Resepi Ayam ButterMilk Cheese Mudah Dan Sedap Menjilat Jari

Tekak ni sebenarnya teringin sangat nak makan ayam butter Jibril SS15 kat subang tu. Sepanjang makan ayam butter rasanya kat Jibril ni paling kena dengan tekak Kak Bell. Jadinya, minggu lepas Kak Bell buat menu makan malam Ayam ButterMilk Cheese menggunakan butter Anchor. Nak pakai mentega atau butter jenis apa pun boleh. Tak menjadi masalah. Mesti menjadi ajelah masakannya.


Menu ayam buttermilk guna marjerin bergabung pula dengan aroma daun kari yang wangi memang sangat membangkitkan selera. Tambah pula dengan rasa kuah yang berlemak dan ada rasa pedas cili api, memang bertambahlah nasi kalau makan. Ada juga yang buat resepi ayam buttermilk tanpa daun kari, tapi rasanya tak ummph rasanya kalau tak ada daun kari.


Resepi Ayam Buttermilk Cheese ni asalnya nak buat lebih berkuah, hujung-hujung jadi ayam butter kering sebab ayamnya banyak. Asal ada cukup kuah untuk basahkan nasi kira jalan ajelah.



Untuk resepi Kak Bell ni memang simple, semua pun pandai buat. Bezanya cuma Kak Bell guna butter Anchor, ada tambahan serbuk kari dan sos tiram untuk perapan serta ada masukkan kacang panjang. Hiasan ala-ala hirisan karot halus sebab tak ada cili padi merah. Nak bagi ceria sikit warnanya, so Kak Bell letak lah warna oren lobak ganti cili padi merah.

Bahan A
2 pek isi ayam-potong kecil
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3/4 Salted Anchor Butter
2 cawan susu segar
1/4 batang karot
1 kiub ayam
2 keping cheese/cheddar
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya

Bahan B
5 helai daun limau purut
5 helai daun kari
Sedikit kacang panjang
5-10 biji cili api

Bahan C (perapan)
Sedikit tepung jagung+gandum
2 sudu sos tiram
1 sudu serbuk kari


Cara membuatnya:
1) Basuh bersih bahagian ayam dan perap seketika dengan Bahan C
2) Panaskan minyak dan goreng ayam sampai kekuningan



3) Masukkan butter dan kacau hingga butter cair
4) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau

5) Masukkan semua Bahan B dan kacau sebentar
6) Tambahkan susu segar dan kacau rata


7) Perasakan dengan kiub ayam, perasa dan kepingan keju
8) Masukkan ayam dan kacau sebati



9) Angkat dan hiaskan dengan hirisan karot

Kalau nak tengok cara masak, bolehlah tonton video YouTube di bawah. Selamat mencuba.


CONVERSATION

1 comments:

  1. Boleh sama kita yaa masak kelmarin.. tapi Bella punya lagi nampak sedap.. nanti boleh cuba resepi Bella pulak..

    ReplyDelete

Back
to top