Grab A Boost of Blue Dengan Resepi Mudah Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicle

Hi semua! Sebelum ini Kak Bell ada kongsikan tentang kebaikan buah blueberry yang lebih dikenali sebagai superfood. Buah dari keluarga berry ini memang kaya dengan nutrisi untuk kesihatan dan untuk artikel ini Kak Bell cuma fokuskan kepada khasiat buah bluberry dan beberapa resepi mudah dari buah bluberry yang boleh anda cuba.


Untuk pengetahuan anda, Oregon dan Washington merupakan 2 buah negeri pengeluar terbesar buah blueberry di Amerika Syarikat, US. Ianya ditanam secara meluas dan komersial di Washington State, A.S, disebabkan keadaan tanahnya yang subur dan ideal untuk penanaman buah blueberry.


Khasiat Buah Bluberry

Buah blueberry yang mempunyai rasa masam manis semulajadi ini memang enak dan selalu digunakan dalam masakan atau kek selain dijadikan snek untuk dimakan begitu sahaja.


Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa buah blueberry mengandungi antioksidan dan nutrien lain untuk tubuh kita untuk kekal sihat dan dapat membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan penuaan.

Diantara khasiat dan kebaikan buah bluberry adalah seperti:
  • Saiz buah blueberry lebih besar
  • Tinggi kandungan vitamin-C dan Vitamin K
  • Mengandungi kandungan serat yang tinggi
  • Kaya dengan antioksidan
  • Baik untuk jantung
  • Boleh meningkatkan daya daya ingatan otak

Blueberry juga disahkan sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh American Heart Association dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal kuat dan sihat.


Fakta Pemakanan Dan Kebaikan Buah Blueberry Oleh Dietitian Georgen Thye


1. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian yang diperlukan badan iaitu 14.4 miligram vitamin C.

  • Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang menstabilkan radikal bebas bagi membantu mencegah kerosakan sel.
  • Vitamin C membantu penghasilan kolagen, membantu penyerapan zat besi dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi.
  • Vitamin C dapat membantu menyokong sistem ketahanan badan.


2. Satu cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian anda.

  • Serat makanan telah terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kadar lipid darah, seimbangkan glukosa darah, dan meningkatkan rasa kenyang (membuat anda merasa kenyang lebih lama), yang dapat membantu menurunkan berat badan.


3. Blueberry kaya dengan antioksidan

  • Blueberry dipercayai mempunyai kandungan antioksidan tertinggi berbanding semua buah dan sayuran biasa.
  • Antioksidan akan melindungi tubuh dari radikal bebas, iaitu molekul yang tidak stabil yang dapat merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit.


4. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai vitamin K harian yang diperlukan badan iaitu 28 mikromiligram vitamin K.

  • Pengambilan vitamin K yang rendah sering dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Pengambilan vitamin K yang mencukupi dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kadar kehilangan kalsium.


Resepi Summer Oregon & Washington Blueberries Popsicles

Oleh Georgen Thye Cooking

Bahan-bahan (Untuk 6 hidangan)
150g Oregon & Washington Frozen Blueberries
1 buah mangga saiz sederhana
1.5 cup Plain yoghurt
1 biji kelapa muda


Cara penyediaan:
1) Kupas mangga, potong dan kemudian simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam sehingga sejuk.
2) Tuangkan air kelapa ke dalam mangkuk besar dan kemudian keluarkan isi kelapa dengan sudu dan letakkan ke dalam mangkuk lain.
3) Masukkan mangga sejuk ke dalam pengisar, diikuti dengan yoghurt dan air kelapa, kemudian kisar hingga halus.
4) Masukkan isi kelapa ke dalam pengisar dan kisar selama 2 hingga 3 saat lagi.
5) Lenyekkan buah Blueberry Oregon-Washington dengan garpu untuk dapatkan jusnya.
6) Masukkan buah Blueberry ke dalam acuan popsicle, dan kemudian isikan dengan puri yang dikisar tadi.
7) Masukkan dalam freezer dan bekukan sekurang-kurangnya 4 jam


Note: You can also pour the puree into an ice-cream tub, stir in the Oregon-Washington Blueberries, freeze it, and enjoy it as Sorbet.

Nutritional Information (1 hidangan)
Energy (Kcal) 64
Carbohydrate (g) 11.6
Protein (g) 2.3
Fat (g) 0.8
Fibre (g) 1.6


Ok, disebabkan resepi popsikel blueberry yang mudah ini, Kak Bell pun telah mencuba sendiri sediakan aiskrim popsikel yogurt dan gunakan buah laici. Caranya sedikit berbeza di mana buah blueberry di masak sekejap bersama gula untuk dapatkan sos buah blueberry. Boleh tonton video di YouTube dan instagram Kak Bell dan resepinya di sini > Resepi Blueberry Yogurt Popsicle Dengan Laici.


Jika nak ketahui lebih lanjut cara penyediaan dan beberapa resepi yang menggunakan buah blueberry Oregon Washington, bolehlah tonton YouTube di bawah. Selamat mencuba!

Oregon Washington Blueberries Oatmeal Muffin | Georgen Cooking


Klik sini untuk RESEPI

Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake | Georgen Cooking


Klik sini untuk RESEPI


Summer Oregon Washington Blueberries Popsicles | Georgen Cooking



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top