COCOYEAH Malaysia Bandar Sunway Tawar Coconut Shake Hipster Yang Menyegarkan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal COCOYEAH Malaysia Bandar Sunway Tawar Coconut Shake Hipster Yang Menyegarkan

Trending

COCOYEAH Malaysia Bandar Sunway Tawar Coconut Shake Hipster Yang Menyegarkan

Minuman coconut shake memang terkenal sebagai minuman yang enak dan menyegarkan. Saat tengah panas terik matahari lit-lit dapat minum coconut shake memang layan. Kalau ada yang bertanya kat mana nak coconut shake sedap, pasti akan jawab coconut shake Klebang. Tapi jauhlah pula nak merentas negeri ke Melaka semata-mata nak cari coconut shake! Sekarang dah tak perlu pergi jauh-jauh sebab korang dah boleh dapatkan minuman air kelapa coconut shake hipster yang menyegarkan di Coco Yeah Malaysia, Bandar Sunway.


Sejak pandemik COVID-19 permintaan terhadap air kelapa turut meningkat dan minuman air kelapa laris terjual. Walau yang demikian tiada bukti saintifik yang air kelapa adalah ubat kepada penyakit Covid-19 ianya mempunyai khasiat yang tersendiri. Hampir semua bahagian pokok tidak sahaja buah digunakan untuk pelbagai tujuan sehingga sering mendapat gelaran "pokok seribu guna".

Air kelapa memang dari zaman dahulu kala terkenal banyak khasiatnya untuk tubuh badan kita. Air kelapa ini bersifat antioksidan, rendah kalori, rendah lemak, tiada kolesterol dan mengandungi pelbaga vitamin seperti vitamin B, fosforus, sodium, cytokinins, elektrolit, potassium, klorida, magnesium, kalsium dan pelbagai mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Berikutlah mukaddimah tentang khasiat air kelapa, jom baca lebih lanjut tentang coconut shake sedap Coco Yeah!


COCO YEAH Malaysia Tawar Pelbagai Air Minuman Coconut Shake Yang Enak dan Menyegarkan!

Jenama minuman COCO YEAH mula diperkenalkan pada 1 Jun 2021 dan outlet pertamanya terletak di Bandar Sunway Subang berdekatan dengan Sunway Pyramid Shopping Mall dan Sunway Lagoon.

En Jason, pemilik Coco Yeah Malaysia

COCO YEAH Malaysia hanya menggunakan air kelapa muda yang segar dan kelainannya coconut shake mereka dipadankan dengan buah-buahan asli segar untuk penyediaan 8 jenis coconut shake mereka. Pemilihan buah kelapa yang berkualiti adalah penting bagi mengekalkan rasa keenakan coconut shake yang asli.

Biasanya minuman coconut shake hanya dipadankan dengan ais krim vanilla tetapi Coco Yeah Malaysia menyedikan 8 jenis coconut shake dengan perisa yang berlainan iaitu:

  • COCO YEAH Honey Lemon Coconut Shake
  • COCO YEAH Passion Fruit Coconut Shake
  • COCO YEAH Avocado Coconut Shake
  • COCO YEAH Berries Coconut Shake
  • COCO YEAH Original Coconut Shake
  • COCO YEAH Macha Coconut Shake
  • COCO YEAH Gula Melaka Coconut Shake
  • COCO YEAH Oreo Coconut Shake


8 Pilihan Coconut Shake COCO YEAH Malaysia


Avocado Coconut Shake


RM12.90

Macha Coconut Shake


RM9.90

Passion Fruit Coconut Shake


RM9.90

Gula Melaka Coconut Shake


RM9.90


Original Coconut Shake


RM7.90

Oreo Coconut Shake


RM9.90

Honey Lemon Coconut Shake


RM9.90

Berries Coconut Shake


RM9.90

Untuk kadar gula, korang boleh pilih mengikut kesesuaian samaada nak kurang gula atau sebaliknya. Pilihan coconut shake dengan kadar gula normal pun sebenarnya dah memadai sebab rasa manis air kelapanya masih terasa. Apa pun boleh ikut kesukaan dan preference masing-masing. Harga coconut shake Coco Yeah adalah bermula dari RM7.90.


Pada Kak Bell kesemua 8 pilihan Coconut Shake Coco Yeah memang sedap. 3 jenis coconut shake pilihan Kak Bell Oreo Coconut Shake, Passion Fruit Coconut Shake dan Original Coconut Shake.


Promosi Harga Istimewa Pada Setiap Rabu

Terdapat pelbagai promosi dan harga menarik yang ditawarkan oleh Coco Yeah Malaysia. Kalau nak tahu tentang promosi boleh semak lebih lanjut di laman Facebook rasmi mereka. Berikut ada promosi harga istimewa pada setiap hari Rabu di Coco Yeah. Memang harganya berbaloi dan berpatutan sangat. Tak sabar Kak Bell nak repeat order kat sini!


Happy Wednesday
15% off dari 12.30PM-8.30PM untuk semua jenis Coconut Shake.

Double Happiness (on selected shake) 
2 for RM9.90 (n.p:RM19.80) dari 12.30PM-5.30PM

Coco-Jumbo Happiness
25% off dari 5.30PM-8.30PM untuk mana-mana 2 jenis Coconut Shake

Untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, beli 2 minuman pada harga RM15 sahaja! Nak lebih jimat dan minum bersama kawan-kawan, korang boleh order pembelian kombo dan dapat tambahan 1 coconut shake PERCUMA!




Minuman Sparkling dan Mocktail Coco Yeah

Selain daripada minuman coconut shake, pada masa akan datang COCO YEAH juga akan memperkenalakn minuman mocktail dengan mempertengahkan air kelapa dan juga campuran pati buahan terplih yang menyegarkan. 


Bagi yang tidak menggemari coconut shake bolehlah cuba minuman lain di sini.

1. Coconut Lime Mocktail
2. Sparkling Coconut Lime Mocktail
3. Coconut Passion Fruit Mocktail
4. Sparkling Coconut Passion Fruit Mocktail
5. Coconut Strawberry Mocktail
6. Sparkling Coconut Strawberry Mocktail
7. Coconut Blackcurrant Mocktail
8. Sparkling Coconut Blackcurrant Mocktail



Buat korang yang tercari-cari coconut shake sedap, bolehlah cuba Coconut Shake Coco Yeah Malaysia. Untuk tempahan pula boleh dibuat melalui platform FOOD PANDA, GRAB FOOD dan juga EASI MY.

No 6, Jalan PJS 11/28a,
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor
03-5612 6481
Whatsapp 0133580092
https://maps.app.goo.gl/mejtvKFp1Qr6faaq5

Maklumat lanjut layari laman sesawang berikut:

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post