleksi gambar mereka bercuti ke Negeri Selangor di laman media sosial.

Justeru, isi masa terluang anda hujung minggu ini, dan jangan lepaskan peluang untuk #PusingSelangorDulu dengan mendapatkan pelbagai tawaran diskaun dan potongan harga menarik hanya di Pavilion Negeri Selangor di MATTA Fair pada 20 dan 21 November ini! Jumpa di sana!

1 comment:

  1. wahhh bagus TS join MATTA Fair, mudah sikit nak tengok apa tawaran terkini selepas kita hampir 2 tahun PKP.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.