Resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan Sedap, Mudah Dan Konfem Jadi!

Hi semua! Korang semua penggemar kek? Kak Bell bukanlah penggemar tegar kek terutamanya kek jenis berbuah atau berkacang. Sekali-sekala makan dalam kuantiti kecil ala-ala 1-2 potong kek dah cukup.


Kali ini Kak Bell nak kongsikan Resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan. Disebabkan Kak Bell ni bukan jenis pandai buat kek dan kuih-muih, pasti nak penyediaan resepi yang mudah, kos murah dan tidak ambil masa yang lama untuk penyediaan kek. 


Sebelum ni memang kurang gemar kek lobak sebab teksturnya yang padat dan ada satu rasa yang Kak Bell tak suka (mungkin rasa berempah kulit kayu manis yang berlebihan). Sehinggalah minggu lepas Kak Bell cuba buat sendiri resepi kek lobak merah yang mudah dan ringkas dan ternyata ianya sedap. Kebetulan pula menjadi keknya.


Lobak merah diketahui sangat baik untuk kesihatan mata. Kalau dalam pembuatan kek memang kek lobak/kek karot lah yang paling popular. Kalau dapat kek lobak dengan tekstur yang lembap moist, ada rasa manis, berempah dan lembut yang seimbang memang sedap sangatlah. Biasanya pakai minyak sayuran tapi kali ini Kak Bell gantikan dengan butter Anchor yang dicairkan. Resepi ni ikut sukatan cawan, korang boleh beli cawan ni ada kat kedai kek. Mudah kerja nanti. Untuk pukul adunan boleh sahaja gunakan mixer atau whisk. Terpulanglah yang mana selesa dan memudahkan.


Jika ada yang tak sukakan rasa kayu manis, tak perlu letak. Tapi sebenarnya rasa kayu manis ni tidaklah terlalu kuat. Sesedap rasa je. Jika nak buat resepi kek carrot tanpa walnut, boleh sahaja digantikan dengan pelbagai kacang lain seperti badam ataupun pecan. Paling common, kacang walnut yang paling selalu orang pakai untuk carrot cake ni.



Bahan-bahan:
4 biji telur
1½ cwn gula perang lembut
1 cwn Anchor butter
2 cwn tpg gandum
1½ sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat
1 sk serbuk kayu manis
1/4 sk garam
2½ cwn lobak merah yang diparut
1 cwn kacang walnut yang digoreng tanpa minyak & dicincang/dipecahkan
1 cwn kismis
1 sk esen vanilla

Cream Cheese Topping
250g krim keju
150/ 2/3 cwn mentega
1/2 cwn gula aising (diayak)
1/2 sk esen vanilla
1 sk jus lemon / limau pun boleh


Cara membuatnya:

1) Masukkan gula perang, kemudian telur dan ayak sebati
2) Masukkan Anchor butter yang telah dicairkan, pukul sebati
3) Tambah tepung gandum yang telah diayak/tapis
4) Tambahkan soda bikarbonat, serbuk kayu manis, garam
5) Gaul sebati dengan mixer atau whisk secara manual
6) Tambahkan esen vanila dan kacau
7) Masukkan karot yang telah diparut, kacang walnut dan kacau rata


8) Tuang bancuhan ke dalam loyang yang telah diletak muslin paper/baking paper (boleh oleskan sedikit butter)
9) Bakar pada suhu 175 darjah celcius (40-50 minit)



Krim Topping
1) Masukkan 250g krim cheese dan putar hingga kembang
2) Masukkan 2/3 cawan butter Anchor dan putar hingga berkrim dan sebati
3) Masukkan 1/2 cawan gula icing
4) Tambahkan 1/2 sudu kecil esen vanilla dan jus lemon dan putar hingga halus dan gebu
5) Masukkan dalam piping bag dan ratakan di atas kek lobak

TIPS!
  • Pukul minyak/butter dengan gula hingga berkrim.
  • Sebelum buat frosting, pastikan kek dah betul-betul sejuk dahulu
  • Tak perlu memukul krim terlalu lama, bila krim kembang dan nampak gebu terus berhenti pukul


Simple sahaja Kek Lobak Merah Kak Bell. Saja taburkan lebihan kismis dan sedikit buah blueberry. Yang penting resepi Kek Lobak Merah Sukatan Cawan ni menjadi dan sedap. Bawa 2 bekas ke office terus laku keras dan ada yang nak buat tempahan. Jadi memang confirm sedaplah resepi ni. Selamat mencuba!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top