DRAMA HAWA: SIRI RANTAIAN BAHARU SECARA ‘BACK-TO-BACK’ DI ASTRO RIA - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal DRAMA HAWA: SIRI RANTAIAN BAHARU SECARA ‘BACK-TO-BACK’ DI ASTRO RIA

Trending

DRAMA HAWA: SIRI RANTAIAN BAHARU SECARA ‘BACK-TO-BACK’ DI ASTRO RIA

Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ untuk menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.


Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat drama genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos 2021. Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.


SINOPSIS & INFO DRAMA ‘HAWA’

Drama ‘Hawa’ yang mengandungi 9 buah episod ini berkisarkan tentang kehidupan Along yang menjadi huru-hara selepas suaminya, Haji Ali koma. Merumitkan lagi keadaan apabila munculnya isteri kedua Haji Ali. Sementara itu, ahli keluarganya yang lain iaitu Hajjah Iman, Angah dan Acu pula mempunyai masalah mereka sendiri.



Barisan Pelakon Drama HAWA

Drama ‘Hawa’ dibintangi oleh Nadiya Nisaa yang memegang watak sebagai Hajah Saadah atau Along, Ruzana Ibrahim (Fauziah/Angah), Bella Dowanna (Raudah/Acu), Hamidah Wahab (Hajah Imaan), Donna Muslim (Musa), Akmal Abdullah (Azizah), Shah Faris (Naim) dan Yusri Saleh (Haji Ali).


Menurut Tam Suhaimi, Pengarah ‘Hawa’ “Keistimewaan naskhah ‘Hawa’ terletak pada penceritaannya yang dilihat relevan dan ‘relatable’ sekaligus menjadikan ia dekat dengan hati penonton. Tema drama bersiri ‘Hawa’ adalah famili. Walaupun tidak sependapat dan sering bertelagah, kita tidak akan sesekali membelakangi famili terutama sekali apabila dilanda musibah. Selain itu, drama ini juga turut menampilkan barisan pelakon yang berjaya menterjemahkan watak mereka daripada skrip ke skrin dengan berkesan.




Walaupun menghasilkan drama sewaktu pandemik amat mencabar, namun situasi tersebut menjadi pendorong kepada pihak produksi untuk tampil dan berfikir secara lebih kreatif bagi memberi kelainan untuk setiap babak. Oleh kerana penggambaran drama bersiri Hawa dilakukan ketika fasa PKPP, terdapat beberapa babak yang perlu diolah agar ianya selaras dengan SOP yang telah ditetapkan. Pihak produksi juga turut mengambil langkah proaktif bagi memastikan keselamatan tenaga kerja diutamakan pada setiap masa.

Jangan lupa saksikan drama Hawa pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post