Dunia kini terpaksa akur dengan ancaman pandemik Covid-19 yang masih
    merisaukan. Setelah melalui sendiri pengalaman sebagai pesakit Covid-19,
    ianya memang memeritkan dan memerlukan sokongan dari pelbagai aspek supaya
    pulih dari jangkitan lebih-lebih lagi dari segi mental. Apa boleh dikatakan,
    Covid-19 ini memang bahaya terutama kepada golongan berisiko jadi kita perlu
    sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko
    dijangkiti.
    Masih dalam suasana pandemik COVID-19 yang belum sepenuhnya kondusif
    mengakibatkan segala kegiatan terpaksa dihadkan dan langkah bantuan dari
    kerajaan dan pelbagai organisasi dalam membendung penularan Covid-19
    memberikan impak positif dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Salah
    sebuah organisasi yang dimaksudkan adalah pihak McDonald’s Malaysia.
  
    Sebagai salah sebuah organisasi terkemuka di negara kita, McDonald’s
    Malaysia bukanlah sekadar sebuah rangkaian perkhidmatan makanan popular
    malah mereka juga turut terkenal dan konsisten dalam melaksanakan pelbagai
    aktiviti kemasyarakatan. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
    McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan
    kepada petugas barisan hadapan Covid-19.
  
Inisiatif McDonald's Malaysia Bantu Petugas Kesihatan
      Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0), McDonald’s
      Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja makanan kepada
      frontliners yang mempertaruhkan nyawa untuk membendung penularan wabak
      Covid-19. Tajaan makanan dijalankan di lebih 70 buah hospital yang merawat
      pesakit COVID-19, menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan
      (frontliners).
Penghantaran makanan dilakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu ke setiap hospital sebagai salah satu usaha McDonald's Malaysia yang ikut ambil peduli tentang keadaan semasa negara sebagai usaha padu negara bagi memerangi pandemik Covid-19.
Inisiatif terbaru oleh pihak McDonald's Malaysia ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu.
"Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini, " kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia.
  Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald's Malaysia di platform media
    sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat semua rakyat Malaysia
    untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada masa-masa
    sukar. Panggilan #KitaBoleh juga merupakan panggilan nasional untuk
    memberitahu keberanian diam para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah
    dalam memerangi wabak tersebut.
"Apa yang tetap konsisten sepanjang masa-masa mencuba ini adalah ketekunan berterusan para barisan hadapan kami, yang pekerjaan hariannya menjadikan kehidupan kita lebih selamat setiap hari ketika kita melawan wabak ini," tambah Azmir. Azmir Jaafar juga mengenali pasukan restoran yang telah bertugas untuk menghantar makanan ke hospital, dan dapat mengukir senyuman di wajah barisan depan perubatan.
Hargai Petugas Barisan Hadapan Covid-19
  Selain pesakit Covid-19 yang memerlukan sokongan orang sekeliling untuk
    terus pulih, frontliner kesihatan juga adalah merupakan aset terpenting
    dalam memastikan usaha pemutusan rantaian jangkitan ini berjaya. Pengorbanan
    mereka amat besar dan tidak ternilai harganya kerana mereka bertungkus-lumus
    menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membantu pesakit Covid tanpa
    prejudis akan risiko jangkitan kepada mereka. Lantaran itu, memang wajarlah
    pihak McDonald’s Malaysia menghargai petugas barisan hadapan dengan menaja
    makanan kepada frontliners.
    Melalui panggilan #KitaBoleh McDonald’s Malaysia ini, diharapkan rakyat
    Malaysia dapat bersatu padu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
    berkuat kuasa disamping turut sama memberi suntikan moral dan motivasi buat
    semua pejuang negara. Bagi yang tidak mempunyai urusan penting di luar,
    sebaik-baiknya kekal duduk di rumah supaya mengurangkan risiko dijangkiti.
  
  
    Untuk maklumat lanjut mengenai McDonald’s Malaysia, sila layari laman
    Facebook McDonald’s Malaysia melalui
    www.facebook.com/My.McDonalds/
  





