Renew Takaful Dan Cukai Jalan (SPTC) Secara Ansuran Dengan CAKNA.MY

Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun dah pandemik COVID-19 melanda. Memang banyaklah sektor yang terjejas dan memberi impak besar terhadap ekonomi dan kehidupan harian rakyat Malaysia. Ada yang kehilangan pekerjaan, rungsing dengan hutang pinjaman berikutan tiada pendapatan dan pelbagai kesan psikologi yang menjejaskan kehidupan dan kelangsungan hidup di zaman pandemik.


Tahun lalu, memang kerajaan menyeru seruan agar semua agensi kerajaan termasuk sektor swasta untuk berganding bahu menghadapi tempoh yang amat sukar ini. Seperti pihak bank, mereka menawarkan monotarium bagi meringankan beban peminjam. Alhamdulillah, Kak Bell masih ada rezeki bekerja dan masih boleh membuat pembayaran seperti biasa.


Ceritanya, Kak Bell terlupa nak renew insuran kereta dan cukai jalan. Ingatkan cukai jalan tamat pada 30 Julai, rupa-rupanya dah tamat pada 30 Jun! Boleh pulak kali ini Kak Bell lupa yang dah sampai tarikh luput! Memang menggelabahlah dibuatnya. Sebelum ini memang akan renew takaful/insuran kereta online atau pergi sahaja renew di pejabat pos. Disebabkan pandemik COVID-19 ni memang eloklah semua urusan dibuat secara online.

Buat mereka yang ada memiliki kenderaan, perlulah memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput. Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tamat tempoh. Kalau terlupa, kenalah cepat-cepat renew kerana ianya menjadi kesalahan jika tiada cukai jalan dan takaful untuk kenderaan.


Disebabkan impak pandemik yang sangat memberi kesan, pasti ada diantara kita yang menghadapi kesukaran untuk buat pembaharuan insuran dan cukai jalan (SPTC). Bagi membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia, Kak Bell nak kongsikan tentang CAKNA yang dapat membantu meringankan beban anda untuk memperbaharui takaful dan cukai jalan. Nak tahu cara renew insurans kereta online atau renew cukai jalan CAKNA, jom baca seterusnya.


CAKNA Tawarkan Mikro Kredit Tanpa Faedah Perbaharui Takaful Kenderaan

CAKNA adalah platform baru dalam talian yang memperkenalkan pembiayaan tanpa faedah Islamik berkonsepkan Qard UL Hassan untuk membeli takaful kenderaan dan membayar cukai jalan melalui potongan gaji selama satu (1) tahun.


CAKNA menawarkan Skim Pembaharuan Takaful dan Cukai Jalan (SPTC) melalui aplikasi digital yang dibangunkan oleh CMA Solutions Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Coshare Holdings Berhad sebagai sebuah agensi pemotongan gaji yang diiktiraf oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. CAKNA menawarkan pembiayaan mikro kredit berkonsepkan ‘Qard Ul Hassan’ iaitu pembiayaan patuh syariah tanpa “interest” dan bebas riba’. Bayaran balik pembiayaan ini adalah secara ansuran melalui potongan gaji kakitangan tanpa mengenakan bebanan “interest” dengan mengenengahkan transaksi yang diberkati dan lebih signifikan.

Buat masa ini pembiayaan takaful kenderaan dan cukai jalan secara ansuran tanpa faedah ini adalah untuk kakitangan awam termasuk keluarga mereka melalui potongan gaji bulanan. Program ini akan dilanjutkan kepada badan-badan berkanun dan sektor swasta yang terpilih di fasa berikutnya dalam membantu meringankan penderitaan kakitangan awam khusus buat rakyat Malaysia.


Kelebihan CAKNA

  • Urusan renew takaful online/renew cukai jalan online – cepat dan ringkas hanya dari rumah
  • Pembayaran mudah tanpa faedah – program pembayaran mudah insurans dan cukai jalan secara komprehensif dengan faedah sifar peratus.
  • Kemudahan ‘Free Towing’ dalam lingkungan 50km buat anda. (Tertakluk kpd Terma & syarat)
  • Pembayaran mudah dengan pemotongan gaji – butir maklumat diri selamat dan terjamin melalui bayaran secara potongan gaji.
  • E-cover note seawal 48 Jam!

Siapakah Layak Memohon?

  • Kakitangan Kerajaan
  • Kakitangan GLC yang telah mendaftar dengan Coshare Holdings Berhad untuk potongan gaji
  • Kakitangan Syarikat Swasta


Cara & Langkah Melanggan CAKNA

Kalau Kak Bell memang akan semak insurans kereta online terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Untuk CAKNA, insuran kenderaan yang ditawarkan adalah jenis takaful.

1. Log Masuk Portal Cakna www.cakna.my
2. Isi maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor kenderaan, poskod, alamat emel dan no telefon.
3. Klik DAPATKAN SEBUTHARGA


4. Isi maklumat TAMBAHAN TAKAFUL



5. Pilih kaedah pembayaran



Di bahagian maklumat TAMBAH TAKAFUL anda boleh tambah untuk bencana alam seperti banjir dan membeli PERLINDUNGN TAMBAHAN lain untuk cermin kenderaan, perlindungan jika kunci rosak atau hilang, perlindungan dari kemalangan, perlindungan jika berlaku rusuhan, perlindungan untuk penumpang dan perlindungan jika berlaku kecuaian dari pemandu sendiri.


Bagi kaedah pembayaran pula, anda boleh plih cara pembayaran mengikut kesesuaian yang tersedia iaitu Potongan Gaji Kakitangan Kerajaan, Potongan Gaji Syarikat Swasta dan Perbankan Online Secara Langsung. 0% faedah dan ada juga 10% potongan harga.

Bagi mereka yang masih belum memahami, boleh saksikan video full tutorial untuk pendaftaran pengguna baharu di bawah.


Anda boleh mendapatkan senarai harga dan quotation dengan cepat dan mudah malah lebih murah di www.cakna.my dengan memilih pelbagai pakej yang ditawarkan. Pakej 0% tanpa faedah dikenakan di atas pembiayaan dan E-covernote akan dipaparkan seawal 48 jam! 


Memang sangat memudahkan. Tak perlu hendak ke sana ke sini untuk perbaharui takaful dan cukai jalan kenderaan. Renew secara online sahaja lebih mudah dan selamat. Jadi, pastikan anda membuat pendaftaran sekarang.

Maklumat lanjut, semak laman di bawah:
Website Facebook Instagram

CONVERSATION

1 comments:

  1. Alhamdulillah
    bagus betul inisiatif nih sebab bantu orang untuk bayar sedikit-sedikit setiap bulan
    kalau terus bayar lumsum memang pening juga lah sesetengah orang tambah-tambah waktu macam sekarang nih.

    ReplyDelete

Back
to top