Hi semua! Harini Kak Bell nak kongsi tentang sebuah filem fantasi komedi
    The Witches (2020) iaitu sebuah filem 'remake' dari filem bertajuk
    sama The Witches pada tahun 1990. Sebelum tonton Kak Bell belum melihat
    trailer filem ni, cuma nampak poster filem dan beberapa orang rakan blogger
    yang buat posting filem The Witches yang mula tayang di HBO GO dan Astro On
    Demand pada Jumaat 29 Januari 2021. Kalau di HBO Max USA filem ini dah mula
    tayang pada 22 Oktober 2020. Jom baca ulasan The Witches (2020), filem remake yang kurang menyengat!
    Disebabkan Kak bell suka menonton filem ala-ala fantasi magis ni, so terus
    cari filem ni di group telegram. Tambah pula Anne Hathaway dan Octavia
    Spencer berlakon, jadi rasanya filem ini mungkin seronok untuk ditonton.
  
Pengarah: Robert Zemeckis
Penerbit: Robert Zemeckis, Jack Rapke, Guillermo del Toro, Alfonso Cuarón, Luke Kelly
Penulis: Robert Zemeckis, Kenya Barris, Guillermo del Toro
Pelakon: Anne Hathaway (Grand High Witch), Octavia Spencer (Grandma), Stanley Tucci (Mr. Stringer), Jahzir Bruno (Hero Boy), Chris Rock (Older Hero Mouse), Josette Simon (Zelda)
Release Date (Streaming): Oct 22, 2020
Sinopsis Filem The Witches (2020)
  Filem fantasi komedi The Witches (2020) sebuah yang diarahkan oleh
    Robert Zemeckis dan jalan ceritanya digarap oleh Zemeckis, Kenya Barris dan
    Guillermo del Toro. Filem ini adalah berdasarkan sebuah novel klasik dengan
    nama yang sama ditulis pada tahun 1983 oleh Roald Dahl. Filem ini merupakan
    filem kedua adaptasi daripada novel yang sama, filem pertama yang diadaptasi
    dikeluarkan pada tahun 1990 dan diarahkan oleh Nicolas Roeg. Filem tahun
    1990 tersebut watak ahli sihir Grand Witch dilakonkan oleh Anjelica Huston.
    The Witches berkisah tentang sekumpulan ahli sihir yang merancang untuk
    melenyapkan semua kanak-kanak dari muka bumi dan menukarkan mereka menjadi
    tikus. Filem bermula dengan kejadian kemalangan kereta melibatkan keluarga
    Hero Boy (Jahzir Kadeem) yang menyebabkan kematian orang tuanya. Kemudian si
    nenek, Grandma (Octavia Spencer) mengambil Hero Boy ke kota kecil Demopolis
    di Alabama, untuk menjaganya.
  
  
    Grandma seupaya mungkin menceriakan Hero Boy yang baru kehilangan orang
    tuanya dan nampak tak berhasil sehinggalah neneknya membelikan seekor tikus
    diberi nama Daisy. Kemudian kelibat ahli sihir pertama, Zelda (Josette
    Simon) muncul di kedai ketika Hero Boy mencari paku untuk membuat rumah
    tikus. Zelda mengumpan Hero Boy dengan coklat karamel dan ada ular di
    tangannya.
  
    Selepas Grandma mengetahui hal yang berlaku, Grandma menceritakan seorang
    kawannya Alice telah disumpah menjadi ayam dan neneknya hanya mendiamkannya
    kerana tak ada siapa yang akan percaya kepadanya. Selepas tersedar yang ahli
    sihir tersebut tak akan berhenti mendapatkan cucunya, Grandma keluar ke kota
    dan menginap di hotel mewah. Malangnya Grand High Witch (Anne Hathaway) dan
    konconya juga datang menginap di hotel tersebut.
  
  
    Bermulalah kisah ahli sihir yang merencanakan rancangan mereka untuk
    menukarkan semua budak menjadi tikus. Akhirnya Hero Boy tertangkap dan
    bertukar menjadi tikus. Selain Hero Boy, seorang lagi kanak-kanak Bruno
    (budak gemuk tamakkan coklat) turut dijadikan tikus setelah memakan coklat
    yang diberi The Grand Witch. Rupa-rupaya tikus belaan Hero Boy, si Daisy
    juga asalnya seorang budak perempuan bernama Mary dan mereka bertiga
    berusaha mencuri potion juice The Grand Witch untuk menjadi manusia semula.
    Jadi berhasil ke tidak mereka bertukar semula menjadi manusia?
  
    Masa awal filem memang Kak Bell teruja nak menontonnya hingga habis.
    Lama-kelamaan jalan ceritanya terasa membosankan. Jika dibandingkan dengan
    filem versi tahun 1990, watak muka asal Grand Witch lagi menakutkan dengan
    hanya menggunakan efek prostetik dengan riasan makeup selama 6 jam! Kalau
    zaman 90-an tu kira dah memang horror dah tengok muka ahli sihir. Watak tikus
    pun menggunakan puppet berbanding versi 2020 yang menggunakan CGI. Untuk CGI
    tu wajarlah sebab proses pembuatan filem yang dah maju tetapi filem
    remake The Witches ini memang bukan filem horror dan sekadar filem fun komedi
    biasa. Tiada babak yang betul-betul membuat Kak Bell rasa teruja.
  
    Kak Bell berharap filem ini lebih aksi magik dan nampaknya sangkaan Kak Bell
    meleset. Walaupun pengarah filem ni ada menghasilkan filem-filem yang
    meletop tapi kerjasama 3 penulis ni rasa hambar, boring. Sakit hati pula
    tengok ahli sihir yang berjalan ala berselang seli masa perjumpaan dengan
    Grand Witch. hujung-hujung 3 ekor tikus tu berjaya la curi potion tu dan
    masukkan dalam sup ahli sihir dan membuatkan semua ahli sihir jadi tikus
    pulak. Cuma untuk Grand Witch je last-last baru dia jadi tikus hodoh sebab
    dia tak makan sup tadi.
  
    Untuk lakonan Jahzir Kadeem sebagai seorang budak ok. Masa dia tengah sedih
    tak nak makan, tak nak minum memang rasa nak bagi penampar aje geram sebab
    tak nak makan. Anne Hathaway pun bolehla sebab dia je jadi penarik sebagai
    aktress filem ni. Kira dia berjaya lah bawa watak The Grand Witches dengan
    'accent' Scandinavian atau Norwegian sama macam cerita asal. Pendapat Kak
    Bell The Grand Witch 1990 lagi hodoh dan menakutkan.
  
Ulasan / Review Filem The Witches
    Pada Kak Bell, hanya lakonan Octavia Spencer yang menjadi penyelamat filem
    the Witches (2020). Watak sebagai Grandma berkesan dan dia berjaya menarik
    minat Kak Bell untuk menonton filem ini. Cuma Kak Bell tak paham kenapa
    Grandma tak bukak je pintu bilik ahli sihir tu pakai tangan tapi tikus yang
    bukakan pintu. Kalau korang dah tonton filem The Witches (1990),
    memang jalan ceritanya sedikit berbeza dan ramai kritikus filem beri respon
    yang filem remake ni jauh tersasar dari novel asalnya.
  
  
    Dalam filem The Witches 1990 ada 2 versi pengakhiran filem. Ending pertama,
    ketiga-tiga tikus ni tak berjaya bertukar semula kepada manusia dan ending
    kedua, seorang ahli sihir insaf jadi baik dan menukarkan salah seekor tikus
    kembali jadi manusia. Kak Bell lupa sama ada watak Hero Boy, Bruno atau
    Mary.
  
    Boleh dikatakan The Witches (2020) tidak memiliki banyak daya
    penarik, kurang emosi, sedikit kesan magik ahli sihir dan pada Kak Bell
    boring. Okla untuk tontonan Holloween budak-budak sebagai filem fun & komedi kan.
    Walaupun versi Anna Hathaway mulut dia jadi ala-ala joker, rasanya lagi
    horror muka ahli sihir versi tahun 1990. Oklah,
    Kak Bell bagi 5.5 bintang aje!