Hi semua! Pernah dengar masakan ayam menggunakan minuman soda Sprite? Kak
    Bell pun baru je tahu lepas ternampak resepi ayam Sprite ni di YouTube.
    Masakan ayam Sprite ni sangat popular di Filipina dan sempat jugalah viral
    di sosial media. Disebabkan cara masakannya yang mudah dan menggunakan
    bahan-bahan yang simple, haruslah Kak Bell gigih untuk mencubanya.
    Punyalah Kak Bell gigih mencari air Sprite yang original, semua kedai pun
    tak ada. Sampaikan ke pasaraya pun cuma ada Sprite Lime. Jadi Kak Bell pun
    beli sahajalah asalkan air Sprite.
  
    Kalau ikutkan resepi asal, ayamnya di masak seekor. Tetapi untuk memudahkan
    proses memasak, Kak Bell hanya gunakan beberapa bahagian ayam. Nak guna
    bahagian mana-mana pun boleh. Kalau yang minat dada atau drumstick pun ok
    juga supaya mudah masa bakar di atas pan. Air soda bikarbonat Sprite tu
    sebenarnya digunakan sebagai bahan untuk perapan ayam bagi menggantikan
    cuka. Seronok rasanya dapat cuba resepi baru. Maklumlah kita ni bukan jenis
    yang rajin dan pandai sangat memasak. Mesti nak cuba resepi mudah dan senang
    sahaja.
  
  Bahan A
  8 bahagian ayam
  1 tin Sprite 320ml
  1 sk garam
  1 sk gula
  1 sb serbuk lada hitam kasar
  1 kiub ayam
  Bahan B
  1 sb sos tomato
  3 sb sos tiram
  2 sb kicap soya
  Daun bawang
  Minyak masak
  Bahan C
  1 biji kentang*
  1 batang lobak*
  1 biji bawang Holland/Bombay**
  5 ulas bawang putih**
  *potong dadu besar
  **hiris besar
  
Cara memasak:
1) Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan perap selama 30 minit.
    Ayam diperap dengan air Sprite
  
  3) Masukkan bawang putih dan tumis seketika.
4) Kemudian masukkan lobak dan kentang yang telah dipotong dadu, biarkan seketika.
TIPS!
- Boleh adjust kuantiti sos tiram, kicap untuk mengelakkan terlebih masin
- Boleh dibiarkan berkuah atau dibiarkan kering
- 
      Boleh masukkan apa jenis sayur asalkan tidak mudah lembik jika dimasak
        lama
      
 
    Rasa ayam bakar Sprite ni ada kombinasi rasa macam masakan ayam kicap
      sebab gunakan sos tiram dan kicap soya. Hidangan ni sahaja pun dah cukup
      sebab dah ada ayam dan juga sayur seperti kentang dan lobak. Kuahnya juga
      ada rasa yang kuat sebab gula dari air soda Sprite tu akan menjadi
      karamel. So far Kak Bell suka dengan rasa menu ni. Bolehah korang cuba dan
      nikmatinya sendiri. Selamat mencuba!
  







