Trending


Cuba Menu Masakan Nyonya Baba Low Bangsar

Cuba Menu Masakan Nyonya Baba Low Bangsar | Hi semua! Alhamdulillah semalam Kak Bell sudah selesai dapatkan dos pertama vaksinasi di IHeal Medical Centre Mid Valley. Nasib baiklah dekat saje dengan rumah, jalan kaki je dah sampai ke Mid Valley. Slot Kak Bell pada jam 12.30PM tapi Kak Bell datang awal dan terus dapat nombor. Naik ke tingkat 8, isi borang bagai terus je dapatkan suntikan vaksin Pfizer. Semua smooth dan berjalan lancar je.


Ceritanya dah balik memang tak masak, so tapau makan tengahhari dan untuk malamnya order melalui aplikasi Grab Food. Malas nak drive walaupun dekat je dari rumah sebab payah nak carik parking spots. Kak Bell order makanan Peranakan Melaka dari restoren Nyonya, Baba Low Bangsar Utama.


Sebelum ni Kak Bell pernah sekali makan di Baba Low Bangsar masa berbuka puasa. Not bad jugalah menu nyonya food kat sini sebab mereka memang sediakan masakan authentic Peranakan Melaka seperti Nyonya Laksa, Pie Tee, Mee Siam, Bendeh Sambal Belacan, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Menu yang Kak Bell order semalam adalah Popiah Peranakan, Nasi Nyonya Platter (Kari Ayam + Bendeh Sambal Belacan) dan Bihun Goreng Nyonya. Ya memang Kak Bell order banyak sebab ada HOTDEALS 50%. So dah murah, kita beli je la buat stok makan sampai malam dan esoknya. Hehe.

Bendeh Sambal Belacan 9.50

Curry Chicken RM11.50
Nasi Nyonya Platter RM17.50

Untuk Nyonya Platter ni akan ada nasi dan pilihan lauk seperti Ayam Kari, Asam Pedas Ikan dan lain-lain. Sebelum ni Kak Bell dah cuba Asam Pedas Ikan, so kali ini cuba menu Kari Ayam. Kari Ayam Baba Low ni rasa dia alike macam masak ayam kurma dan ada rasa rempah/herba yang kuat. Masa makan Kak Bell cuma perasan ada cengkih aje.


Saiz hidangan dia memang berbaloi sebab ayam dapat 3 ketul dengan sebelah kentang. Ada pulak sayur bendi dengan sambal belacan. Memang cukup sangatlah. Kalau korang nak beli ala-carte pun boleh dan harga untuk Popiah Peranakan RM7.90, Curry Chicken RM11.50,ada Ayam Sekbak RM11.50, Ayam Pong Teh RM11.50, Bendeh Sambal Belacan RM9.50. Kalau korang nak jenguk baba low bangsar utama menu, bolehlah tengok kat sini > Makanan Peranakan Melaka Baba Low

Bihun Goreng Nyonya RM11.50

Popiah Peranakan RM7.90


Bihun Goreng Nyonya pun not bad sebab Kak Bell memang suka bihun yang digoreng kering dan not prefer sangat bihun kicap. Bila diperah jus limau nipis dengan sambal chilli sauce memang terangkat. Ingatkan menu ni datang dengan telur mata tapi guna half boiled eggs dan ada fishcake.

Asalnya Kak Bell nak order Pai Tee tetapi mungkin tertekan Popiah Peranakan. Pertama kali Kak Bell cuba Popiah Peranakan ni dan rasanya agak pelik sebab ada macam-macm dalam tu. However, tekak Kak Bell masih boleh makan. Tauhu sumbat pun ada kat Baba Low ni tau. Next time nak order.


So far semua makanan Kak Bell order sedap dan kena dengan tekak Kak Bell. Masa dine in pun fast service. Bagi korang yang nak cuba masakan peranakan Melaka atau masakan Nyonya, bolehlah try kat sini. Don't worry restoren 486 Baba Low Bangsar Utama ni HALAL.

Baba Low Bangsar Utama
(Nyonya restaurant)
2, Jalan Abdullah, Bangsar,
59000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post