Ulasan Filem Padmaavat/Padmavati (2018) | Filem Kontroversi Yang Mencetus Protes

Hi semua! Selepas menonton filem Bajirao Mastani, Kak Bell terus marathon sambung menonton filem Padmaavat. Filem ini merupakan filem epik klasik sutradara Sanjay Leela Bhansali yang mencetus kontroversi di India dimana mendapat protes dari masyarakat Muslim dan juga masyarakat India sendiri. Tahap protes terhadap filem ini hinggakan pengarahnya ditampar, set penggambaran dimusnahkan dan para netizen hingga mengugut akan memotong hidung dan memancung kepala Deepika Padukone jika tayangan filem Padmavati diteruskan. Filem Padmaavat ini juga merupakan filem termahal India dengan kos penerbitan sebanyak ₹215 crore (AS$33 million) berbanding Bajirao Mastani dengan kos ₹145 crore.


Film Padmavati yang dilakonkan oleh Deepika Padukone, Shahid Kapoor, dan Ranveer Singh ini sepatutnya ditayangkan pada akhir 2017 tetapi terpaksa ditunda penayangannya kerana protes terhadap scene Sultan Alauddin Khilji beradegan mesra dengan Padmavati di dalam mimpi Sultan Alauddin. Padmavati dianggap sebagai simbol atau dewi kehormatan bagi wanita Rajput dan masyarakat Rajput menganggap jalan cerita filem ini menyimpang dari sejarah. Filem ini juga di'banned' atau diharamkan penayangannya di Malaysia kerana filem ini memberikan gambaran buruk terhadap agama Islam melalui watak yang ditonjolkan Alauddin.


Setelah editan beberapa babak, akhirnya filem ini dibenarkan tayang tetapi judulnya telah ditukar dari Padmaavati menjadi Padmaavat. Kak Bell menonton filem ini kerana tertarik dengan kisah Padmavati yang melakukan 'Jauhar' iaitu aksi membakar diri massal ke dalam api besar untuk menjaga kehormatan dan juga ingin melihat lagi hasil karya terbaik Sanjay Leela Bhansali bagi filem berlatar klasik dan sejarah.


Genre: History, Drama, War
Pengarah: Sanjay Leela Bhansali
Penulis: Prakash Kapadia (screenplay), Sanjay Leela Bhansali, Prakash Kapadia
Pelakon: Deepika Padukone (Padmavati), Ranveer Singh (Sultan Alauddin Khilji), Shahid Kapoor (Maharawal Ratan Singh), Aditi Rao Hydari (Mehrunissa), Jim Sarbh (Malik Kafur).
Box Office (Gross USA): $12.0M
Runtime: 2h 44m



Sultan Alauddin Khilji Yang Tergila-gilakan Padmavati

Filem oleh Sanjay Leela Bhansali ini, diangkat dari sebuah teks puisi abad ke-16 yang ditulis oleh Malik Muhammad Jayasi yang mengisahkan tentang seorang dewi Hindu bernama Rani Padmavati dari kerajaan Singhal yang terkenal sangat cantik dan pintar. Padmavati (Deepika) secara tidak sengaja telah terpanah Maharawal Ratan Singh, Raja Mewar (Shahid Kapoor) ketika berburu rusa di hutan dan akhirnya mereka jatuh cinta dan Padmavati di bawa ke Chittor menjadi Ratu Chittor.

Sultan Alauddin Khilji

Sultan Alauddin Khilji (Ranveer Singh), pemerintah Dinasti Khilji yang memerintah Kesultanan Delhi mendengar khabar berita tentang kecantikan Rani Padmavati hasil hasutan pendeta Chittor yang berpaling tadah ke Kerajaan Khilji. Pendeta tersebut berkata, Alauddin pasti akan lebih gah jika berjaya mendapatkan Padmavati yang cantik agar setanding dengan keagungan dia. Jadi, Alauddin Khilji pun bertindak menyerang kerajaan Rajput untuk mendapatkan Rani Padmavati. Alauddin melakukan segala cara untuk melihat sendiri dan membuktikan kecantikan Padmavati bahkan sanggup berkhemah berbulan-bulan untuk menghampiri kerajaan Mewar. 


Maharawal Ratan Singh

Akhirnya Alauddin melancarkan gencatan senjata dan membuat perjanjian untuk hadir ke istana Chittor tanpa senjata dan ingin melihat Padmavati. Padmavati sanggup menonjolkan diri dia tetapi dayang-dayang tak setuju dan menyalakan kemenyan yang dipanggil 'asap suci' supaya Alaudin tetap tak nampak muka Padmavati. Alaudin yang tak puas hati sebab masih tak nampak muka Padmavati, sebelum balik menjemput pula Ratan Singh ke khemahnya tanpa senjata. Malangnya, Alauddin belot dan menagkap Ratan Singh sebagai tebusan dan menyuruh Padmavati sendiri datang untuk menebus suaminya sendiri.


Watak Padmavati Tenggelam Dengan Watak Sultan Alauddin Khilji

Perjalanan cerita tidaklah menunjukkan banyak aksi medan peperangan, kebanyakkannya  berkisar tentang keinginan cinta gila Alauddin untuk dapatkan Padmavati. Setelah Ratan Singh berjaya melarikan diri bersama Padmavati dengan bantuan isteri Khilji, Mehrunissa (Aditi Rao Hydari), Alauddin melancarkan perang darah terhadap Chittor. Ketika pertarungan one by one Raja Chittor-Alauddin Khilji, akhirnya Raja Chittor dibelot sekali lagi apabila dipanah oleh tentera Alauddin. Akhirnya, Padmavati melakukan 'Jauhar' agar Alauddin tetap akan kalah dan tidak mahu wanita Rajput dijadikan rampasan perang dengan membakar diri. Tindakan terakhir tersebut resembles that the Rajput women are as much a warrior as Rajput men too.



Filem Padmaavat ni seronok untuk ditonton, filem yang bagus dan dengan sinematografi menarik seperti filem Bajirao Mastani tetapi jalan ceritanya sahaja yang tidak sehebat filem Bajirao Mastani. Jalan cerita filem ini tidak berjaya menonjolkan Padmavati sebagai watak utama dalam filem, bahkan watak Alauddin Khilji yang lebih dominan. Setelah tonton 2 filem Sanjay Leela Bhansali iaitu Bajirao Mastani dan Padmaavat, keduanya ada kisah yang berlegar diantara agama Islam dan Hindu. Semasa menonton tu memang terasa yang pengarah filem menyuntik perasaan benci dan keburukan perangai Alauddin. Untuk ketahui sejarah sebenarnya, baiklah korang semua google dan mencari cerita sebenar di sebalik kisah Kesultanan Delhi di bawah pemerintahan Alauddin Khilji.


Bab lagu Kak Bell macam tak ingat sangat, tak pastilah kalau Kak Bell tak menumpukan perhatian semasa menonton. Latar tempat, sinematografi semua benda alah pun memang meletop macam filem sebelum ini. Untuk kostum pelakon ok, cantik, klasik terutama masa semua wanita Rajput memakai pakaian berwarna marah semasa scene melakukan Jauhar/sati. Lakonan Ranveer Singh sebagai Sultan Alauddin Khilji memang sangat berjaya dan setanding lakonannya dalam Bajirao Mastani. Lakonan Deepika juga tidak kurang hebat tetapi lakonan Shahid Kapoor macam kurang chemistry dengan Deepika. Yang penting ceritanya bukan happy ending!


Kak Bell sangat kagum dan terkesan dengan babak akhir filem semasa jauhar. Muzik latarnya memang menyentuh perasaan, sangat intense dan babak seorang wanita melaungkan nama Maharani Padmavati, memang menaikkan semangat feminisme, sangat women empowerment dan memberikan rasa goosebumps walaupun tiada dialong pada babak akhir tersebut. Bayangkan semua wanita, kanak-kanak, orang tua malah ibu mengandung pun turut berpakaian berwarna merah dan menuju ke dalam api besar. Deepika Padukone berjaya sangat bawa watak Padmavati. Babak terakhir filem ini memang berjaya memberikan kesan yang mendalam kepada penonton.

So far filem ini best untuk tontonan dan setanding jugalah dengan karya Bajirao Mastani. Bagi yang tidak boleh menerima jalan cerita seperti filem Padmaavat ni, Kak Bell syorkan supaya anda tak tonton. Kak Bell bagi 7/10 bintang!

CONVERSATION

0 comments:

Post a comment

Back
to top