Trending


Cuba Menu Masakan Peranakan Melaka Baba Low Bangsar

Hi Korang! Tadi Kak Bell pergi melantak di Baba Low's 486, Bangsar Utama dengan Miss Tyra. Restoren ni teletak di kawasan Taman Bukit Pantai dan menyajikan makanan Peranakan Melaka (masakan Nyonya). Bagi korang yang nak merasa masakan Nyonya Melaka bolehlah cuba kat sini. Kawasan restoren ni tersorok sikit dan jauh dari kesibukan kota KL. Tempat yang aman lah untuk korang menikmati hidangan. Untuk hari ni, Kak Bell cuba Nasi Nyonya Platter, Tauhu Sumbat dan Cendol. Untuk set Nasi Nyonya, kitaorang pilih Kari Ayam, Ikan Goreng Masak Asam dan juga Bendeh Sambal Belacan (Kacang Bendi).

Nasi Nyonya Platter RM12

Bagi tekak yang boleh makan makanan peranakan ok kot untuk korang cuba. Kak Bell suka Ikan Goreng Masak Asam dia sangat sedap. Memang terasa masam asam tu dan kena sangat dengan bendi belacan dalam set nasi nyonya tu. Btw, kari ayam dia, Kak Bell tak berapa suka sangat but the taste is there. Still sedap but as i said tadi cuma tak berapa suka ajalah.

Tauhu Sumbat RM7

Tauhu sumbat dia pun sedap! Tauhu dia digoreng cukup masak, rasa macam tauhu sumbat style kampung gitu. Kak Bell recommend korang cuba tauhu sumbat ni. Nasib baiklah sedap, RM7 kot! Haha.

Cendol RM5.50

Untuk Cendol pulak, ianya adalah basic cendol je. Kak Bell rasa, gula melaka dia macam pelik sikit rasanya dari cendol yang biasa pernah dimakan. Manis dia lain, but rasa manis tu ok, blended dan taklah terlalu manis.

Untuk harga makanan kat sini average, tak lah terlalu mahal. Standard la kat Bangsar kan. Kalau korang nak makan hidangan nasi dan lauk, better amek set nasi yang lebih murah berbanding order secara ala-carte. Korang bolehlah check daftar harga makanan Baba Low Bangsar Utama menu kat bawah ni kay. 

pai tee pun sedap kan!



Nyonya Laksa
Traditional Malacca Nyonya laksa is served with a choice of noodles in spicy gravy, a touch of coconut milk with cucumber, bean sprouts, shrimp, cookies, fish balls, and egg.

Mee Siam
A noodle salad of spicy-fried bee hoon served with cucumber, egg, fishcake, fried shallots, and a twist of freshly cut lime. Topped with homemade tamarind dressing.

Personally, makanan kat sini sedap. Bagi yang tak menyukai rasa masakan nyonya (nyonya food), mungkin ada pandangan yang lain. Next time, mungkin boleh cuba menu yang lain pulak. Bagi yang nak cuba, bolehlah waze saja alamat kat bawah.

Baba Low's 486 (Nyonya restaurant)
11, Lorong Kurau, Lucky Garden, 
59100 Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia
Opening times: 7am-10pm daily
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Previous Post Next Post