S'lasih Padang & Asian Cuisine Sajikan 100 Juadah Buffet Ramadhan 2021 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal S'lasih Padang & Asian Cuisine Sajikan 100 Juadah Buffet Ramadhan 2021

Trending

S'lasih Padang & Asian Cuisine Sajikan 100 Juadah Buffet Ramadhan 2021

Hi semua! Dengan kedatangan bulan Ramadhan mulia tidak lama lagi pasti kita sudah berkira-kira hendak berbuka puasa di mana. Maklumlah, tahun lalu semua aktiviti iftar tidak dijalankan berikutan wabak pandemik Covid-19. Setahun sudah berlalu, alhamdulillah pada Ramadhan kali ini kita sekali lagi berpeluang meraikan bulan puasa dan seterusnya berbuka bersama-sama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Apa yang penting, perlulah patuh SOP dan amalkan semua saranan KKM supaya kita semua kekal selamat.


Jika anda peminat masakan tradisi atau masakan Indonesia, kali ini Kak Bell akan kongsikan sebuah restoren yang menyediakan pelbagai masakan Asia termasuk Nasi Padang yang terkenal untuk bufet Ramadannya. Ramadan tahun ini Restoran S'lasih akan mempamerkan makanan enak tersebut di kedua-dua restorannya di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall.

Kak Bell memang menggemari masakan Padang seperti Ayam Masak Padang dan Daging Berlado. Di Restoren S'lasih Padang & Asian Cuisine anda boleh menikmati hampir 100 hidangan setiap hari di sini. Diantara menu hidangan istimewa restoran tersebut adalah seperti Nasi Goreng Kambing Panas, Nasi Lemak Ayam Rendang Terjungkit dan banyak lagi untuk anda pilih.


Majlis Pembukaan Rasmi Restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine di Bangsar Shopping Centre

Pembukaan rasmi restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine di Bangsar Shopping Centre telah dirasmikan oleh YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din dan dihadiri oleh 70 orang tetamu yang lain.

Majlis perasmian oleh oleh YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din

Pemilik restoren dan isteri duduk di dekorasi pelamin Padang Besar

Restoran S'lasih yang ditubuhkan pada Mac 2018 ini diasaskan oleh Yang Mulia Tengku Haji Daud Shah Tengku Adnan dan isteri beliau iaitu Puan Ziah Zakaria. Dalam ucapannya semasa pembukaan rasmi restoran di Bangsar Shopping Centre, Tengku Haji Daud Shah bin Tengku Adnan, pemilik Restoran S'lasih, mengatakan bahawa pelbagai hidangan Ramadan itu pasti akan ‘memanjakan’ pelanggannya.

“Selain dari hidangan istimewa, anda juga akan terpesona dengan Roti Canai Burrito dan Rendang Daging yang direbus selama lapan jam dalam santan dan dimasak perlahan hingga kering. Masakan terkenal lain termasuk Ayam Gulai, Ayam Goreng Rempah dan Dendeng Balado Cabe Merah Kering yang sebenarnya merupakan daging lembu goreng yang diperap dalam air kelapa dengan bawang merah, bawang putih dan minyak kelapa," kata Tengku Haji Daud Shah.


Buat masa ini, S'lasih Padang & Asian Cuisine mempunyai dua cawangan iaitu di Bangsar Shopping Centre dan Sunway Putra Mall. Pemilik Restoran S'lasih juga merancang untuk membuka lebih banyak restoran di Lembah Klang pada masa depan dan akan terus memperbagaikan lagi menu mereka untuk merangkumi lebih banyak hidangan dari seluruh Asia. 



Di Restoran S'lasih Padang & Asian Cuisine cawangan Bangsar Shopping Centre juga mempunyai fasiliti untuk melaksanakan acara seperti majlis tertutup, majlis korporat, majlis pelancaran acara atau apa sahaja majlis yang anda ingin laksanakan. Suasana dan ruang makan di sini memang ada gaya dan kelas yang tersendiri!

100 Juadah Buffet Ramadhan S'lasih Padang & Asian Cuisine

Diantara menu menjadi tarikan istimewa adalah Masakan Padang, Masakan Barat, Masakan Asia dan macam-macam lagi. Berikut adalah di antara menu yang bakal disajikan untuk buffet Ramadhan nanti.















Harga Istimewa Buffet Ramadan S'lasih Padang & Asian Cuisine.

Buffet Ramadan akan bermula pada 13 April hingga 3 Mei 2021 (5.30 petang - 9.00 malam setiap hari) di kedua-dua buah cawangan restoran S'lasih. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di 014-5114769. Pesanan juga boleh dibuat melalui Foodpanda dan Grabfood.



Hidangan Bufet Ramadan di S'lasih Padang & Asian Cuisine Bangsar Shopping Centre berharga RM89.00 untuk seorang dewasa dan RM40.00 untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk hidangan bufet di S'lasih Sunway Putra Mall adalah pada RM30.00 bagi setiap orang dewasa dan RM10.00 bagi setiap kanak-kanak. Di Sunway Putra Mall hanya 50 hidangan disediakan dan kapasiti ruang terhad. Tersedia untuk makan di restoran atau takeaway.


Bagi anda yang ingin menikmati juadah Padang dan Asia semasa iftar nanti, jangan lupa kunjungi S'lasih Padang & Asian Cuisine. Mesti puas hati dengan 100 Juadah Buffet Ramadhan 2021 S'lasih Padang & Asian Cuisine. Selamat berpuasa!

S'lasih Padang & Asian Cuisine
Bangsar Shopping Centre

Lot T3, 3rd Floor,
Jalan Maarof,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.

S'lasih Padang & Asian Cuisine
Sunway Putra Mall

Level 4- 43C,
Kuala Lumpur.

Hubungi:
+60320115444
+60145114769 (Whatsapp)

www.instagram.com/slasih.cuisine
www.facebook.com/slasih.cuisine

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post