Senarai 5 Kafe Estetik, Unik & Instagrammable Di Selangor

Kafe merupakan lokasi yang gemar dikunjungi untuk menikmati hidangan serta bersantai bersama kawan-kawan mahupun ahli keluarga. Selain menawarkan hidangan yang lazat dan khidmat yang baik, hiasan dalaman juga memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian pelanggan. Kafe yang menawarkan suasana yang selesa dan pengalaman yang menarik akan memberi kepuasan kepada para pelanggan, di samping mempunyai potensi yang tinggi untuk mendapat sambutan di laman media sosial.


Kalau hendak mencari tempat makan cantik di Selangor atau tempat makan best di selangor, dalam artikel ini disenaraikan 5 kafe menarik yang estetik dan bergaya di Negeri Selangor yang boleh anda cuba. Bukan sahaja menyajikan hidangan yang enak, hiasan dalaman kafe-kafe ini juga mempunyai daya penarik yang tersendiri. Bolehlah anda semua kunjungi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.


Senarai 5 Kafe Menarik & Instagrammable Di Selangor


1) Bukku Cafe, Klang

Sebuah kafe yang terletak di Bandar Bukit Raja, Klang, Bukku merupakan perkataan dalam bahasa Jepun yang bermaksud buku. Suasana kafe ini sangat menenangkan dengan hiasan dalaman yang minimalis. Kafe Bukku ini amat sesuai kepada mereka yang gemar membaca buku sambil menikmati secawan kopi. Selain itu, antara hidangan yang harus anda cuba adalah “Salted Egg Yolk Croissant” ataupun “Lemongrass Chicken Rice”. Jom ajak kenalan anda bersantai di sini!

By: little_o_discover @IG

2) La Fleur X Uniqorn, Sunway Geo Avenue

Sekiranya anda seseorang yang suka pada warna merah jambu, pasti anda tidak mahu lepaskan peluang untuk pergi ke kafe ini! Kafe ini bernama La Fleur x Uniqorn yang terletak di Sunway Geo Avenue, dan ianya menawarkan kepada anda kafe yang berkonsepkan “unicorn” dan berlatarkan warna merah jambu.

By: khairoolnizam @IG

Hiasan dalaman yang menarik juga membuatkan ramai orang menjadikannya sebagai tempat untuk mengambil gambar “OOTD”. Menariknya lagi, anda berpeluang untuk membuat “coffee art” pada kopi anda sendiri di sini!


3) 2D Bubble Tea Cafe, Subang Jaya

Kafe lukisan 2D yang sangat unik ini akan membuat anda terpegun! 2D Bubble Tea Cafe ini terletak di SS15, Subang Jaya. Kafe ini menawarkan lukisan yang mengetengahkan konsep Mesir Purba, dan ianya sesuai dikunjungi untuk semua peringkat umur. 

By: ph.dungggg @IG

Menu utama yang menjadi kegilaan orang ramai adalah air “bubble tea” yang mempunyai pelbagai perisa - pastikan ada cuba salah satu daripada perisa yang ditawarkan! Apa yang penting jika anda ke sini adalah untuk tidak lupa mengambil gambar kerana hiasan kafe ini sangat cantik dan unik!


4) Little Salty Cafe, Hulu Langat

Inginkan suasana yang tenang dan mempunyai pemandangan yang indah sambil menikmati hidangan anda? Little Salty Cafe, terletak di Bukit Ampang adalah tempat yang sesuai untuk anda! Nikmati secawan kopi sambil menikmati keindahan pemandangan bersama rakan-rakan mahupun pasangan anda. 

By: conny_luvlife @IG

Selain dapat melihat keindahan ibu kota yang amat mempesonakan, Little Salty Cafe juga menyajikan seleksi menu yang sangat menyelerakan! Menu yang harus anda pesan adalah menu popular mereka iaitu “Dark Heaven Waffle”. Jadi, jangan lupa untuk rasai pengalaman ini!


5) The Teddy Cafe, Petaling Jaya

Kafe yang terletak di Petaling Jaya, The Teddy Cafe merupakan sebuah tempat untuk bersantai yang membawakan tema beruang yang comel! Anda masuk sahaja kafe ini, anda akan lihat pelbagai jenis beruang di setiap sudut kedai.

By: zaiti_rosli @IG


Menariknya lagi, hiasan beruang tersebut turut dihias pada makanan dan minuman -- ianya sangat comel dan menonjol! Anda pasti akan berpuas hati dengan pengalaman di The Teddy Cafe ini.

Tidak dapat dinafikan lagi, Negeri Selangor mempunyai pelbagai kafe yang boleh anda singgah bersantai dan menikmati makan minum yang enak. Sambil menyelam minum air; kafe ini juga sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mengambil gambar untuk dikongsikan di laman media sosial anda. Singgah sahaja tempat-tempat yang telah disenaraikan di atas jika berpeluang satu hari nanti dan pastinya apabila tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak! - #ImagineNowExperienceSoon!

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top