KITKAT LANCARKAN EDISI TERHAD KITKAT CHOCO BANANA TERBAHARU DIINSPIRASI DARI FILEM ANIMASI MINIONS - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal KITKAT LANCARKAN EDISI TERHAD KITKAT CHOCO BANANA TERBAHARU DIINSPIRASI DARI FILEM ANIMASI MINIONS

Trending

KITKAT LANCARKAN EDISI TERHAD KITKAT CHOCO BANANA TERBAHARU DIINSPIRASI DARI FILEM ANIMASI MINIONS

RANCAKKAN HARI ANDA DENGAN EDISI TERHAD TERBAHARU KITKAT CHOCO BANANA | Kepada para peminat KITKAT yang ternanti-nantikan ciptaan terbaharu kami, sekarang ada berita hebat untuk anda! Memperkenalkan – edisi terhad KITKAT Choco Banana – menerusi kerjasama dengan salah sebuah francais filem animasi yang paling berjaya sepanjang zaman, iaitu Minions terbitan studio Illumination. Jadi, pastikan anda mencuba dan rasai sendiri kelazatan KITKAT Choco Banana yang nescaya membuatkan sesiapa sahaja tersenyum lebar.


Watak The Minions, seperti yang diketahui umum, begitu menggemari pisang dan ini telah mencetuskan ilham membuat KITKAT, selaku jenama konfeksionari paling ikonik di Malaysia, untuk menghasilkan kudapan enak melalui gabungan hebat perisa coklat dan pisang. Setiap gigitan wafer rangup istimewa KITKAT berperisa pisang, disaluti bersama dengan coklat susu halus dan membawa nikmat yang tidak terhingga.


Bersempena pelancaran perisa baharu yang mengujakan ini, KITKAT telah mengeluarkan koleksi bungkusan eksklusif yang memaparkan watak-watak Minions kegemaran semua termasuklah Dave, Kevin, Stuart, Phil dan Carl.



KITKAT Choco Banana boleh didapati dalam dua jenis variasi: paket 4-Jejari dengan empat reka bentuk unik untuk menambahkan keceriaan waktu rehat anda, dan paket berganda yang mengandungi lima kepingan 2-Jejari dengan dua reka bentuk asal untuk pilihan anda dan kongsikan bersama keluarga dan rakan-rakan.


Barangan Eksklusif KITKAT x Minions Yang Menarik!

Bukan itu sahaja! Terdapat juga beberapa barangan eksklusif KITKAT x Minions yang boleh anda miliki. Antaranya rantai kunci LED edisi terhad, yang didatangkan dalam lima reka bentuk berlainan dan sarung tangan dapur yang boleh didapati dalam dua reka bentuk yang menarik. 



Bahagian belakang keychain



Bahagian belakang mitten

Sarung tangan ini pastinya boleh menjadi teman setia kepada para peminat KITKAT semasa menghasilkan hidangan istimewa bersama KITKAT Choco Banana. Barangan eksklusif ini boleh didapati dengan setiap pembelian secara dalam talian di Kedai Rasmi KITKAT di Lazada dan Shopee serta kedai runcit terpilih.

Kedai Rasmi KITKAT Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/kitkat-official-store
Kedai Rasmi KITKAT Shopee: https://shopee.com.my/kitkat.os


Resepi Mudah Menggunakan KITKAT Choco Banana

Meskipun varian perisa serba baharu ini cukup enak dimakan begitu sahaja, KITKAT tetap ingin mempelawa para peminat untuk mencuba sesuatu yang lebih menyeronokkan di dapur dengan menggunakan KITKAT Choco Banana, sama ada dengan menambahbaik pencuci mulut kegemaran mahupun mencipta resepi baharu. Sebagai permulaan, KITKAT telah menyediakan dua resepi hebat yang diinspirasikan dari perisa edisi terhad ini untuk dicuba oleh anda semua.


RESEPI KEK BEKU KACANG MENTEGA KITKAT CHOCO BANANA


Klik untuk RESEPI

RESEPI SUSU KOCAK KITKAT CHOCO BANANA


Klik untuk RESEPI

Senyumlah sepuas-puasnya sewaktu rehat dan rancakkan hari anda dengan kebaikkan buah pisang! Rehat Sebentar bersama KITKAT! Untuk keterangan lanjuit, sila layari laman berikut:



Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post