Hi semua! Kali
ini Kak Bell kongsikan pula cara nak masak Sambal Goreng Jawa Paling Simple
Dan Sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk kedua-dua jenis masakan ini sama
sahaja, cuma bezanya sambal goreng Jawa menggunakan cili kering yang
ditumis. Untuk sayur goreng Jawa tu pun ada yang menggunakan santan.
Kak Bell memang suka dengan menu sambal goreng Jawa ni tetapi malas nak buat
sebab lama nak sediakan semua bahan, kemudian perlu goreng bahan-bahan
secara berasingan. Kalau versi orang Jawa Johor, sambal jawanya sedikit
basah berbanding dengan sambal Jawa Selangor yang versi kering. Kedua-duanya
punn sedap, cuma Kak Bell belm pernah rasa dan cuba masak versi yang
ditambah dengan santan. Bukannya apa, cuma takut cepat basi sebab Kak Bell
suka masak dalam kuantiti banyak.
Biasanya sambal goreng Jawa atau sayur goreng Jawa ni dimakan bersama dengan
nasi ambeng. Nak makan sebagai lauk dengan nasi putih atau mi goreng pun
boleh. Sebelum ni Kak Bell ada campurkan sedikit hati. Tapi kali ni cuma
gunakan sayuran sahaja. Boleh je kalau nak campurkan bahan lauk lain seperti
paru atau hati. Yang penting resepi sambal goreng Jawa ini perlu ada kacang
panjang, suhun, ubi kentang, tauhu fucuk dan tempe.
Untuk resepi ni Kak Bell buat banyak satu kuali. Kalau nak buat sikit
sesuaikan saja bahan atau boleh tengok resepi sebelum ni >
Sayur Goreng Jawa
Bahan A (bahan kisar)
10 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
10 ulas bawang kecil
10 ulas bawang putih
Bahan B (potong kecil/dadu)
4 paket tempe
4 biji ubi kentang
5 ketul tauhu
Minyak untuk menggoreng
Bahan C
5 biji lada merah
1 paket kacang panjang (hiris serong)
2 pek suhun (direndam)
2 pek pucuk/fucuk (direndam)
Kicap lemak manis
Sedikit garam
Perasa jika suka
Cara memasak:
1) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bahan B secara berasingan hingga sedikit garing dan asingkan. Potong kecil atau potong dadu.
3) Masukkan kacang panjang dan goreng seketika.
TIPS!
- Boleh tambah ikan bilis goreng atau udang
- Boleh masukkan lobak atau kobis
- Kuantiti bahan boleh disesuaikan
Sebenarnya dah lama masak Sambal Goreng Jawa ni tapi tak sempat
nak update di blog. Ada yang nak order dari Kak Bell tapi takut nak open
order. Hehe. Yang penting memang sedap sebab ada tempe, kentang bagai.
Jangan lupa cuba
Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Simple Dan Sedap ni.
Sedapppnyaaaa
ReplyDeleteSayur goreng Jawa ni hubby suka makan tapi isterinya tak pernah masak. Kali ni boleh la cuba masakkan ni ye. Bab tempe tu je sis tak makan sangat.
ReplyDeleteSedapanya tempe tu.. saya suka makan tempe goreng macam ni.. lebih-lebih lagi resepi jawa macam ni susah nak dapat.
ReplyDeleteAdoii sedapnya , memang ada plan nak buat tapi tak terbuat-buat. Setakat ni tak pernah lagi buat sambal gorang jawa letak kacang panjang. Tapi memang biasa makan time kenduri.
ReplyDeleteSambal goreng jawa ni walaupun nama sama tapi kalau dah masuk negeri dan daerah atau keluarga mesti ada yang lain.
Mmmmm.......look so yummy. I like sambal goreng jawa. Thank you for sharing your simple recipe with me, sis. Keep up the good work.
ReplyDeleteNampak mudah dan senang nak disediakan. Rawlins boleh try nie sebab memang sedap sambal goreng jawa kalau makan dengan nasi putih je hehehe
ReplyDeleteSedap sangat tengok. Kita orang jaw memag suka makan smabal jaw ni. Haritu ade mak ajar tapi tu la lupa.. Hahaha.. Memang renyah kene potong bahan sikit2, semua.. Tu kadg malas buat.. Tapi bila dh buat sedap.
ReplyDeleteSaya tak sure pernah makan ke tak sambal goreng jawa ni. Mungkin pernah, cuma tak tau namanya. Apa pun, nampak sedap, dan lepas ni boleh la cuba.
ReplyDeleteTerliur tengok sambal goreng jawa kak bell. Tak pernah masak. Boleh cuba. Thank you share resepi
ReplyDeleteAgak lama tak buat sambal goreng jawa ni.. kalau Sis buat, anak mesti minta suun lebih.. tambah hati ayam ke lembu ke, arghh sedapnya Bell oii...
ReplyDeleteMmg sedappp hidangan ini. Apatah lagi makan dengan nasi panas2.. mmg best
ReplyDeleteWahhh ni antara my favorite ya kalau pergi makan nasi campur if ada lauk ni, sure penuh pinggan bah... tapi kalau buat kat rumah lagi syok kan.. nak try la nanti.. (Y)
ReplyDeleteAduhai sedap yer .. favourite huda, dah lama betul tak makan ni. thanks kak bell share resipi nanti boleh la buat
ReplyDeleteSedap tu sambal goreng jawa, kak memang suka mkn dan rajin gak masak kat umah
ReplyDeleteWahhh sedapnya sambal goreng jawa. Teeliur Nina tengok youuu. Dah lama juga Nina tak buat ni. By the way thank you bel share resepi. Nanti Nina boleh lah try
ReplyDeleteWahhh sedapnya sambal goreng jawa. Teeliur Nina tengok youuu. Dah lama juga Nina tak buat ni. By the way thank you bel share resepi. Nanti Nina boleh lah try
ReplyDelete