Pledgecare Cat Treats, Snek Sedap Untuk Kucing

Trending

Pledgecare Cat Treats, Snek Sedap Untuk Kucing

Hi semua pencinta kucing! Kak Bell harap si bulus anda semua dalam keadaan sihat dan gembira. Pernah tak tiba-tiba kucing di rumah tidak mahu makan atau menolak makanan yang kita sediakan? Sesetengah kucing memang sangat memilih dan Kak Bell setuju sangat dengan statement cat is picky eater! Sebelum ini Kak Bell pernah buat test dengan beberapa jenis makanan kucing dicampurkan dalam bekas. Pandai pula kucing di rumah tu pilih dan makan brand yang depa suka aje. Memang sah kucing pun pandai memilih makanan.


Apa yang penting, perlu diingat bahawa kucing sebenarnya adalah jenis karnivor (makan daging) dan dari segi pemakanan kucing adalah tidak sama seperti manusia atau anjing. Jadi makanan yang kita pilih mestilah disukai oleh kucing dan sekurang-kurangnya memenuhi keperluan minimum makanan yang sihat untuk kucing. Sekiranya makanan tersebut tidak disukai kucing, terpaksalah dengan gigih mencari apa yang mereka suka. Kucing ni biasanya tak akan makan jika mereka tidak menggemari makanan yang diberi. Pernah Kak Bell rugi je 17kg kibbles, sekor pun tak nak makan. Untuk artikel kali ini Kak Bell nak berkongsi tentang cat treats atau snek untuk kucing.


Perlukah Pemberian Snek Atau Cat Treats?

Snek/cat treat kucing merupakan makanan ringan untuk kucing yang boleh diberi sekali-sekala kepada kucing supaya kucing tidak bosan dengan menu makanan seharian mereka. Terdapat Dental Treats, Dry Treats, Wet Treats, Cat Stick dan pelbagai lagi yang boleh didapati di pasaran buat si bulus. Biasanya kucing akan diberi 'treats' sebagai ganjaran atau pujian sebagai motivasi pada kucing. Tapi kalau kucing Kak Bell memang tak boleh nak buat apa dah. Kalau dengar bunyi tin wet food dibuka, huru haralah keadaan sebab memang semua tak reti nak sabar. Kita nak makan nasi ke, jajan ke semua depa nak serbu walaupun makanan sentiasa penuh dalam bekas.


Biasanya Kak Bell akan bagi cat treats semasa hujung minggu to make them fun & happy. Kadangkala bagi sebagai tanda minta maaf bila kucing tak suka bila dipotong kuku, mandi atau makan ubat. Ada yang degil sangat sampai kena bedok, hujung-hujung kita bagilah snek/treats sebagai tanda minta maaf. Awas ya, sebab kucing ni pendendam dia ingat kalau kita marah-marah dia. Nak pujuk bagilah treats tapi sesungguhnya kucing adalah raja. Dia yang jadi tuan kita!

Kebaikan Pemberian Cat Treats/Snek Kucing

  • Merapatkan hubungan pemilik (bonding) dengan kucing kesayangan
  • Sebagai ganjaran bila kucing behave waktu makan ubat/grooming/etc
  • Manfaat nutrisi kesihatan seperti sumber tambahan protein, dental care dan stronger bones
  • Sebagai tanda maaf dan memujuk kucing yang tersinggung


Pledgecare Jenama Makanan Kucing Premium Tempatan

Baru-baru ini Kak Bell telah cuba brand Pledgecare Chicken Recipe for Cats. Ada resepi ayam, resepi ikan, chicken strips, whole anchovies dan beef strips. Untuk anjing pun ada, boleh klik pada bahagian makanan anjing. Pledgecare ini jenama makanan kucing premium tempatan atau jenama cat treats Malaysia dan korang boleh baca tentang sejarah penubuhannya berkenaan kisah pemakanan yang berjaya menyelesaikan masalah kulit sensitif pada binatang perliharaan founder jenama ini.

Muezza makan sambil berbunyi lagi sebab sedap sangat!

Produk dari Pledgecare ni adalah menu raw diet kucing, diet mentah yang tidak dimasak tetapi dikeringkan. Mereka menggunakan hanya daging segar, sayur-sayuran, dan makanan super (super food) yang berkualiti tinggi dalam resepi ringkas, yang dibuat khas untuk anjing dan kucing. Semua sumber bahan seperti sayur, bahan mentah daging diperolehi dari pasaran tempatan di Malaysia. Tiada bijirin, karbohidrat berlebihan, pengawet dan semuanya dari bahan semulajadi.

Kandungan nutrisi dalam produk Pledgecare Air-Dried ni masih dapat dikekalkan kerana proses pengeringan dilakukan secara perlahan pada suhu yang rendah. Jadi buat pemilik bulus tidak perlu risau akan kehilangan zat nutrisi semasa proses penyediaan produk ini.


Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe

Resipi makanan kucing Pledgecare ini mempunyai nutrisi yang sama seperti diet mentah atau homemade diet kucing kerna produk Pledgecare ni adalah full meal. Maksudnya dah lengkap dengan kombinasi protein dan nutrisi seperti jenis kibble. Korang boleh sahaja buat sebagai makanan utama atau sebagai snek ringan atau protein topper dalam diet seharian kucing di rumah.


Pledgecare Air-Dried Chicken ini terdiri daripada 98% Fresh Chicken Meat, Bones, Organs + 2% Superfoods. Sesuai untuk semua jenis baka kucing dan juga peringkat umur si bulus. Bagi kucing tua, korang boleh rendam dengan air suam supaya memudahkan kucing senior makan.

Key Benefits

✔️ Meningkatkan tenaga dan aktiviti kucing lebih tinggi
✔️ Tulang dan gigi lebih kuat
✔️ Membantu mengatasi isu joint health dan mobility support kucing
✔️ Meningkatkan sistem imun secara keseluruhan
✔️ Kulit lebih sihat, bulu lebih berkilat
✔️ Kurang allergi
❌ Tidak menggunakan Rendered Meat-Meals
❌ Tiada bijirin atau filler dan tiada bahan pengawet tiruan

Bahan-Bahan

Chicken Breast, Chicken Heart, Chicken Gizzard, Chicken Back, Chicken Liver, Sunflower Seed, Flaxseed, Coconut Oil, Cod-liver Oil, Turmeric

Jangka Hayat

Tahan hingga 6 bulan sebelum dibuka dan 8 minggu selepas dibuka apabila disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

Packaging

1 pek 500g RM39
2 pek 1kg RM75
4 pek 2kg RM145
8 pek 4kg RM289

Review Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe

Buat permulaan, Kak Bell cuba pek 500g Pledgecare Air-Dried Chicken Recipe. Produk ni gunakan dada ayam dan bahagian organ ayam lain seperti hati, liver yang telah dikeringkan dalam bentuk kepingan macam cereal. Tekstur dia macam waffel. Kalau korang nak cuba bentuk 'strips' pun ada. Semasa buka pakaging, tiada bau yang tidak menyenangkan.


Walaupun kering, Air-Dried Chicken ni tidaklah terlalu keras dan mudah sahaja dipatahkan untuk korang jadikan bahagian yang lebih kecil. Untuk dijadikan topper makanan kucing, tak perlu bagi banyak, cuma dalam 10%-25% sahaja dari porsi penuh makanan kucing dalam bowl. Kalau nak tukar makanan sedia ada sepenuhnya, korang boleh lakukan dalam tempoh masa seminggu dengan kadar 25%, 50%, 75% dan akhirnya 100% pada hari ke tujuh.


Disebabkan Kak Bell ada 20 ekor kucing, jadi memang tak cukuplah gayanya kalau 500g untuk dibuat makanan harian. Jadi Kak Bell buat sebagai cat treats atau snek ringan depa aje. Baru je nak letak, masing-masing dah serbu. Ada yang pergi pula curi makan sampai dikoyakkannya bekas Air-Dried Chicken ni. Memang jenis tak makan saman ya.

Kekwat ni si Toby. Makan pun nak atas tilam.

OK, confirm sedap!

Dah tak sempat letak dalam bekas, tabur jelah macam bagi makan ayam

Kak Bell suka Air-Dried Chicken ni sebab ianya boleh dapat disimpan dalam jangka waktu yang lama dan yang paling penting semua kucing Kak Bell suka. Akan datang Kak Bell akan cuba So-Fish-Ticated Bundle (air-dried fish recipe) pula.

Nanti bila korang dah join PledgeCare Family member, daftar je akaun akan dapat 500 Pledgecoins. Boleh la tebus untuk diskaun bagi pembelian akan datang (100 PledgeCoins = RM2 Discount). Bestnya tak ada limit atau expired date untuk reward tersebut.


Satu perkara lagi, syarikat Pledgecare ni juga turut aktif menjalankan tanggungjawab sosial membantu haiwan terbiar atau stray cat/dog. Sebahagian dari hasil keuntungan akan didermakan ke tempat perlindungan haiwan untuk membantu haiwan yang memerlukan. Nak tahu lebih lanjut mengenai Pledgecare cat treat, snek sedap untuk kucing bolehlah rujuk laman sesawang dibawah:
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at [email protected]

15 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

  1. Amboi2 toby sempoi ja dia makan atas tilam hihi byk nya kucing kak bel..smoga murah rezeki kak bel jaga kucing byk2 cmtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Bukan main dia macam raja. Aminn, hnya allah yg membalasnya.

      Delete
  2. Wah menariknya Pledgecare punya air-dried chicken tuu, bahan-bahannya pon bagus jadi tak ragu-ragu nak beri pada kucing kesayangan kan! 😍

    ReplyDelete
  3. menarik jugak tu boleh la try Pledgecare untuk bebulus kat rumah ni nanti

    ReplyDelete
  4. dah lama dah cari treats macam ni. saja nak manjakan kucing kucing. lepas ni boleh usha. tq

    ReplyDelete
  5. sedap sgt tu kak bell sampai ada bulus k.bell yang koyakkan sendiri treats snek ni.

    ReplyDelete
  6. banyaknyaaaa kucing kak bell.. bestnyaaaa rindu nak bela kucing balik. budak bulus ni memang suka nauuuu cat treats ni

    ReplyDelete
  7. Macam-macam makanan dah untuk si kucing sekarang ni... Tak boleh try.. Sebab kami bela arnab...

    ReplyDelete
  8. Comelnya kucing2 kak bel.. Kita suma kucing tapi xreti nak bela.. Tumpang Main2 dgn kucing org je lah kita ni

    ReplyDelete
  9. Nampak kucing-kucing tu sangat suka dengan snek tu yer, lepas ni nak beli untuk cuba dekat kucing saya pulak

    ReplyDelete
  10. wah banyaknya kucing Bella.
    semua pun nampak sihat, bulu2 mereka pun nampak so clean.

    ReplyDelete
  11. Kucing Sis kan belum ada makan makanan lain selain RC dia tu haaa Bella.. nak bagi wet food pun takut, takut nnti dia taknak plak yang RC tu.. tp nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  12. alahai comelnya..geram betul tengok gambar muezza tu ..nampak sangat sedapnya sampai menjilat2 banyak kali kan..

    ReplyDelete
  13. Hehe sedap benor rupanya tu. Kak bell punya kucing semua comel comel. Kalau lah I tak ada alahan dengan kucing, mesti dah lama I adopt seekor. Adorable sangat!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post