Setelah beberapa bulan duduk di rumah, akhirnya Kerajaan telah mengumumkan
Negeri Selangor kini semakin menghampiri ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.
Tentu ada segelintir orang bergembira atas berita baik ini. Namun, hanya
individu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan untuk
bercuti ke Negeri ini.
Sejak kebelakangan ini, aktiviti staycation semakin menjadi trend bagi para
pelancong domestic, khususnya pada cuti hujung minggu. Di samping bersantai
bersama orang tersayang, sekiranya anda seorang yang suka menghasilkan video
“content” di media sosial, anda boleh jadikan tempat penginapan yang
tersenarai di bawah sebagai latar yang pasti menarik perhatian pengikut anda! Jim lihat beberapa tempat menarik untuk weekend getaways korang!
1) Carpe Diem, Serendah
Carpe Diem terletak di Pekan Serendah merupakan sebuah penginapan yang
membawakan konsep gaya hidup kampung. Carpe Diem adalah perkataan Latin yang
membawa maksud “merebut hari”. Lokasi ini membawa anda melangkah ke pesona
percutian ala kampung yang juga bertepatan sekiranya anda mencari tempat untuk
menjalankan sesi latihan pasukan. Carpe Diem juga dikelilingi oleh tanaman
menghijau yang subur, menjadikannya tempat yang sesuai untuk mencari
ketenangan dan bersantai.
Kredit: Carpe Diem, Serendah by andrewlooi @IG
2) Sri Damai Resort, Kalumpang
Sri Damai Resort menawarkan penginapan berkonsepkan alam sekitar, dilengkapi
dengan kolam renang dari air sungai untuk kanak-kanak, serta kolam memancing
bagi mereka yang suka menangkap spesies langka seperti ikan kelah dan baung.
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan ada ditawarkan
di sini seperti aktiviti berbasikal air dan memandu kenderaan ATV. Selain itu,
terdapat ladang rusa, kambing, serta buah-buahan tempatan yang boleh
dikunjungi semasa anda menginap di sini.
Kredit: Sri Damai Resort, Kalumpang by sri_damai_resort @IG
3) Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang
Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di
jalan menuju ke Pekan Rawang. Sudah namanya taman rimba, ianya pilihan yang
tepat untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara
segar. Apa yang lebih menarik di sini adalah, anda boleh melakukan pelbagai
aktiviti menyihatkan seperti berkayak, jungle trekking, mountain bike trails
dan banyak lagi sambil merakam detik-detik kegembiraan bersama orang
bersayang. Ini adalah tempat yang tepat untuk menghabiskan masa hujung minggu
anda dalam keindahan alam yang menghijau.
Kredit: Resort Taman Eko Rimba Komanwel by anwarxaki @IG
4) Rumah Hutan Bonda, Batang Kali
Hanya mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan dari Bandar Petaling
Jaya, anda boleh kunjungi salah satu tarikan pelancongan di Daerah Hulu
Selangor, iaitu Rumah Hutan Bonda. Ianya menampilka konsep rumah Melayu asli
yang pasti akan membuat anda terpegun melihatnya. Tempat penginapan ini turut
dikelilingi keindahan hutan dan alam semulajadi. Rumah Hutan Bonda juga
mempunyai kawasan yang luas dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan
rakan-rakan.
Kredit: Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali by danishtsl @IG
5) PulaiThree, Kuala Kubu Bharu
PulaiThree merupakan lokasi percutian yang terletak di Pekan Kuala Kubu Bharu,
di tengah kawasan hutan hujan dan kawasan bukit milik peribadi. Konsepnya
direka dengan ruang terbuka menghadap alam sekitar namun masih menerapkan
unsur kelestarian.
Kredit: PulaiThree, KKB by azfarheri @Twitter
Vila yang dikelilingi keindahan alam dan suasana yang amat menenangkan ini
menawarkan dua bilik tidur (spacious rooms) dengan pemandangan indah seperti gunung hijau
zamrud di luar bandar. Selain itu, tempat penginapan ini yang dilengkapi
dengan swimming pool dan dapur lengkap dengan set barbeku sememangnya akan
memberikan pengalaman yang tiada tandingan.
Tentunya, tempat penginapan yang tersenarai di atas bakal mengubati kerinduan
anda kepada keindahan alam semulajadi, namun tidak mengetepikan faktor
keselesaan. Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor sememangnya mempunyai
banyak tempat penginapan yang menarik. Tempah masuk sahaja ke tempat-tempat
yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti. Jika ada resort offers pasti lebih menarik kan!
Kak Bell pun dah lama tak menikmati percutian indah di sekitar Klang Valley atau pun di KL city. Kalau tak dapat ke Selangor, staycations di hotel Kuala Lumpur pun best juga sambil menikmati malam di infinity pool! Selamat berhujung minggu.