Raikan Hari Kucing Sedunia Dan Kemerdekaan Malaysia Dengan Merdeka Box 2.0 Dari Pledgecare - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Raikan Hari Kucing Sedunia Dan Kemerdekaan Malaysia Dengan Merdeka Box 2.0 Dari Pledgecare

Trending

Raikan Hari Kucing Sedunia Dan Kemerdekaan Malaysia Dengan Merdeka Box 2.0 Dari Pledgecare

Hi semua! Hari ini tanggal 8 Ogos adalah merupakan Hari Kucing Sedunia (International Cat Day). Ianya telah diadakan buat pertama kalinya oleh International Fund for Animal Welfare (IFAW) dan beberapa organisai hak asasi haiwan bermula pada tahun 2002. Jadi Kak Bell nak ucapkan Selamat Hari Kucing Sedunia buat semua cat lovers atau pencinta kucing di dunia.


Bersempena dengan Hari Kucing Sedunia dan bulan kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos ini, jadi bolehlah ibu bapa kucing semua meraikan mereka dengan memberi cat treats atau snek sedap untuk kucing sebagai tanda sayang dan memperingati persahabatan manusia dengan si bulus yang comel.


Raikan Hari Kucing Sedunia Dan Kemerdekaan Malaysia Dengan Pledgecare Cat Treats

Biasanya Kak Bell akan beri makanan sedap atau cat treat pada anak bulus di rumah sekali seminggu. Disebabkan sekarang dah mencecah berpuluh-puluh ekor, jadi bergantung kepada bajet dan Kak Bell akan cuba paling koman 2 kali sebulanlah bagi makanan yang sedap-sedap. Sekali bagi wet food pun dah kena buka 7-8 tin. Memang menangis dibuatnya belum tambah kos makanan harian, pasir kucing, perubatan dan sebagainya.


Jadi bersempena Hari Kucing Sedunia dan bulan Kemerdekaan Malaysia, Kak Bell telah dapatkan Merdeka Box 2.0 dari Pledgecare buat anak-anak bulus di rumah. Sebelum ini juga, Kak Bell ada kongsikan tentang Pledgecare Cat Treats yang Kak Bell beli tempohari iaitu Air-Dried Chicken. Boleh klik untuk baca review. Kali ini Kak Bell cuba beberapa jenis cat treat yang lain pula.


Hidangan Daging Mentah Kering Bagus Untuk Kucing Dan Anjing?

Makanan atau daging mentah yang dikeringkan (Air dried) sebenarnya memberikan khasiat pemakanan yang lebih baik kepada anjing dan kucing kerana ianya diet semula jadi buat kucing atau anjing perliharaan.



Proses pengeringan udara yang perlahan dan lembut secara semula jadi akan mengekalkan nutrien dalam daging mentah, sekaligus menghilangkan patogen berbahaya. Hasilnya daging mentah kering akan lebih stabil, padat dan kaya dengan zat nutrien, sangat mudah dicerna dan bebas daripada pengawet tiruan.

Kucing yang diberi makanan semulajadi dan sihat akan membantu terhadap kesihatan haiwan kesayangan anda seperti memberi lebih banyak tenaga, kurangkan alergi, bulu lebih berkilau & berat badan yang lebih sihat.


Merdeka Box 2.0 Cat Treat Pledgecare

Setelah melakukan pelbagai percubaan dengan lebih dari 20 jenis buah resepi gabungan, Pledcare telah berjaya merumuskan diet terbaik bagi kucing dan anjing perliharaan mengikut keperluan pemakanan yang ditetapkan oleh AAFCO (The Association of American Feed Control Officials).



Kucing Kak Bell memang suka sangat bila dapat makan raw meat jenis kering ni. Sebelum buka bungkusan semua dah pakat datang serbu. Disebabkan sekarang ada promosi jadi Kak Bell cadangkan korang semua cuba produk Pledgecare, jenama makanan kucing tempatan.

Dalam pakej Merdeka Box 2.0 ini, datang dengan beberapa barangan dan boleh pilih 3 jenis cat treat Pledgcare seperti di bawah:

3X hidangan pilihan dari PledgeCare
1X T-shirt (L) dari Pixie Clo @pixie_clo
1X mainan catnip dari Haiwan @Haiwanmy
1X bandana dari Parks & Lady @ParksandLady
1X pelekat dari Pugibuni @PugiBuni


3 pilihan treat dari Pledgcare:
Chicken Strips (75g)
Whole Anchovies (75g)
Beef Nugget (75 g)
Beef Liver (75g)
Duck Gizzard (75g)
Chicken Gizzard (75g)
Beef Strips (50g)
Duck Strips (50g)
Mini Anchovies (75g)
Buffalo Strips (75g)

Harga asal adalah RM189.00 dan buat masa ini harga promosi adalah RM129.00. Boleh jimat RM60!


Kak Bell suggest korang cuba sebab ianya dibuat tanpa bahan pengawet tiruan tetapi tetap segar kerana kandungan lembapannya sangat rendah. Untuk pek makanan kucing akan segar 6 bulan selepas pembuatan dan 8 minggu selepas dibuka dan untuk pek snek (cat treat) akan tahan segar 4 bulan selepas pembuatan dan 4 minggu selepas dibuka apabila disimpan di tempat kering.





Di musim pandemik ni, jom sama-sama support peniaga kecil dan support barangan local. Yang penting raw dried meat ni memang bagus untuk diet kucing or anjing. Promosi Merdeka Box 2.0 terhad untuk bulan Merdeka ni sahaja. Boleh klik link di bawah untuk shopping!


Waktu penghantaran biasanya 3-5 hari bekerja untuk Malaysia Barat dan 5-8 hari kerja untuk Malaysia Timur.


Buat ibu bapa bulus yang sedang mencari makanan kucing atau snek kucing, bolehlah cuba produk air-dried dari Pledgecare. Memang berbaloi sebab kucing korang mesti akan suka raw diet kucing ni. Lebih lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah.

Website Pledgecare
Facebook Pledgecare
Instagram Pledgecare

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post