Perniagaan berkonsepkan MLM sebenarnya sudah tak asing lagi di negara kita.
    Mesti anda semua pernah dengar atau juga pernah terlibat dalam bisnes MLM
    ini. Persoalannya ialah adakah sesebuah syarikat MLM yang ada adalah sebuah
    syarikat yang patuh syariah di mana sesuatu produk yang dikeluarkan oleh
    sesebuah syarikat hingga ke pengguna akhir mengikuti garis panduan dalam
    muamalah perniagaan?
      TDC Holdings Sdn Bhd (TDC), salah sebuah syarikat Multi-Level
      Marketing (MLM) terulung di Malaysia telah menerima pengiktirafan patuh
      Syariah oleh Lariba Consulting (LC) yang merupakan penasihat
      syariah bagi TDC Holdings kerana kepakaran dalam bidang Syariah, Usul Fiqh
      dan kewangan islam.
    
  
      Sijil Kepatuhan Syariah yang dianugerahkan ini menjadi titik bersejarah
      buat TDC kerana pengiktirafan ini menandakan bahawa kredibiliti TDC
      Holdings sebagai sebuah syarikat MLM dan juga produk dan jenama di bawah
      TDC menepati piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh syariah. Secara
      langsung, ianya menambahkan lagi keyakinan para pelanggan ahli dan juga
      bakal ahli untuk membina kerjaya dan peluang perniagaan bersama TDC.
    
    Pengiktirafan sijil patuh Syariah yang dipancarkan secara virtual
      tersebut telah disempurnakan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor kepada
      Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin Hiew
      bin Abdullah dan berlangsung di pejabat TDC Holdings. Turut sama
      menyaksikan detik bersejarah tersebut adalah Nur Farisha Bt Ahmad Musli,
      Eksekutif Syariah TDC. Penilaian yang dilakukan oleh Lariba Consulting
      adalah merangkumi keseluruhan aspek perniagaan TDC Holdings iaitu -
      penilaian untuk produk, operasi syarikat dan juga pelan pemasaran.
  
    Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings Sdn Bhd, Encik Mohd Hafizuddin
          Hiew bin Abdullah
  
  
      TDC yang memartabatkan slogan
      ‘Legasi di Dunia, Istana di Syurga’ sebagai konsep
      perniagaan mendapat nama di dalam industri asbab kualiti dan keberkesanan
      produk disamping mempunyai lesen Akta Jualan langsung (AJL) dan ini
      membuktikan bahawa TDC menitikberatkan kesejahteraan dan kebajikan ahli
      dan juga masyarakat yang mana TDC secara khususnya memperuntukkan hampir
      90% keuntungan mereka kepada sumbangan masyarakat dan tanggungjawab sosial
      korporat (CSR).
    
  
      Lariba Consulting adalah syarikat yang menawarkan khidmat pakar perunding
      dalam bidang-bidang pematuhan syariah, teknologi maklumat (IT), bisnes dan
      Latihan. Dalam bidang pematuhan syariah, mereka mempunyai pakar-pakar
      dalam bidang shariah, usul fiqh dan kewangan Islam untuk membantu
      syarikatsyarikat bukan bank yang berminat untuk mengesahkan syarikat
      mereka patuh syariah. Antara jenis-jenis syarikat ialah syarikat Pemasaran
      Pelbagai Peringkat (MLM), syarikat payment gateway, syarikat trading dan
      lain-lain.
    
Garis Panduan Perniagaan Berasaskan MLM Patuh Syariah
      Bagaimana dan apakah kriteria perniagaan MLM yang patuh syariah?
      Sebenarnya bukan sesuatu yang mudah bagi menentukan sesebuah syarikat
      tersebut patuh syariah dan sebaliknya. Ianya melibatkan semua aspek dari
      pelan pemasaran, produk, kontrak dan termasuk operasi syarikat itu
      sendiri.
    
  
      Berikut adalah beberapa garis panduan sesebuah perniagaan yang patuh
      syariah seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Abdul Aziz bin Mohd Nor dari
      Lariba Consulting.
    
  1. Tidak Melibatkan Riba
      Perjanjian untung sahih mestilah patuh pada undang-undang dan syarak dan
      tidak melibatkan riba.
    
    2. Mempunyai Produk Yang Sahih
      Mempunyai produk yang sahih kerana syarikat yang tidak mempunyai produk,
      memang tidak patuh undang-undang dan syariah kerana ia melibatkan skim
      money game/piramid dan terlibat riba.
    
    3. Produk Yang Halal
      Produk yang dijual mestilah HALAL dan disahkan halal oleh badan
      berautoriti seperti JAKIM.
    
    4. Menjual Produk Tidak Halal, Pendapatan Juga Tidak Halal
      Jika tidak semua produk halal, pendapatan daripada jualan produk tidak
      halal adalah juga tidak halal. Samada pendapatan daripada jualan sendiri
      atau jualan downline/group.
    
    5. Pendapatan Berpunca Dari Hasil Jualan Bukan Dari Yuran Ahli Semata-mata
      Jika pendapatan syarikat sebahagiannya atau majoritinya daripada yuran
      ahli, berkemungkinan ianya tidak patuh syariah kerana pendapatan mestilah
      daripada hasil jualan sendiri atau jualan downline/group.
    
  6. Mempunyai Penasihat Syariah
      Penasihat syariah yang berlatarbelakangkan pengetahuan dari usul fiqh,
      muamalat atau kewangan Islam adalah penting untuk memastikan kesinambungan
      pendapat-pendapat penasihat bagi mengesahkan syarikat patuh syariah.
    
      Bagi syarikat TDC Holdings Sdn Bhd (iaitu syarikat MLM), proses pematuhan
      syariah merangkumi pengesahan pelan pemasaran, produk dan operasi
      syarikat. Rujukan khidmat perunding patuh syariah adalah berdasarkan
      standard-standard seperti Bank Negara, ISRA, JAKIM, AAOIFI dan lain-lain
      yang berkenaan. TDC Holdings Sdn Bhd telah memenuhi segala kriteria dan
      penilaian yang ditetapkan oleh Lariba Consulting sekaligus menjadi
      syarikat MLM yang patuh Syariah dari segi pengurusan dan pengoperasian
      syarikat, produk dan juga pelan pemasaran.
    
  
      Penilaian oleh Lariba Consulting untuk pematuhan syariah meliputi 3 fasa
      iaitu:
    
    
      Fasa 1: Semakan pematuhan Syariah sedia ada
    
    Fasa 2: Audit Syariah Pertama
    Fasa 3: Audit Syariah Kedua
    
      Selain daripada khidmat perunding pematuhan syariah, Lariba Consulting
      juga memberikan khidmat perunding teknologi maklumat (IT). Lariba
      Consulting menawarkan khidmat-khidmat perunding kajian strategik IT, dan
      juga khidmat pengurusan projek (project management) dan perlaksanaan
      sistem Enterprise Resource Planning (ERP) untuk SME.
    
Produk Keluaran TDC Holdings Sdn. Bhd.
    TDC Holdings Sdn Bhd mengeluarkan 2 buah produk susu kolustrum iaitu susu
      kesihatan Susu Kolostrum C2Joy dan Susu Kolostrum Safe & Joy. Produk
      ini telah berada dipasaran dari tahun 2016 dan merupakan dua jenama yang
      laris serta diperakui keberkesanannya. Kedua-dua produk ini diformulasi
      dengan dua ramuan utama iaitu Trucal iaitu sumber Kalsium & mineral
      yang dimampatkan dari susu lembu yang merupakan satu formulasi yang
      dipatenkan oleh TDC Holdings daripada Glanbia PLC dan juga Kolostrum Lembu
      Asli daripada New Zealand.
  
  
      Kedua-dua jenama C2Joy dan Safe & Joy keluaran TDC Holdings ini juga
      telah mendapat pengiktirafan pensijilan oleh Jabatan Kemajuan Islam
      Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (HACCP) dan
      juga menerima pensijilan Good Manufacturing Practice (GMP) oleh
      Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pensijilan dan pengiktirafan yang
      diterima, membuktikan bahawa produk keluaran TDC Holdings dihasilkan
      mengikut garis panduan, kualiti serta menggunakan kaedah yang ditetapkan.
    
  
      Produk susu kesihatan C2Joy dan Safe & Joy berkesan dalam meningkatkan
      antibodi dan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus dan sesuai dengan
      situasi semasa pandemik COVID-19 disamping sebagai minuman susu yang
      sesuai bagi mereka juga yang ingin mengekalkan gaya hidup yang sihat.
    
    Kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2JOY dan Safe & Joy terbukti
      secara klinikal dapat membantu memperbaiki sistem imunisasi badan, meningkatkan antibodi juga membantu membasmi
      virus dan bakteria serta mempercepatkan proses penyembuhan sel-sel badan.
      Sesuai dinikmati oleh pelbagai peringkat usia termasuk ibu mengandung,
      kandungan kolostrum yang terdapat dalam C2Joy dan Safe & Joy juga
      merupakan nutrisi tambahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian.
  
  Latar Belakang TDC HOLDINGS SDN BHD
      TDC Holdings Sdn Bhd merupakan salah sebuah syarikat Pemasaran Pelbagai
      Peringkat (MLM) milik Muslim di Malaysia yang mengeluarkan produk
      kesihatan iaitu susu kolostrum. Produk keluaran TDC Holdings Sdn Bhd ini
      telah diperakui HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
      telah mendapat pengiktirafan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
      (HACCP) dan juga Good Manufacturing Practice (GMP) yang di bawah kelolaan
      Kementerian Kesihatan Malaysia.
    
    
      Penjualan produk mereka telah melebihi 2 juta unit produk dan secara
      puratanya sebanyak 45% pendapatan syarikat adalah pembelian ulangan
      daripada pengguna. Bukan itu sahaja, lebih dari 1,000 pengedar TDC telah
      menikmati lebih daripada 4 angka bonus bersih sebulan, dan lebih dari 10
      orang daripada pengedar ini menikmati 6 angka bonus bersih sebulan.
      Sehingga ke hujung tahun 2020, pendapatan TDC sudah melebihi 100 juta.
      Sehingga tahun 2020, TDC telah menyumbang RM6 juta kepada masyarakat
      melalui beberapa saluran iaitu masjid, organisasi dan saluran lain. Untuk
      maklumat lanjut, layari laman berikut:
    
  Website: www.tdc2joy.com
Laman C2Joy: https://i-colostrum.com/
FB: www.facebook.com/TDCHSB
IG: www.instagram.com/tdc_hq/
Email: tdchsb@gmail.com
Tags:
Event & Review
Lariba Consulting
Susu Kolostrum C2Joy
Susu Kolostrum Safe & Joy
Syarikat MLM Patuh Syariah






