Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI

Trending

Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI

Hi semua! Sejak sebelum PKP lagi memang dah lama sangat tak makan Steamboat & Grill. Bagi peminat steamboat & gril mesti dah tahu tempat makan steamboat yang popular dan sedap di sekitar Selangor dan KL. Kak Bell sebenarnya bukanlah peminat tegar sangat steamboat sebab Kak Bell ni jenis makan sikit lepas tu cepat kenyang. Sekali-sekala makan memang layanlah.


Kisahnya semalam Kak Bell cuba menu Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI, sebuah kedai masakan Sarawak di Taman Tun Dr Ismal. Sebelum ni, Kak Bell memang selalu juga makan menu Sarawak kat sini. Semuanya Kak Bell suka macam Nasi Goreng Dabai, Nasi Goreng Kecok, Laksa Sarawak dan lain-lain. Cuma sekarang menunya dihadkan mungkin disebabkan PKP sebelum ini.


Free-Flow Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI

Menu Steamboat & Grill Kedey Kamek ni baru sahaja launch dan mereka buat promosi. Konsepnya boleh makan selagi mampu asal boleh. Makanlah sepuas-puasnya. Selain free flow untuk makanan dan minuman, shisha pun free-flow! Bahagian steamboat & grill ni terletak di tingkat atas kedai. Ada 2 bahagian dining samada di dalam atau bahagian open-air. Buat kaki shisha bolehlah lepak di bahagian open-air melayan shisha.



Untuk hidangan daging lembu, ayam, kambing adalah pelbagai termasuklah kulit ayam, bebola dan lain-lain. Cuma tak ada sotong dan udang. 

Bahan perapannya pun ok dan terasa. Bagi dessert ada disediakan aiskrim dan 2 jenis minuman free-flow.




Untuk makluman korang, tiada nasi disediakan cuma beberapa jenis mi seperti mi kuning, bihun dan glass noodle (suhun). Pilihan sup untuk steambot ada tomyam, sup tulang dan kuah laksa. Memang kelainan lah, pertama kali Kak Bell cuba steambot dengan kuah laksa.



So far so good. Kak Bell puas hati dengan menu steamboat kat sini. Semua menu daging, ayam dan bebola ni di susun dalam bekas ais. Disebabkan itu, tiada label perapan untuk menu daging kat sini but bahan perapannya sedap. Then, untuk saiz meja nya agak kecil dan crowded unless dapat 2 meja.


Harga Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI

RM49.90/pax for adults
RM29.90/pax for kids (7-12 yo)
6.30pm - 10.00pm (Masa)

Walaupun semua makanan dan minuman adalah free-flow, diharap elakkanlah pembaziran. Ambil cuma yang nak makan, kemudian amik lagi kalau nak. Wastage charge, RM10 untuk setiap 100gram.



Berikut Kak Bell senaraikan diantara Steamboat & Grill yang popular di sekitar selangor dan KL.

#1 Al-Fateh Steamboat & Grill
#2 Seoul Garden @ 1 Utama
#3 ASAP Steamboat & Grill
#4 Capsicum Steamboat & Grill
#5 Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
#6 Island BBQ Steamboat
#7 Monster Planet Grill & Steamboat
#8 Umang Umang BBQ Steamboat
#9 Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
#10 VIP Container Kebun Steamboat

Bagi yang nak cuba Steamboat & Grill Kedey Kamek bolehla try datang sini.

Steamboat & Grill Kedey Kamek TTDI
18, Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post