Selalunya kita hanya kerapkali melihat kebanjiran permintaan terhadap
      produk penjagaan kesihatan wanita. Dengan meningkatnya kesedaran bahawa
      pentingnya penjagaan kesihatan, membuatkan permintaan terhadap supplement
      untuk lelaki juga turut meningkat.
  
  
    Sebagai seseorang yang menjadi tunggak keluarga, kaum lelaki juga perlu
      tampil sihat dan bertenaga. Barulah nampak gagah perkasa. Ya, mestilah
      nampak gagah luar dan dalam kan! Buat kaum lelaki, Kak Bell nak kongsikan
      sebuah produk herba buat lelaki bagi menghilangkan rasa letih lesu,
      supaya terus bersemangat & bertenaga sepanjang hari dan juga dapat
      menjadikan kulit lebih sihat. Nak tahu produk apa, jom baca lebih
      lanjut.
JEBAT Produk Herba Semulajadi Khusus Buat Lelaki
    Jamu Tun Teja dikenali sebagai
    produk berasaskan herba terbaik di Malaysia dan berpusat di Bukit Mertajam,
    Pulau Pinang. Jamu Tun Teja telah mula beroperasi pada tahun 2017 dan
    diasaskan oleh Puan Hazira Azihan bt. Abd Wahab dan En. Syukri Hassan selaku Presiden
    Jamu Tun Teja.
  
“Tercetusnya idea untuk menghasilkan JEBAT ini sebab selalu tengok Syuk, merangkap suami keletihan kalau kerja berterusan. Macam mana nak maju dalam business kalau tak kental. I sendiri ialah consumer tegar Jamu Tun Teja, 24 jam ibarat “nothing to me”. I boleh kerja beterusan tanpa sempadan tapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja I, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya JEBAT by JTT ini,” ulas Puan Hazira Azihan.
Mengandungi 3 Bahan Herba Utama Semulajadi
    JEBAT adalah minuman tenaga yang
    dicipta khas untuk kaum lelaki yang mengandungi 3 bahan herba utama semula
    jadi yang sangat bagus untuk lelaki seperti
    tongkat ali, ginseng, dan madu asli. 
  
  
    Di samping itu, JEBAT mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi
    tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka,
    membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan
    membantu pelancaran usus yang sihat.
  
    Penghasilan produk JEBAT adalah berkonsepkan semangat kepahlawanan Melayu
    demi memartabatkan Sejarah Nusantara yang sangat berhubung kait dengan jiwa
    dan semangat Melayu.
  
“Dari awal tahun lepas lagi I dah terbayang nama produk JEBAT tu memang zasss! Kenapa bukan TUAH, sebab JEBAT ni macam bad boy sikit ada aura dan karakter yang gagah”.
  Sepanjang proses penghasilan JEBAT, team Jamu Tun Teja sendiri sedar bahawa
    kaum lelaki sangat susah untuk mengambil supplement walaupun mereka sedar
    betapa pentingnya pengambilan makanan tambahan tersebut. Jika produk
    supplement terlampau sedap nanti terasa macam kordial, jika lebih kepada
    rasa ubat-ubatan, akan rasa pahit dan berherba pula.
"Kaum lelaki tak mungkin berpegang pada Beauty is Pain. Perempuan lain, perempuan gigih. Jadi akhirnya, the taste is amazingly good! Dan bukan cordial taste. Lelaki yang consume JEBAT ni je akan tahu manfaat JEBAT ni. Every single ingredient akan bagi hints in one sip!”
  Selain JEBAT, Jamu Tun Teja juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat
    khas untuk wanita. Antara produk khusus untuk wanita antaranya adalah Jamu
    Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum
    dan Lip Glass, RATU Hair Series , dan LAUT Spa Series.
    Team Jamu Tun Teja mempunyai visi untuk memasarkan JEBAT di Harrods dan
    syabas buat team mereka dengan penghasilan produk terbaru buat lelaki ini.
  
Pengasas- Puan Hazira Azihan
  Untuk mereka yang berminat untuk mendapatkan rangkaian produk dan juga
    maklumat lanjut mengenainya, bolehlah rujuk laman sesawang berikut:
IG: https://www.instagram.com/jamutunteja_hq
HOTLINE: +60175173053 Miss Mira
E-mel: jamutuntejahq@gmail.com





