Ulasan John Wick: Chapter 3 – Parabellum (2019) | Kutipan Filem Francais Paling Tinggi Dalam Masa 10 Hari

Hi semua! Buat peminat filem aksi thriller pasti tidak terlepas untuk menonton siri francais John Wick. Kak Bell juga meminati filem bergenre aksi dan telah menonton ke semua siri francais John Wick bermula John Wick (2014), John Wick: Chapter 2 (2017) dan terbaru John Wick: Chapter 3-Parabellum (2019). Kali ini Kak Bell akan buat ulasan untuk sekuel ketiga francais ni iaitu filem John Wick: Chapter 3-Parabellum (2019) yang telah mencatat kutipan filem francais paling tinggi dalam masa 10 hari! Pasti gempak filem ni kan.


Filem John Wick 3 ini telah mendapat ulasan positif dari pengkritik filem bagi keseluruhan filem dan dikatakan sekuel yang terbaik bagi siri ini. Sebelum ulasan lebih lanjut, dalam John Wick: Chapter 3-Parabellum ada cameo seorang pemain NBA, Boban Marjanovic yang memegang watak pembunuh berbadan besar tinggi, watak yang tidak pernah muncul dalam siri sebelumnya tetapi ada kaitan dengan John Wick dan ada 2 orang ahli pencak silat asal Indonesia berlakon dalam John Wick 3. Walaupun dah lama tayang, Kak Bell baru ada masa terluang untuk tonton.


Genre: Mystery And Thriller, Action
Pengarah: Chad Stahelski
Penerbit: Basil Iwanyk, Erica Lee
Penulis: Derek Kolstad, Shay Hatten, Chris Collins, Marc Abrams
Pelakon: Keanu Reeves (John Wick), Halle Berry (Sofia), Ian McShane (Winston), Laurence Fishburne (Bowery King), Mark Dacascos (Zero), Asia Kate Dillon (The Adjudicator), Lance Reddick (Charon), Tobias Segal (Earl), Anjelica Huston (The Director), Saïd Taghmaoui (The Elder)
Box office: 326.7 million USD
Budget: 75 million USD (2018)
Release date: May 16, 2019 (Malaysia)



Kisah Balas Dendam Kerana Kematian Daisy

Filem John Wick Chapter 3: Parabellum ni merupakan lanjutan dari filem John Wick 2 dari pengrarah yang sama Chad Stahelski. Basically, siri John Wick ni adalah cerita pembunuh upahan. Bagi yang belum menonton, filem pertama John Wick 1 mengisahkan tentang mafia Rusia yang telah membunuh anjing kesayangan John bernama Daisy dan mencuri kereta antik 1969 Ford Mustang Mach milik John. dalam filem John Wick 2, John balas dendam atas kematian anjingnya Daisy dan telah membunuh semua orang yang terlibat dan tak sengaja telah membunuh anggota High Table, Santino D'Antonio di Hotel Continental, New York, Amerika Serikat. Jadi John Wick ni telah melanggar perjanjian, sumpah yang dia tidak boleh membunuh di kawasan/daerah netral iaitu wilayah Hotel Continental tadi. Then, bersambunglah siri ni di John Wick 3.


John Wick (Keanu Reeves) telah dilabel sebagai 'Excomunicado' disebabkan telah membunuh ahli High Table di New York Continental. John telah diberi masa sejam oleh pengurus Continental iaitu Winston untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan, dilarang untuk segala perkhidmatan dan bantuan dari sesiapapun seterusnya jadi buruan semua pembunuh upahan di dunia untuk membunuhnya. Sesiapa yang berjaya bunuh John Wick akan dibayar harga USD14juta dan kemudiannya naik ke USD15juta selepah habis tempoh masa 1 jam tadi.

Maksud "parabellum" untuk tajuk filem ini adalah dari frasa Bahasa Latin, "Si vis pacem, para bellum" yang bermaksud "Jika Anda ingin damai, bersiaplah untuk berperang". Jadinya, John Wick ni terpaksalah berhadapan dengan mafia Rusia, gengster China, Jepun dan semua penjahat lah untuk terus hidup dan melarikan diri.


John Wick 3 Lebih Intens, Sekuel Paling Berjaya

Dari awal filem, tanpa menunggu lama terus disajikan dengan aksi kejar-mengejar para pembunuh upahan yang mengejar John. Dari awal filem, sampailah ke akhir filem memang sarat dengan aksi. Menariknya setiap aksi perlawanan dengan geng mafia ni ditamplkan dengan aksi lawan dan bunuh yang berbeza. Memang tak cliche lah untuk setiap adegan. Babak berlawan dengan mafia China dengan menggunakan pisau memang agak ngeri. Siap baling-baling pisau, cocok kat mata, atas kepala macma tu je. Masa ni Kak Bell curi-curi tonton sebab ngeri nak tengok. Haha. So bab aksi memang tip top!


Nama pun hero, walaupun dah luka sana sini tetaplah si John Wick ni kebal semacam macam ada kuasa misteri pula tak mati-mati. Dalam filem John Wick 3 ni jumlah pembunuhan John adalah sebanyak 94, berbanding 128 pembunuhan di John Wick 2 dan 77 pembunuhan dalam John Wick 1. Jumlah statistik pembunuhan pun depa ni dok kira ya untuk the whole siri John Wick ni.

Untuk jalan ceritanya menarik, tetapi Kak Bell sarankan korang semua tonton dahulu siri yang sebelumnya supaya paham dengan sekuel John Wick: Chapter 3 – Parabellum ni. Dalam filem ini ada penampilan pelakon lama Anjelina Houston, pelakon filem The Witches (1990) dan kebetulan baru sahaja Kak Bell buat ulasan remake filem The Witches (2020). Anjelina Houston memegang watak sebagai The Director dan John Wick datang minta pertolongan darinya. John Wick yang nak minta tolong ni dia akan beri token emas (tokens of membership) bernilai $2000 dan ada talisman Tanda Salib Russian Orthodox kepada The Director atau orang yang dia nak minta tolong dan ada bayarannya.

Anjelina Houston, The Director

Tokens of membership

Kemudian ada Halle Berry yang memegang watak Sofia yang dikatakan ada hubungan lama dengan John Wick. Lama tak tonton Halle Berry berlakon, mula-mula tu sampai Kak Bell tak perasan rupanya ada dia ni. Watak seperti Sofia, The Director sebelum ni tak ada di siri sebelumya tetapi watak tu semua linked lah dengan jalan cerita John Wick. Dorang semua yang bkerja di bawah High Table ni, kalau langgar sumpah pasti kena bayar dengan darah, sampailah John Wick kena potong jari dia sebagai bayaran pada Elder (orang atasan The High Table) dan batalkan status dia sebagai buruan 'Excomunicado'.


Pada Kak Bell semua aksi, jalan cerita, visual filem John Wick: Chapter 3 Parabellum memang best dan mantap. Memang patut korang tonton dang sangat best sampai habis filem. Banyak lagi babak-babak menarik sampai esok pun tak habis nak ulas. Menarik dalm filem ini ada 2 ahli pencak silat asal Indonesia yang berlakon sebagai Shinobi 1 (Cecep Arif Rahman) dan Shinobi 2 (Yayan Ruhian) sebagai mafia Jepun di samping main villian Mark Dacascos (Zero) dan ada dialong dalam bahasa Melayu/Indonesia "Sampai Jumpa Lagi".

Untuk babak akhir John Wick dikhianti oleh Winston dan memihak kepada The Adjudicator/The Judge lakonan Asia Kate Dillon sebab nak kekalkan kedudukannya di The Continental Hotel. John yang ditembak, jatuh dari hotel ke bawah tetapi mayatnya hilang! Ya, memang confirm akan ada sambungan filem ini di John Wick: Chapter 4, yang bakal dikeluarkan pada 21 Mei, 2021. So, Kak Bell bagi 9/10 bintang!

CONVERSATION

8 comments:

  1. Abang matrics dengan kakak storm berlakon mestilah best 😍. Mana boleh tak best. Haha.

    ReplyDelete
  2. tinggi kak bell rate sure best cite ni. kena tengok ni.. lagipun genre movie ni genre yng bae suka

    ReplyDelete
  3. Dulu memang suka menonton file yang dilakonkan oleh Keanu Reeves. Suka juga filem aksi macam ni asalkan takde scene bunuh orang yang ekstrim sangat. Takut nak menontonnya.

    ReplyDelete
  4. Huda tak follow lah sequel cerita John Wick ni, cam best pulak baca review kak bell ni. nanti huda nak tengok lah

    ReplyDelete
  5. Suka filem lakonan Keanu Reeves. Rilex je dia cedokkk semua org yang cuba bunuh dia. Lama juga Keanu Reeves tak berlakon. Last ruby tengok dia kat Spongebob Square Pants film. Dia jadi Sage. Hehehe. Okay excited filem Matrix dia nak keluar nanti.

    ReplyDelete
  6. John Wick adalah siri yang Rawlins suka tonton dan masih tonton berulang. Sebab jalan cerita dia best dan menarik - tak cliche

    ReplyDelete
  7. Wow. Awal cerita dah disajikan aksi. Mesti tak boring tengok John Wick 3 ni kan. Yg suka tengok movie genre action mcm nur mesti teruja nak tengok

    ReplyDelete

Back
to top